Aku bagi amaran yang luahan terburuk ini adalah panjang.. semoga
luahan terburuk ini akan menjadi kenangan silam..
Yeba..yeba.. andre..andre..
Haaa.. nendiaaaa… oleh kerana PG pun dah
semakin teruk mengebu.. dan kegebuan itupun sudah tidak menzahirkan kecomelan.. dan terlebih terjurus kepada zahir keburukan
dan penuh hina dan terkeji.... uihh.. raya paling terburuk dan jiwa kacau tahun
ini bagi PG!!! terburuk bukan kerana keluarga, bukan kerana makanan raya mahupun
suasananya.. yang tue semua nya seperti sepatutnya terjadi di hari raya.
Why Puan Gebu.. kenapa terburuk raya mu
tahun ini.. kerana terasa diriku tidak
berharga pada hari raya itu.. kerana diriku tersangatlah gemuk.. ko rasa
pembawaan 80 kg masih comel lagi ke ..
nah.. ambik penampor barang spang dua.. huhuhuhuh.. … Fat on the go.. I’m 80 kg
??? what…
Okay.. cukup-cukuplah nak mengata aku di
depan mahupun dibelakang !!!! aku pun punya perasaan jugak.. ingat aku montel
cam gini hati aku pun mengecut ker.. walopun dikepit lemak berbilion-bilion
pun.. hati aku tetap rasa sakit berbilion-bilion jugak..
Aku tak marah.. tapi aku rasa terkilanlah..
bila orang mengutuk aku secara terbuka.. pedih telinga.. aku tahu aku gemuk
tapi tak payahlah nak terusan mengherdik aku kan..
Jadi.. aku perlu membuat satu perubahan
drastic.. dan pastikan tidak menoleh ke belakang lagi.. dan aku akan cuba
sedaya upaya berlaku jujur dan komited dengan apa yang akan aku lakukan
perubahan itu.. Sudah-sudahlah berkeadaan begini.. aku kena menyahut cabaran
untuk merubah…
Okay.. kalau buat perubahan seorang diri..
memang akan jalan terus menuju puncak ataupun melencong.. maksudnya gagal
dipersimpangan jalan.. ahh.. aku selalu jadi orang yang gagal dan sesat di
tengah jalan dan aku memilih untuk tidak mahu teruskan usaha sebab.. aku rasa..
aku masih okay lagi !!! dan rasa aku masih punya masa.. bila ada perasaan aku
masih punya masa itulah yang selalu membuat aku sering menunggak ke setiap hari isnin pada setiap awal bulan…
sehingga makan bertahun-tahun lamanya…
Tapi kali ini.. perasaan down tue sangat
kuat… kuat seperti kentut yang berangin tue dan perasaan buruk seperti kentut
yang berbau.. ahh. Dah kenapa pulak cam gitu.. Jiwa kacau takder penghujung..
rasa semak.. letih.. menyampah..
Ya allah, kau bagilah pada aku kekuatan..
keazaman yang tekad ..aku harus melawan arus dengan kuat… kali ini.. aku tidak
mahu menjadi orang yang gagal.. aku perlu berubah.. berubah menjadi lebih baik…
Jadi dengan ini aku mencabar diri aku
sendiri.. aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat berat badan ideal supaya aku lebih sihat dan
bertenaga untuk melayari hidup pada tahun-tahun yang mendatang.. kalau panjang
umur laaa…
Aku rasa aku tak seperti yang dulu.. aku
sangat malas untuk berbuat apa pun.. takda langsung usaha untuk turunkan berat
badan.. like my sister (Along) always said.. kita kena berubah.. untuk
kesihatan.. untuk kehidupan lebih baik..
Kalau kakak aku yang beranak 4 dan kurus
sikit dari aku tue nak berusaha untuk turunkan berat badan sebab kesihatan..
kenapa kau tak mampu pulak… Dan yang penting kami akan bersaing.. secara
sihat.. berlumba-lumba .. maybe..
Aku perlukan keazaman itu.. kalau itu
takder.. maksudnyer diet aku akan hancur lebur.. macamana nak hilangkan rasa
keinginan untuk melawan rasa nak makan.. okay.. aku ada survey… blog, info
dalam internet.. ada yang boleh pakai ada yang tak masuk akal tak kurang
jugak.. tak praktikal tapi lagi banyak jumpa yang boleh digunapakai dan tip-tip
macaman nak turunkan berat badan.. dan tak kurang jugak aku merasa cemburu
gila babi bila melihat mereka yang berjaya turunkan berat badan..
Ada pulak yang lebih gemuk dari aku yang
sekarang tapi sangat kuruskan pada masa ini..sekarang nie.. mau tak cemburu
dibuatnya.. perasaan malu itu ada.. senantiasa ada.. malu berkeadaan begini..
melihat saiz pinggang aku yang very the panjang.. seperti perjalanan dari perlis hingga ke Johor
Bahru.. uihh panjangnya… tapi malu ku itu sampai di situ saja.. tak berbuat
apa-apa.. theheehehe…
show fat the peace sign... muhahahaah.. pergilah.. u janganlah sembunyi amukan asblanka kat perut i lagik.. muahahahahahaahah
Cukup-cukuplah jadikan alasan itu dan ini..
kerana alasan-alasan itulah ..aku adalah aku sekarang.. malu ohhh.. bila
mak-mak sedara yang lebih tua dari kita nie.. sekarang masih maintain cantik
bergaya.. dan kau pulak.. dah kelautttttt…. KAN TAK ELOK BEGITU..
Dan…. Kali ini aku bertekad.. aku akan
berdiet secara sihat..aku akan survey dari masa ke semasa.. aku target dalam 4
bulan ini.. dengan nada yang kurang bersemangat .. muahahaha.. aku akan
turunkan berat badan.. berapa kg.. aku tak nak berlaku poyo terhadap perkara
itu.. jadikan berat yang sedia ada turun itu dah cukup baik
.
Semoga aku dapat momentum itu…. Harapan
besar supaya aku dapat kekuatan untuk menjadi lebih sihat dan menarik… kalaulah
aku tersasar… tersasar dari landasan ini.. kalaulah aku ada orang yang boleh
memantau aku tika melaksanakan perubahan ini.. asal aku makan jek.. dia datang
piap!!! Piap.. bantai aku dengan tali pinggang.. uih mak takotttt….
Jadi aku takdak semua itu.. aku kena jadi kuat gila babi.. gambar terbaru.. saja jak aku tepekkan gambar
terburuk haku disini supaya menjadi peringatan terhadap diri sendiri….Salam
perpisahan aku ucapkan kepada mu PUAN GEBU.. semoga anganku akan menjadi
kenyataan…. Yang nyata..
So.. Aku hapdate lagi sebulan yek… kita
tengok lah perubahan diri aku tue bersama-sama. Harap menjadik la hendaknya… Amin…
Bila aku hapdate 1 bulan yang akan datang..
harapan ini yang aku minta akan
berlaku.. .
· -Berat sedia ada semakin susut nilai.. tak
banyak pun aku kena faham proses tersebut makumlah..lemak tepu belasan
tahun.. janji susut !!!!
· -Semoga baju yang lama-lama dalam almari..
pakaian masa gebu yang masih comel.. boleh dimuat padan pada tubuh ini.. amin…
·
-Semoga tidak terpengaruh dengan diet yang
ntah haper-haper nyah.. takmo.. takmo..
· Aku cuba melakukan senaman tak kira
masa..dapat setengah jam pun takpalah janji aku buat
·
Harap aku tak lupa diri dan teruskan usaha
walaupun dah nampak berat dah turun.. keadaaan ini adalah sangat tak selamat
jugak nie.. kena kuat betul-betul nieh.. Aku tau memang PAYAH orang macam aku nie nak tepati janji.. menabur janji tak pasti memang pandai terlebih-lebih.. muahahahaha... Payah bila Puan gebu memang seorang yang pemakan... ko tahulah kan.. makanan malaysia.. kepelbahagian makanan yang tiada sempadan tauwww... untung sangat tapi.. tapi kalau tidak dikawal.. takut penyakit pun datang tak dak sempadan jugak... Takottttttttt....
Kalau GAGAL jugak.. nampaknya.. aku sedia ditanduk lembu.. keh..
No comments:
Post a Comment