Pages

Wednesday 5 August 2015

Hey You… 76kg..



Takpayahlah nak sedih sangat.. nak menyesal sebab akulah penyebab kenapa berat badan aku nyata 76 kg.. nak melopong nak buat terkejut sangat.. nak nangis gulin gulin.. pastu nak buat musuh dengan makanan bagai.. takder maknanyer..
 
Oleh kerana aku pun dah tahu yang aku jenis tak boleh nak turun berat badan secara perseorangan… lalu aku mengambil peluang untuk mencuba Fitness Dance.. di mana semua kekdah tarian untuk mengeluarkan perpeluhan yang banyak… apakah ini… 

Aku selalu sangat kata aku takda masa… takda masa untuk bersenam.. takdak masa untuk berdiet.. mahal la apalahh.. stop.. NAK TUNGGU APA LAGI !!!!!! sudah sudah la tuh…

Jadi.. aku pun turut berpusu mendaftarkan diri di Pusat Fitness tersebut.. aku pergi seorang diri …so bermula lah Zumba aku pada bulan ogos ini… ye baru start… kata coach Miss shida the gojes…so target ogos to disember untuk cuba join Zumba nie.. lagipun kata coach miss shida the gojes .. ada pertandingan bagi pelajar pakej.. kalau dapat turun berat badan dengan jayanya.. dapat hadiah… wah wahhh wahhh.. best gile nie kot.. hahaha

Kelas pulak malam.. mula  pukul 8.45. -9.45 mlm. setiap hari isnin,rabu dan jumaat.. so.. aku balik kerja.. aku masak simple simple.. hidang siap.. tinggalkan bebudak kat laki aku..pastu aku drive sendiri.. x sampai 10 minit aku sampai lah kat situ.. ingatker.. aku sorang jek.. rupa-rupanya penuh orang taman aku pergi sana berzumba.. dah kurus dah pun… huaaaaa.. aku jadi lebih semangat … gila semangat… 
 
Sebelum bersenam ka selepas ka.. cuba teka.. jangan cuba memaki aku yang duduk tu.. hahaha.. jijik bukan..
Aku sangat teruja sebab yang utama.. aku memang suka menari.. Cuma bila dah berat nie aku dah tak menari lagi.. best.. aku tak sangka aku suka pulak buat Zumba nie.. peluh toksahciter.. baru dua kali kot aku ikut kelas nie.. it was soo fun and its still …. 
 
picuture gelap sebab ada yang tidak bertudung.. so.. korang pandai pandailah carik.. dimana ana yang gebuuu
Aku tak harap banyaklah.. aku nak sihat.. hidup lebih berkualiti.. jika allah izinkan.. nak hidup lebih lama…doakan aku supaya misi kali ini aku Berjaya…  aku tak mengharap hadiah bagai.. tapi aku berharap moga aku berjaya untuk gigih kali ini… bukan mudah.. berapa kali aku cakap kosong.. berapa kali aku main main saja.. 

Jadi aku perlukan sokongan encik kekanda dan anak anak.. budak budak jgn cakap lahh teruja bila ibu mereka ini nak Zumba.. asal aku balik dari kelas.. ibu dah kurus kerr.. hahahah.. kalau hari ini Zumba terus kurus..best lah.. anyway… doakan aku Berjaya jek..