Pages

Showing posts with label Kehidupan Officeku. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Officeku. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Baru Ada Akaiii..



Suasana tegang sedang menjadik-jadik kat tempat kerja aku nieh.. dek kerana perbalahan masam-masam muka di antara pegawai2 atasan aku niehh.. dah macam budak-budak kecik pulak bila masing-masing  dah tua bangka tak bercakap sesame sendirik...sampai semak document pun nal passing –passing pun nak kena pakai orang ketiga padahal.. nak letak document tu dua tiga tapak jek memasing…

Tapi bila kejadian ini berlaku semua orang sok sek sok sek kat belakang sebab merasakan satu malapetaka yang jarang2 bermimpi akan berlaku… apa tidaknya.. mereka berdua ini tersangatlah rapat… aku rasa mereka ini adalah BFF sebelum bekerja bersama… jadi bila ini telah berlaku.. semua orang sangat terkejut.. what happened. Tak cukup department lain cuba- cuba mencungkil nak tahu apa sebenarnya yang terjadi… 

Manakan tidak.. dulu.. pergi kerja boleh jek car pool together… lunch sesame sebab aku boleh katakan mereka ini tidak berkawan dengan orang lain ataupun lebih tepat.. orang lain tidak mahu kawan mereka ini… theheheheeheh…. Dulu.. bila berdua mereka sangat teguh.. kalau marah2 jadi bola2 api itu tersangat lah puaka.. pergi mana hatta ke toilet sekalipun pasti berdua… sekarang mereka kelihatan roboh.. diam tanpa kata…  cuba mengelak dari bertembung.. hrmmmmm… sepatutnya aku merasa gembira dengan kejadian ini tetapi tidak lah pulakk… 

Puncanya tidaklah jelas.. tapi apa yang aku tahu.. seorang boss itu berhak untuk menegur anak2 buahnya.. boss always right.. so.. si polan ini… tidak dapat menerima teguran boss itu.. sebab dia lupa yang menegur itu adalah boss bukan rakan dia.. inikan office…  mula tunjuk perangai.. dah tak mahu balik sama2.. bercakap pun tidak.. segala rutin mereka berdua… berubah 360 darjah… penin tau tak.. sebab anak2 buah menjadik orang tengah bagi mereka berdua… 

Bila nak berbaik tak tahulah aku.. tapi aku rasa yang bodoh kat sini.. adalah si polan tuh… kenapa nak diperbesarkan perkara yang bagi aku adalah biasa saja.. kena tegur depan semua orang kau kira itu memalukan… tapi kau sendiri kalau bercakap… bukan main lantang.. bila kena batang hidung sendiri.. mencorot la pulakk…. 

Baru ada akaiii…. Macam tulah sehari-hari kami semua di attack… di marahi… (aku jaranglahh.. officemate aku yang lennn…. … tapi bila si polan ini kena.. tangkap sendu pulak… habis kau canangkan yang boss tu gila.. bagi aku … aku memujuk di depan tapi belakang aku sangat tidak bersetuju… 

Who are you…. Kau adalah tiada apa tanpa boss kita.. kau bukan tau sangat buat kerja.. lagi kau nak mendabik dada dengannya.. tabik aku tabik springgg dengan bosss sebab dia sangat tegas dan buat tak kisah.. seolah.. you don’t respect me as your boss you boleh jalan….. ambik nko… hubungan darah pun berantakan inikan pulak hubungan atas dasar kawan….. kau fikir2 kanlahhhh….. 

Aku rasa sekarang.. yang panas2 pongkok pun.. aku dah nampakk.. si polan itu jugak… sebelum ini aku tengok dia buat boss tak wujud… sekarang.. aku tengok boss buat double action.. baik punya… so sapa yang rugi… si polan jugak.. tulahhh.. agak2 lahh nak buat perangai.. kau di mana boss di mana…


Setakat teguran suruh perlahan suara tu pun nak jadi isu panas macam ini… memang tak professional dan berlagak diva yang amat… si polan konon rasa malu sebab di tegur depan anak2 buah.. tau malu ekk.. ko tegur orang macam mak marah anak tak basuh kasut sekolah.. ko tak fikirrr…… eehhh.. tolonglahhh…  ehh.. di bulan posa niehh.. tulisan ku ini dikira satu umpatan ke tidak ????

Sunday, 29 June 2014

Leadership



Bebanan kerja kian macam tak ketahuan hala skang.. asal ada masa.. aku buat sini sikit sana sikit.. dah tak terkejar date line.. dalam kegopohan dan penuh terkocoh-kocoh dengan sedaya upaya aku cuba siapkan segala task yang dipertanggungjawabkanterhadap aku…  dah lah dengan keadaan jiwa kacau …tak dapat bayangkan betapa aku melawan dan menepis segala menatang dugaan dengan tabah….

Ini adalah keadaan yang sangat pelik.. aku clear jek.. mesti banyak balik.. aku celar jek.. mesti datang balik.. tensi.... tensi

Dalam keadaan yang tidak cukup kaki dan tangan itu.. boss dengan baik hati  memberikan aku seorang admin assistant bagi kelangsungan kerja aku yang bertimbun.. kadang2 tak masuk dek akal .. kerja yang tak habis2.. aku dalam keadaan yang sangat tension dengan kerja yang adaaa….. tak malu untuk aku katakan di sini.. aku dah tak tahan dengan semua ini…. Letihhhnyaaaa…..


Aku bukan nak bikin panas ke aper kerr... tapi aku semak otak.. tahu tak ???
                                         
Dahlah kerja bertimbun.. kena pulak training budak baru belajar itu… umur baru 18 tahun.. dia kata nak kerja setahun dua.. pastu baru nak sambung belajar.. takperlah adik.. akak just nak bagitau.. setahun dua yang ko timba pengalaman kat sini… sedikit sebanyak ringan beban akak adik oii… terima kasih lah… sekurang2nya filing bertimbun tue habis ditarah budak admin tuh… rajin dia buat filingg….. senang ati dik…

Dalam minggu pertama ko kat sini.. aku memang bagi itu sahajalah kerja ko.. sebab dengan filing ko akan tahu apa dan mengapa.. filing itu dilakukan… tetapi orang atasan nak suh aku ajar lebih dari itu.. tunjukkan dunia sebenar kepada budak admin tuh…  buat pekerjaan yang baru… banyak pulak tuh.. aku dah tunjukkk cara dan bagaimana siap penerangan lagik.. kenapa begitu ..dan kenapa begini.. 

Admin assistant aku ... rajin budak nie umur baru 18tahun.. kerja banyak aku bagi kat dia tapi setakat hari ini dia seorang yang cepat belajar dan mahu belajar...

Dah tiga kali di ajarin.. dan dah capai tahap percaya aku  yang budak tu boleh buat kerja.. so.. dah dingatkan beberapa kali.. sekiranya ada masalah berkaitan silalah bertanya…banyak juga document yang dia buat.. so atas dasar aku percaya dia boleh buat… aku terus hantar pada Asst Manager untuk disahkan..

Toing… toingg… masalah telah meletup di mana di dapat majoriti kesemua documents tidak termasuk tiga yang aku ajari itu.. semuanya SALAH…. Hadoyaiiii…. Teruk aku dimarahi oleh Asst Manager aku sebab tak semak dulu kerja budak tueh.. ntah haper2 yang dibebel kan nyer.. marah sungguh ..

Apa yang mampu aku kata.. aku tanggung salah budak admin tueh… sebab dia kan dibawah seliaan aku.. haduhh.. tensi.. budak tue pun asyik minta mahap ajer keje nyerr… tulah.. bila ditanya ada masalah atau pun tidak… kata okayyy… yang aku pun pi percaya.. sapa suruhhh..

Banyak yang salah… mulut asst manager aku nie ringan.. cerita kerja yang salah-salah  seperti ini akan cepat2 sampai pada boss aku.. dia kalau bercerita yang buruk2 saja… yang elok dia diam.. yang buruk-buruk cepat jek sampai ….

Okay.. aku takder pengalaman… pengalaman mengajar budak yang zero knowledges mengenai skop kerja yang aku buat sekarangg...tapi kan sudah diminta maaf dan dalam masa yang sama kesalahan itu telah pun dibaik pulih.. tak payahlah nak gebang sangat macam kerja kau sebelum nie perfek sangat..lagipun budak tueh aku tak cuit sikit pun.. marah pun tidak… aku dah cakap aku tanggung… 

So.. ini adalah pengajaran buat aku… aku tak boleh ambil sambil lewa.. sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia budak itu… aku kena pantau dan semak apa sahaja yang telah budak itu lakukan…aku tak faham kenapa aku perlu begitu berhati-hati kali ini.. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.. tahun ini memang bukan tahun yang baik-baik…

Kena asah tajam2 lah “leadership” aku niehhh…..

Monday, 5 May 2014

Drafting Formal Letters In Englishhhh….



Pfttttttt….. Uncomfortable when it comes to drafting formal letter … I have trouble pharasing delicate information or simply lack the time to write every letter scratch….
Even dah nak umur 30 an nie pun.. still have to learned the basics of formating,writing… proofreading..bla… bla…bla… kenapa kita kat malaysia.. kena tulis bahasa asing.. kenapa tak kena tulis bahasa ibunda kita sendiri.. wai ???? macamana nak perkasa bahasa sendiri bila.. menteri2 kita sendiri pun.. bila diwawancara tv tempatan pun selesa dengan berbahasa inggeris walaupun yang menemuramah itu melayu …

Yap… surat menyurat kat office nie memang kena drafting in Bahasa Inggeris.. semua surat rasmi wokey.. terkecuali untuk ‘ Utusan Dari Baginda ’.. masa tue baru kena draft in Bahasa Melayu… Tapi.. terus terang cakap.... bahasa inggeris is very important….. nak tak nak.. nak wat macamana ye dak???
 
selfie of the day... senget sehhh.....
Aku orang melayu.. dibesarkan dengan bahasa melayu… bercakap, menulis.. bahasa pasar pun.. semua guna bahasa melayu.. jadi memang susah lah tetiba nak bercakap bahasa inggeris.. sebab mak abah tak cakap bahasa inggeris kat rumah… sebab mak ngan abah aku pun mak abah diaorang  (yakni tok nenek  aku lah tue )tak cakap orang putih jugak.. kalau dari dulu lagi keturunan kami bercakap bahasa inggeris… betapa fasihnya kami sekarang… betul tak…jadi putaran nya pun sama… aku pun tak bercakap bahasa inggeris ngan anak2 aku kat rumah… Cuma masa kat supermarket jek .. tercakap orang putih… muhahahahha… don’t run !, please don’t touch... you want this ???.... behave your self !!!... kehkehhhhh….

Jadik yang memang dari kecik.. mak ngan bapak korang bercakap.. menulis.. semua dalam bahasa inggeris.. korang memang beruntung.. okay.. sebab dari kecik dah tau cakap bahasa inggeris… tapi jangan pulak menghina kami yang tak berapa nak reti nie tau…. Jangan berlagak terlebih pulak yekk.. aku is meluat tau….

Aku ada satu kawan niehh.. dia memang bercakap bahasa inggeris kat rumah.. memang bila dengar dia cakap.. sedap jek bunyik.lajuk jek… best jek… takder masalah langsung.. sebab apa.. sebab parent dia memang dah dari kecik.. keluar dari perut mak dia ja.. ayat pertama mak dia bagi.. welcome to our family dear baby… 

Dari kecik dia kata… family dia berbahasa inggeris… dia tahu berbahasa melayu bila masuk sekolah saja… aku kata kalau balik kampong.. ko berbahasa inggeris jugak ker… dia kata yalah.. sebab grandparents dia pun cakap omputih… ooohhhhhhh… no wonderla ek… tapi dia tak berlagak wokey…. Dia bercakap omputih not because dia nak show off.. tapi memang bahasa dia dari kecik… dia pun mentor aku gak tue… dah kenapa dua budak melayu fatty bercakap omputih.. orang keliling rasa geli.. dan menyampah… abishh.. ingat menteri jek kena perkasa bahasa inggeris.. aku pun nak gak… kehhhehehehe….

First time  Boss suruh draft surat.. rasa macam nak menangis… last buat surat pun.. masa time cinta-cintun.. tu pun.. surat tak rasmi.. sepenuhnya bahasa melayu… memang susahlah kan.. kita pulak bahasa inggeris takat-takat nak lemas tak lemas… muhahahahahaha…. 
 
Aku keterpaksaan menyenget cam gini sebab.. kalau aku pose tegak.. agak terserlah aku punya double chin tuh....  siot tol
Tapi.. apa2 pun thanks to my boss. Dia tu suka pushed aku tau… suh aku buat macam-macam.. come on Puan Gebu.. you can do it… you can do it…  suka suh aku draft surat yang aku tak reti macamana nak mula… seksa aku tau… kadang-kadang amik masa dua tiga hari… muhahaahaha…. Lepas tue bila aku bercakap bahasa melayu.. campur2.. mula dia naik angin.. pushed suh cakap bahasa inggeris jugak.. muhaahahaha….

Masa paling hazab.. bila dia panggil kita masuk bilik.. suh explain kerja kita kalau ader yang dia tak faham.. masa tue belasah sajelahhh… TUNGGANG TERBALIK. and it was so surprised.. she understood my bahasa inggeris… Amazedd !!!!!..... hhhahaha..Boss aku selalu kata.. you can speak and write but you afraid ….. yup….. betul tu bosss…

Sebab apa.. aku taknak over confident.. perasan bagus.. rasa macam aku cakap n tulis tue betul padahal.. ntahkan betul atau tak… tapi sebabkan dia.. Bahasa  inggeris aku makin hari makin elok.. Dulu kalau draft surat.. bos amend.. berterabur.. pen merah dia betulkan.. muhahahahaha… dia tak berkenan sebab.. your grammar is corret but your letter macam surat darjah satu.. darjah satu… teringat mark adam.. pagako sayoooo….. 

Well.. last word aku nak bagi… bahasa ibunda aku adalah bahasa yang terbaik aku ada.. I’m proud to be Malaysian… aku bangga sebab aku tahu bahasa melayu.. tapi bahasa asing jangan dilupakan terus.. itu pun penting jugak… papaii…… 

Nota kaki : heran kan.. dari mana wujudnya bahasa melayu kita nie… ?????? amazedddd!!!!!!!! Dan sapalah yang pepandai cipta bahasa inggeris ????? sapa hahhh ???

Wednesday, 30 April 2014

Selamat Hari Buruh Semua..



Okay.. lagi 20 minit  ke pukul 6.00ptg..time to go home.. muhahahaha.. dikesempatan ini.. aku nak ucapkan Selamat Hari Buruh.. kepada semua yang bekerja… hopefully semua dapat menikmati dan enjoy pada hari Buruh itu… 
 
Ishhh….selfie aku pada hari buruh ini…

Babai Miss Chin.. kerja baik-baik kat tempat baru… 


Aku punya rutin macam biasalah… malam nie for sure tido lambat.. layan anak2.layan suami… pastu tido… besok bangun pagi.. cuci baju, sidai baju… sapu rumah.. mop lantai.. masak… tido… tengok tv tu jek kot…..okaylah dah takder bende nak citer... saja gatai nak hapdate jugak... tata....

Aku pun nak balik dahh.. tata semua…