Pages

Thursday 26 December 2013

Yusouf si cheeky…



Yusouf sudah nak masuk tiga tahun..stil pakai pampers and minum susu dengan kuatnya.. okay aku tak kisah pasal susu.. tapi aku sangat mahukan dia tidak lagi berspenda plastic ituk… sudah-sudahlah adik.. came on.. you can do it.. 

Tapi.. bercakap pun sepatah dua patah je yang aku faham.. yang lain ..dah macam itik ngan ayam.. ko cakap aper dik.. bila dia cakap.. NAKKKK.. sambil geleng.. itu bermaksud dia taknak.. bila dia sebut NAKKK.. tanpa gelengan.. itu bermaksud dia nak..  ko faham tak nie?? Hahahaha…..
 
Ibu sayang kamu..budak cheeky yang buat ibu siang terbayang..malam merindu... hamboiiiihhhh....
Anak sedara aku yang sebaya dengan dia.. Si Mizah cekci.. cakap sebutir-sebutir oooo.. (lancar giler ).. bila ko cakap ngan budak mizah nie seolah ko tengah cakap ngan remaja perempuan yang dewasa.. melampo aku.. theheeh.. jadi bila dia berjumpa dengan si yusouf.. dia sedikit tensi sebab butir pertuturan anak aku tu suka difahami.. ibarat cam mizah tue cakap omputih british.... tetiba anak aku cakap bahasa punjabi.. caner nak sembang.. theheheeheheh… selalunya reaksi mizah.. she left from there.. and never turn back !!!! muahahahahaa….

Kita semua tahu.. setiap anak itu adalah berbeza.. aku bukanla kata anak aku tu tak cepat cakap atau apa.. aku cuma nak  share cerita.. betapa cute mutenya kehidupan budak kecik tue.. aku sayang sangat setiap orang anak aku.. takder lebih takder korang.. buat salah.. semua aku tampo.. buat baik semua aku sayang.. theheehehe… 

Kalau aku balik kerja   dalam keadaan streeeessss dan tersangatlah penat… aku balik rumah  cepat-cepat just nak tengok  muka anak-anak aku depan mata… lega.. hilang stresss.. masa tue aku carik gadoh ngan depa pulak !! .. depa buat apa semua tak kena.. hahahaa..Tensi korang dapat ibu camgini.. muahahahaha….

Aku is bangga dengan anak-anak aku.. aku bangga dengan diri aku yang tidak takut beranak thehehe.. dan mampu beranak sampai tiga orang.. err tapi tak bangga bila bertubuh badan gempal cam gini.. huhuhhuhuhu….. tapi aku kalau disuruh beranak lagi.. aku takut laa… aku tak berapa nak sanggup la nak hadapi kesakitan masa beranak tue.. seram…..

Friday 20 December 2013

Aku kesibukan tahap baladewa…



Tahap baladewa ??? aperkebender tue.. ntahler.. Puan gebu pun tak ketahu.. suka mood aku je nak nulis.. muhahahaahah..aku mencurik sedikit masa untuk mentulis blog kesayangan aku yang kian usang ini…. Ala tian.. tomey..tomey..
Sedikit kupasan dari ketiadaan tulisan aku dua ratus tiga perpuluhan enam poin tiga hari yang lepas.. theheheehhe….

Diet..
Well… tipikal melayu tulin. Bercakap megah mahu berdiet tetapi usaha berdiet tidaklah sekencang yang disangka.. tapi.. tapi..tapi.. tak turun tak naik pulak daahhh… duk kat situ je… thehehehe….jangan ulas banyak mengenai diet ini… kita cabut !!!!!

Anak-anak
Kasihan kepada anak-anak aku yang beroffice hour jugak… aku terpaksa hantar mereka ke rumah pengasuh.. aku tidak ada pilihan.. I have too bebehhh…. Aku tak mampu nak pakai bibik.. kerana kos permulaannya tersangatlah aku tidak bisa..tidak bisa… tapi bulanan tu insyallah… theheehh… Tapi lepas balik kerja aku cuba bawak bebudak pergi makan kat kedai… sambil sembang-sembang.. 

Kerja….
Hujung tahun, orang lain sibuk clear leave di sana sini… gembira bersama anak beranak… tetapi aku terkepaksaan menyudahkan kerja yang berlambak kat office niehh.. haduyaiiii.. tensen betul sampai lunch pun tak keluar nko… aku belasah je makan nasi bungkus sambil buat kerja… 
 
kenapa aku kian memburuk.. aku keletihan.. ohh.. aku is gebu balik... what the amazing journey... theheeh..
Argghhhh…. Kadang aku rasa aku suka kerja camgini.. kadang aku rasa aku tak sanggup… tapi kadang-kadang aku menyerah sajia… kerja yang buagt nko tak senang duduk.. buat nko rasa seram-seram sejuk, buat hati nko rasa gemuruh dan susah hati…. Buat otak nko ligat memikio… ohh… ini sudah tidak bagus untuk usus aku nieh tau… sebab aku ada buat research… kalau kita selalu duk tensen, hati tak senang dan susah hati, memikio macam..macam… akan menyebabkan ketidakbaikan untuk usus kita tau….

ohhh.... aku yang sekarang.... hari ini.. tumpang jap snap gambo.. i tak join... u all happy-haapy tonite... siap makan sedap-sedap lagik.. takper i is okay.... huhuhuh.. ^sambil lap ayaq mata^

Depan office dah terpacak dua khemah besar …pukul 6.00 petang office buat Christmas party.. so..bertukar-tukar hadiah sesiapa yang join.. siap ada lucky draw lagik !! macam biasa aku not in the listed pasal kena cabut awal-awal… babysitter nak keluar jalan2 malam ini.. aku tak ralat pun.. aku dah imun dengan ini semua… elehh… ayat sakit hati nampak



Encik Kekanda
Laki aku tu skang buat part time buka booth jual baju bundle dan produk M7, depan Tesco Rawang….aku support apa je dia buat.. takperlah dia nak carik duit..lepas balik kerja dia balik mandi makan kejap terus dia pergi buat part time sampai pukul 1.00pagi.. aku ngan dia nak bersembang since dia bukak booth tue susah sangat… kadang-kadang benda-benda penting tak sempat nak cakap… ….. anak-anak pun sama… dah pandai merungut sekarang ayah dah tak banyak masa dengan mereka.. aku nak cakap apa.. sampaikan yang baik-baik sajalah.. aku cakaplah yang ayah tue carik duit nak bayar hutang, nak tanggung aku dan anak-anak…
Aku takut kalau anak-anak aku tak rapat dengan ayah mereka…dan  tanggungjawab aku semakin berat lahh lepas nie sebab encik kekanda serah bulat-bulat pasal anak-anak pada aku… hishhh……. Aku nak bising pun buat apa.. dia bukan keluar memalam pi berdusta pada aku.. dia pi CARI REZEKI.. takkan itu pun aku nak bising pasal masa dia dengan kami kurang  ..kalau duit takdak lagilah aku bisingg…. So how ????
Jadi.. aku biarkan dia keluar CARI REZEKI…. Buat masa sekarang.. pulang balik modal saja.. takdaklah berlebihan.. aku pun tak menahu tu semua… dan hujung minggu adalah selalunya aktiviti melepak rumah orang tua… aku kan boleh drive aku boleh je nak pergi sendiri.. tapi aku rasa… pergi tak cukup anggota keluarga macam tak best jerrkkk…jiran yangmemerhati pulak.. saban balik rumah bapak asyik sendiri jek.. mana laki dia????
Jadi aku tak boleh selfish kat sini.. aku nak pastikan masa dia balik dari kerja mahupun berniaga… aku nak dia tahu aku sentiasa ada kat rumah.. manalah tau.. dia balik tue.. dia nak tengok muka anak-anak dia ..nak cium kaaa.. nak tengok muka binik ka dan berkehendak ka… haipp… apa nie…. Theheehehehe….

Sunday 8 December 2013

Kids n Hubby,,…



Arakian aku tidak punya lagi lebihan cuti bagi tahun 2013.. jadi tidak ada istilah membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah.. aku is nan adoooo… cuti aku banyak telah dihabiskan  tanpa perancangan.. Tahun Sakit bagi anggota keluarga di sana-sini… nak buat macamana….inikan namanya putaran hidup…. Aku redho…

Alkisah….. kedatangan orang tua mertuaku..(kedengaran ayat itu sangat pelik sedikit.. ).. pada jumaat yang lalu dan berlepas pulang ke kampung pada pagi-pagi isnin.. ayat pagi-pagi itu merujuk kepada BETUL-BETUL pagi… theheheeh… langsung membawa semua cinta hatiku… iaitu.. Encik Kekanda, Along,Yaya dan Si kecik Yusouf…. Mereka menuju ke kampong tanpa mandi mahupun bersarapan.. aku punya waktu singkat untuk mencium ala kadar bagi 3 orang anggota aku itu…

Ini semua berpunca pengasuh aku yang meminta untuk bercuti bersama keluarga.. dan punca kedua akulah yang meluluskan cuti itu untuk mengembirakan keluarga pengasuh aku tue.. katanya nak ke LEGOLAND.. lepas tue ke Langkawi pulak… biarlah dia berbahagia.. diakan nak penat MENJATUHKAN anak-anak aku di sana sini… hamboiiiii

Ohhh… sungguh sunyi rumah aku pagi ini… aku terbawa-bawa rasa sunyi itu di dalam kepala hotak.. nak buat kerja rumah pagi ini pun aku jadi tidak bermaya…. Aku secara tetiba menjadi penasaran… terasa kehilangan….. kehilangan untuk  seminggu.. yang aku kira.. aku tidak sanggup pun walaupun seminit waktu… 

Aku menjadi sangat riiindduuuuuu dengan anak-anak… dengan bapaknya lagi lahh.. sudah hilang teman berlaga hidung.. theheeheheh… aku sangat memerlukan mereka semua.. aku sangat rindukan mereka.. 

Jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di rumah abah di setapak.. status aku pada minggu ini adalah BUJANG…. Aku jek perasannnn bujang yang sebetulnya kalau orang lain tengok dah tau aku nie dah beranak pinak.. tengok badan dan muka dan boleh jangka… muahahahahaha….. 

Abang.. I miss u.. like u crazy bang… theeheheh

Okay.. kalau aku bercerita lagik… pasti aku tidak tertahan rindu nanti.. orang-orang tua pesan..ibu  jangan rindu-rinduan anak tue.. nanti takut anak merindu ibu pulak… walaupun aku merindu  gila..tapi aku tidaklah pulak mahu menelefon… aku kan pelik…

Wednesday 4 December 2013

Alahaiiiii…Hari Kalut Aku..



Usai park jek kereta aku pun laju-laju masuk office, nak terjojol bijik mata aku yang biasa-biasa aje bila melihat atas meja penuh dengan kertas kerja  dan dokumen yang hazabedah !!! ..yang aku kena selesaikan.. huhuhuh… mula lah tak senang duduk.. macam-macam nak buat.. sampai tak tau yang mana patut didahulukan.. aku cam nak panik sekejap.. tak menang tangan.. tak menang tangan… 

Mana nak semak dokumen jual beli, mana nak hapdate list purchaser dalam e-application tnb.. mana nak buat car park allocation lagik.. mana nak reply surat-surat berbahasa inggeris yang boleh tahan jugak aku tertangguh…  mana aku dan kejar  lawyer dan bankers bagi kelancaran dokumentasi demi mendapat wang jutaan masuk dalam akuan compeny… dan sudahnya aku pening dan aku pening.. muahahaha… 

Officemate pun nak tegur mahupun bertanya pada aku confim tak jadi pasal tengok muka aku masammm macam nak marahh… thehe.. caner diaorang nak tanya.. kalau baru panggil nama aku pun aku jawab macam lembu mendengus kena sembelih… theheehhehe…

Pernah korang berada dalam situasi macam aku.. sampai rumah pun boleh fikir pasal kerja office lagik.. aku selaluuuuu sangat…. Bila  nak kejar date line.. camginilah aku.. tak keruan dibuatnya… tapi walaupun aku begitu panik yang mengherankan aku.. aku boleh kejar semua dateline dia atas dengan jayanyaa…. Aku berjaya jugak menyudahkan task-task yang telah dipertanggungjawabkan...

Aku ada satu sifat bila mana aku diberi tugasan aku akan buat sampai selesai… kalau aku tak tahu aku akan bertanya.. itu dan ini.. aku telefon pada mereka yang berkaitan… sudahnya walaupun aku punya task tue kadang tak senonoh… tapi bos aku boleh terima cara kerja aku.. dia boleh terima segala laporan budak melayu yang bahasa inggeris pun suam-suam kuku nieh.. muahahahah…. 
 
Jadi tetiba aku merasa bangga tahap sekejap bilamana aku berbangsa melayu bermajikan berbangsa cina dan yang kau boleh kira berapa kerat orang melayu di sini… dan aku cam tak percaya yang aku boleh ikut rentak kerja mereka yang memang ko tau kan.. bangsa mereka  adalah  bangsa yang kuat bekerja… thehehe.. 
 
ermmm... amboi paha tue.. kata diet.. pasaipa lagu tue... muahahah.. aku makan kejenyer... nie penangan karipap ahkak aku lew.. sedap macam gila... tensi aku balik kerja ..tak sabar nak goreng.. sekali ngadap pat lima ketui.. adoiiiyaiiii...
Tapi.. aku kalau terlalu streeessss aku akan menjadi sangat lapar dan aku craving nak makan macam-macam… padahal stress pasal kerja.. pasal hapa nak balas dendam dengan makanan pulok?? ade apehal.. tulah.. aku tengok orang sana-sini.. sedara –sediri, semua tengah on diet cantekkkk punya.. aku.. kejap okay.. kejao kiok… ko tak perasaaann dah lamer aku tak tepek gambar.. sebab aku rasa perut aku buncit sudaaahhhh… uwaaaaaaaa…..
Errr.. aku nie nak citer aku kalut kerja ka.. aku bangga bila bekerja.. hentam sajala labuuuuuuuuu.. tapi aku saban awal bulan rasa terseksa barang dua ke tiga hari bila nak buat monthly report dan projection bagi projek yang sedia ada.. menangihhh wa cakap lu… menanggihhh.. tapi pasai apa boleh sabaq.. pasai nak cari rezki… thehehe.. ada faham ????