Pages

Showing posts with label kisah diet. Show all posts
Showing posts with label kisah diet. Show all posts

Wednesday, 5 August 2015

Hey You… 76kg..



Takpayahlah nak sedih sangat.. nak menyesal sebab akulah penyebab kenapa berat badan aku nyata 76 kg.. nak melopong nak buat terkejut sangat.. nak nangis gulin gulin.. pastu nak buat musuh dengan makanan bagai.. takder maknanyer..
 
Oleh kerana aku pun dah tahu yang aku jenis tak boleh nak turun berat badan secara perseorangan… lalu aku mengambil peluang untuk mencuba Fitness Dance.. di mana semua kekdah tarian untuk mengeluarkan perpeluhan yang banyak… apakah ini… 

Aku selalu sangat kata aku takda masa… takda masa untuk bersenam.. takdak masa untuk berdiet.. mahal la apalahh.. stop.. NAK TUNGGU APA LAGI !!!!!! sudah sudah la tuh…

Jadi.. aku pun turut berpusu mendaftarkan diri di Pusat Fitness tersebut.. aku pergi seorang diri …so bermula lah Zumba aku pada bulan ogos ini… ye baru start… kata coach Miss shida the gojes…so target ogos to disember untuk cuba join Zumba nie.. lagipun kata coach miss shida the gojes .. ada pertandingan bagi pelajar pakej.. kalau dapat turun berat badan dengan jayanya.. dapat hadiah… wah wahhh wahhh.. best gile nie kot.. hahaha

Kelas pulak malam.. mula  pukul 8.45. -9.45 mlm. setiap hari isnin,rabu dan jumaat.. so.. aku balik kerja.. aku masak simple simple.. hidang siap.. tinggalkan bebudak kat laki aku..pastu aku drive sendiri.. x sampai 10 minit aku sampai lah kat situ.. ingatker.. aku sorang jek.. rupa-rupanya penuh orang taman aku pergi sana berzumba.. dah kurus dah pun… huaaaaa.. aku jadi lebih semangat … gila semangat… 
 
Sebelum bersenam ka selepas ka.. cuba teka.. jangan cuba memaki aku yang duduk tu.. hahaha.. jijik bukan..
Aku sangat teruja sebab yang utama.. aku memang suka menari.. Cuma bila dah berat nie aku dah tak menari lagi.. best.. aku tak sangka aku suka pulak buat Zumba nie.. peluh toksahciter.. baru dua kali kot aku ikut kelas nie.. it was soo fun and its still …. 
 
picuture gelap sebab ada yang tidak bertudung.. so.. korang pandai pandailah carik.. dimana ana yang gebuuu
Aku tak harap banyaklah.. aku nak sihat.. hidup lebih berkualiti.. jika allah izinkan.. nak hidup lebih lama…doakan aku supaya misi kali ini aku Berjaya…  aku tak mengharap hadiah bagai.. tapi aku berharap moga aku berjaya untuk gigih kali ini… bukan mudah.. berapa kali aku cakap kosong.. berapa kali aku main main saja.. 

Jadi aku perlukan sokongan encik kekanda dan anak anak.. budak budak jgn cakap lahh teruja bila ibu mereka ini nak Zumba.. asal aku balik dari kelas.. ibu dah kurus kerr.. hahahah.. kalau hari ini Zumba terus kurus..best lah.. anyway… doakan aku Berjaya jek..

Monday, 21 April 2014

Ke ‘Apa-Apa ‘an Minggu Ini…



Okay.. aku gagahi jugak menghapdate kerana ini adalah satu kenangan ketika aku mampu menulis dan mampu menjana memori untuk tatapan di hari tua aku… walaupun korang rasa benda-benda mudah pon aku gagah nak cerita ..tak special bagi korang tapi bermakna bagi aku… faham ????

Baucer.. 

Di saat aku dan Encik Suami gigih meluaskan mata pencarian demi sesuap nasik dia ,aku dan anak2… dia dengan perniagaan part time jual barang M7 dia.. aku pulak dah rajin stay back.. gigih kami nak carik duit demi nak langsaikan hutang piutang di sana-sini… kompeni encik kekanda sangat baik hati memberi baucer bukan puluhan.. tapi mencecah ratusann… aku cam nak nangis.. 


Cam penin kepala.. nak piker.. kalau aku bayar hutang … nanti tak dapat beli susu anak bagai… tapi TUHAN TU MAHA KAYA…. DIA bagi kami baucer …supaya aku dapat kumpul duit untuk bayar hutang piutang… aminn… amin…..  kami laki bini siap buat senarai barang aper yang keperluan yang harus dibeli… kami tak beli pun ikut kehendak.. semua barang perlu sahaja… boleh lah bertahan 2 ke 3 bulan.

Walaupun kita ada masalah.. sampai buat aku menangis malam-malam.. tapi aku ada satu perasaan yang selalu pujuk aku.. pujuk aku supaya jangan bersedih… jangan rasa masalah aku tu tidak akan ada penyelesaiannya…. Bermuram pun akan buat kau akan lebih merana.. so perasaan tulah yang selalu buat aku jadi cool down… perasaan baik aku tulah yang buat aku macam takderr masalah langsung…. Good cover ek ???

Stay Back at Office
 

Sila focus kerja aku tuh… bukan aku yang bulat tuh…. tau
Kerja aku minggu ini amatlah sungguh meletihkan.. terlalu banyak kerja yang ada date line.. macam nak mati jugak ..perah tenaga nak setel semua kerja… mana kerja yang sedia ada… kan.. oohhhh…. Aku ditakdirkan untuk bekerja dibawah tekanan…. Lalalalalalaalaa… semua kena stay back secara tak langsung menjana ekonomi aku.. tengok… Allah hantar rezeki aku dengan cara ini pulak… dengan tak di sangka.. aku kena stay back dan kerja lebih masa itu akan di bayar… aku nak nangis lagi..Terima Kasih Ya Allah….

Fat Selfie


Muka tak nampak… aku tak puas hatiiii

Ehhh… dalam keadaan penuh masalah…dalam keadaann bizi yang meloyakan.. ko ader masa juga berselfiee ekkk.. itukan wajib… aku kan pompuan nokkk haruslahhh.. tengok dalam gelap pun aku boleh selfie … biarlah tak semegah pun.. janji aku suka… ko aper kesahhhh.. muahahahaha….
 
Gigih…gigih.. walopun sengettt… siot tolll
Dan… apa pun yang berlaku.. aku minta korang jangan hilang percaya pada aku ye kawan-kawan.. aku nie baik sebenarnya… aku nie jenis berpegang pada janji tapi buat masa ini aku pegang sajalah dulu.. aku sedang berusaha keras yek…. Tunggguuuu… jangan mare…… aku ek…. 

My Diet ??


Ohhhh… rupanya kami fikirkan benda yang sama… bezanya.. dia hanya berfikir tentang makanan.. dan berfikir pulak tentang keburukann… yang aku pulak.. berfikir tetang makanan dan berfikir pulak tentang betapa lazatnya makanan itu… hehehehehehe

Ermm… biasalah.. kalau cerita pasal diet nie.. dalam 10 tuh.. korang cuma percaya 1 je kannn.. ??? aku kan hangat2 taik ayammm… ehhh.. jangan kata aku kat belakang dulu… aku diet lah… aku dah kurangkan banyak makan…aku banyak minum air putih… aku rasa badan aku dah rasa ringan tapi UNTUK HILANG LEMAK TUE belum lah lagi.. 


Rilek laaa.. aku kan target dua tahunnn… kalau dua tahun pun aku tak berjaya.. pergi jahanam ahh semua… makan jelah… muahahahah.. esok sakit padan muka aku kan… mula-mula nak start tu rasa macam nak pitam… asyik nak makan2 jek…. Aku tahaaanannnn…. Aku tahaaananannn… sampai skang… aku tahaaaaaaannnnnnn