Pages

Monday 1 December 2014

2014 Want To Say Bai-Bai..



Fuhhhh….. dah sampai penghujung tahun..entry kali ini adalah entry yang terakhir aku update bagi penyudah tahun 2014. Aku nak tulis panjang lebar skit dalam entri kali ini memandangkan kat opis sekarang ini agak… suram… sebab ramai yang dah mula ambil cuti tahun… samada nak berehat dan bersantai dengan anak2 mahupun kena paksa ambik cuti.. kalau tidak cuti kena poton… hahahahaha.. jadi.. walau kerja banyak aku tak berapa berkehendak nak buat sebab… MALAS….. hahahaha.. ^gelak yang sangat jahat^.

Marilah aku sajikan pada kalian yang menjengah blog aku yang tak berapa nak kreatif ini… aku buat blog nie memang semata-mata kerana aku… bukan kerana orang lain… aku buat entri –entri yang lalu dan aku akan ulang baca….. jadi aku akan memblogging beberapa retetan –retetan yang aku rasa menarik dan penuh pengajaran yang aku kena amik kira sebagai pengalaman hidupppp…

Now aku start naaaa….

AKU TEMOK TANGAT….

Hah tudiaa….. memang itu masalah aku yang sangat major… aku rasa aku punya bentuk tubuh badan sangat besau…. Aku tak boleh kawal dari makan benda-benda yang melazatkan lagi menliurkan… aku is cannot… so.. apa yang aku dah makan sepanjang tahun ini.. telah dizahirkan pada aku sekarang… so setiap yang memandang akan  menoleh dua kali.. satu.. bukan kerana aku cantik … dua.. bukan juga badan aku menarik… sebab kerana.. kalau yang kenal akan terlopong dan mula berkata2 benar.. ehhh… you dah temok… kenapa hang jadi lagu ini… pasaipa.. hang makan apa nie ????

Masalah nya aku rasa biasa… dan aku tak fedulikkk… hahahah ^ gelak sedih sambil tekap muka kat meja, badan ada skit terhenjut-henjut sebab nangis sikit ^.. aku kena fikirkan untuk tahun depan…  ^ mata pandang atas tapi dalam hati macam ragu-ragu.. sebab rasa poyo dengan statement di atas ^

WANG RINGGIT..

Bab nie sangat sensitip buat masa  ini.. di mana ekonomi aku masih ditahap tenggelam  kat laut dalam tak  lemas… makan kenyang tapi tak puas… faham ??? ibarat hidup kais makan pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. tapi aku tetap bersyukur…  aku dapat bagi anak2 aku makan… cari jalan beb.. nak hidup.. pepandailahhh

Cuma aku sedang berusaha keras untuk cuba menyelesaikan hutang piutang aku… sebab aku target…..kalau aku nak menyimpan… pertama benda aku buat… aku kena setelkan dulu..  semua hutang aku supaya.. aku tenang… pihak yang aku berhutang pun tenang….. aku ingat semua yang aku dah buat hutang… skang nie aku sedang berusaha… memang lambat tapi percayalahh…. Bagi masa sikit yaaa….. ^ dalam takder duit aku beli jeruk asam boi.. satu bekas 5 hinggit kawan opis jual.. dapat diskaun lima kupang.. syukorrr… ^

KERJA ..

Nak citer pasal perkara di atas pun dah rasa muak.. tapi apa boleh aku buat sebab aku memang dikelilingi dengan perkara2 diatas… sebati.. tahun ini aku rasa aku sangat tidak konsisten… sekejap aku rasa macam kerja aku sangat tip top.. sekejap aku rasa kerja aku sangat sungguh tidak professional.. semua bercampur adukk… aku mudah kecewa bilamana aku tidak dapat menyudahkan task yang diberi aku akan rasa sedihh… dan tak boleh tiduq malam… hahahahah ^ gelak buat-buat sebab aku nak bagi perenggan nie panjang… ^

ANAK-ANAK..

Along… anak aku yang sulung.. pelajaran droppp….. semua nya jatuhh merundum… dari no. 10 dah menjunam ke no.28… isk..iskk.. aku rasa dia terkesan dengan perubahan kami ataupun dia rasa tertekan dengan apa2… aduhyaii..memang susahlaahhh… tapi aku dan encik kekanda tak marahh sebab aku rasa kami sepenuhnya kena bertanggungjawab apa yang terjadi… aku rasa dia simpan dalam hati … mungkin dia streeesssss… who knows….

Yaya… dia pulak sangat bagus tahun ini.. dari no. 16 jadi no 7.. so,, itu satu pencapaian yang baik … aku Nampak usaha dia ..dia jenis yang siapkan kerja sekolah… buat latihan tambahan… aku tak suruh pun dia tetap siapkan kerja sekolah…. So….. yang stresss along sahaja.. yaya tak streessss…..

Yusouf.. budak kecik nie sangat banyak bercakap… pot pet pot pet.. duapulohempatjam… memang aku kadang2 tergelak sebab aku rasa dia sangat comel… biar ah aku nak puji melangit anak aku kot… hahahahaah… so… cerita dia agak menarik bila pengasuh yang sedia ada tetiba bagitau bulan 11 last dia jaga sebab dia dah mula kerja pada bulan 12.

Aku masa tu ada seminggu je kot nak cari pengasuh lain… kerisaun yang amat sebab dia tak biasa dengan orang lain… dari baby sampai umur nak masuk 4 tahun nie dia.. aku dapat cari pengasuh lain walaupun sedikit jauh dari rumah… jiran sebelah rumah yang rekomen… hahahahah^ tetiba nak ketawa tanpa sebab.. korang pernah jadi camginik?? ^

Masa hantar tu dia memang sangat konpius.. bila aku bagi beg dan barang2 dia.. dia dah mula cebik.. n start nangis… dia dah tau aku nak tinggai dia kat situ… memang melalak.. dan sedikit adegan berguling-guling dan air mata dan air hingus sama2 menambahlan effek yang dia tidak mahu berada di situ…

Aku terpaksa pergi bila pengasuh baru mula memberi isyarat tangan bermaksud pergi…. Tapi dalam kereta aku memang cuak laaa… sampai opis aku tipon kakak pengasuh tue… Alhamdulillah.. adegan yusouf hanya berlangsung dalam 10minit… bila dirasuahkan dengan cerita  kartun di tv dan  ditala jajan.. dia mula okeyy…. God jobbb kakak pengasuhhh..

BALIK KAMPUNG NO PLANNING…

Nota kaki yang penting :
AKIM MENIKAH -30/11/2014
AKIM BSANDING BLAH POMPUAN – 30/11/2014
UDIN MNIKAH -01/12/2014
UDIN BSANDING BLAH POMPUAN
UDIN N AKIM BSANDING SEBELAH KAMI -7/12/2014

Cerita ini adalah cerita benar.. yang berlalu kira2 jumaat yang lepas…. Kami adik beradik memang diberitahu untuk bersedia bagi upacara akad nikah kedua adikda aku… ( satu perut bapak lain) apa pun hubungan kami… kami tetap adik beradik…

Yang Bongsu. yaitu Akim.. majlis akad nikah adalah pada ahad 30/11/2014 sebelah pagi dan akan berlangsung majlis kenduri bagi pihak perempuan… oleh kerana encik kekanda tidak bekerja dengan perodua lagik… jadi segala aktiviti dan planning semua telah menjadik tunggang terbalik… kerana kerja encik kekanda yang terkini memang sabtu ahad susah sangat nak dapat cuti.

Jadi bila berbincang laki binik.. kami mengambil jalan mudah dengan tidak mahu pulang pada majlis akim..kami membuat keputusan pulang saja masa majlis kahwin sebelah kami sahaja pada 07/12/2014….

Pada hari jumaat 28/11/2014 itu.. aku wasapkan pada si Akim yang aku tidak dapat pulang…
Bermulalah adegan yang tidak diingini bila mak aku menangis sebab dia rasa sangat sedih sebab aku tidak dapat pulang… okay.. ini memang salah aku dari awal.. sebab kalau laki aku tak dapat balik.. aku tetap boleh balik apa ???  orang muda memang suka buat perkara muda tanpa memikirkan perasaan orang tua… ^dem you ana ..cubit diri skang.. ^

So.. aku tipon mak.. mak taknak angkat tipon… merajuk sudahhh… so.. aku pon mengelabah… diikuti dengan wasap2 kakak aku… macam aku tak aware pulak… so.. aku fikir panjang2… memang aku ada masalahh.. tapi janganlah masalah itu sampai buat mak aku nangisss… sambil tersedu di pinggir tiang rumah …

AKu minta izin laki aku untuk drive sendiri balik kampong.. NO WAY.. encik kekanda tidak izinkan sebab jauhhh.. lagipun anak2 aku tuh… kan hiper… hiper belaka… So.. aku pun terpaksa last minute menumpang adik aku yang si udin untuk pulang ke perlis.. bersama2.. kalau ikutkan planning.. sepatutnya dia kena bawak door gift yang bebaki 6 kotak lagi.. oleh kerana dia kasihan aku sebab aku adalah orang perempuan walaupun aku sangat sasa …

Balik dari kerja memang kalut aku mengemas apa yang patut di bawa… panic siot.. sebab aku nie kalau nak balik kampong banyak menda nak kena bawa.. aku tak suka nak pinjam tuala.. berus gigi bagai tuh..so memang panic walaupun udin kata dia akan ambil lebih kurang pukul 10.00 mlm… tapi semuanya aku packing ala kadar.. dah tau kenduri.. so.. baju kurung bebudak kat aku mesti lah bawak.. aku congak2lah sendirik..

So.. dalam kereta itu.. UDIN.. TUNANG UDIN… AKU..DAN TIGA BUDAK HAIPER… pulanglah ke Perlis… berkali-kali aku pesan pada anak2.. behave yourselves dear…  nanti aku sambung.. banyak kerja nak disetelkan niehhh…. Aduyaiiii.. pasangan yang bertunang muda itu jenis… jalan sejam.. bhenti tidoq.. 1/2.. jalan sejammm… tidpq ½ jam….  Yang anak2 aku nie sensitip… bila kereta jalan semua pakat tidoq.. bila kereta stop ja… pakat2 terbeliak mata… ini jadik tekanan kepada dua belah pihak…. Hahahahahahah ^ dasar menumpang ^

Anak 2 aku mana biasa berhenti berpuluh kali macam tue… jadi pasangan muda itu memang kaki tidoq .. baguihlahh bila rasa x boleh nak drive.. better pi tiduq bagi mata tu segar…. Itu depa punya cara… dalam berhenti tiduq punnn.. kalau benda buruk nak jadi memang tak dapat nak buat apa jugaa…

ACCIDENT

Hahhhh.. betuikkk kami semua telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya… akibat tunang udin tertidur ketika memandu menuju ke Kuala Nerang kampong dia sendirik ^ udin telah sampai ati membiar tunangnya memandu ke kampungnya sendirikk.. wak lu ^… persona bantai ixora…. Tapi… tapi.. kemalangan kecil saja… kami semua selamat… .yang tu yang penting… syukur…

Okaylahh.. lepas accident tuh.. pasangan muda tu pi la turun jumpa kereta yang dilanggar tuhhh.. minta maaf and bertukar no.telefon… nasib baik orang yang kenal-kenal.. takda minta duit pun…  nak setel dengan orang tua tunang udin… masa masuk dalam perut kereta balik.. pakat2 diamm.. tetiba ada sedikit gaduh2 manja…

Aku kat belakang hanya mampu tidak berkata apa2.. sebab aku kan menumpang.. terkebil2lahh.. nak suruh depa stop aku serba salah.. so.. aku diamkan sajaa… perbalahan tu tak lama pun..kejap jaaa…





RUMAH TUNANG UDIN..

Sampai ja rumah tunang udin.. tunang udin bantai nangis depan mak ayah dia.. yalahhh… orang nak kahwin.. banyak pakai duit pastu pi langgar orang lagik… tudiaaa… ini lah dinamakan dugaan adik2 …. Hadapilah dengan tenang… aku yang kawin sepuloh tahun pun tak terduga cabarannya.. inikan baru2… relekkkkkkk ahhhhhh….  Selepas sesi pujuk memujukk keadaan kembali tenang… pukul 5.30 pagi.. kami di jamu kopi panas …sedap la pulak.. terasa seperti bersahur …

So kami cergas minta diri… kalau terleka sedikit.. bapa si tunang udin dah jemput kami masuk ke bilik untuk melepaskan lelahhhh… ^memang nak pakcik tapi kami terlalu rindukan perliss… ^so.. cepat2 kami masuk kereta dan lajuk2 pergi ke perlis dengan kereta udin yang sedikit kemek itu….

Nat ( Pasar Pagi )

On the way jalan ke rumah mak aku tuh.. terdapat sebuah Nat ( Pasar Pagi ) yang sangat legend… dari masa aku kecik lagi memang nat ini memang setia ada di Beseri itu… rindu kan suasana pagi nat… macam2 ada dijual di sana.. dari barang basah sehinggalah makanan sarapan pagi yang sangat rare….. ko susah nak dapat ni tempat lain kecuali nat…

Udin ajak aku pekena bihun sup abang pondan… pasaipa nama pakcik tue begitu.. sebab tu bukan nama sebenar… tu nama samaran dia sebab.. pakcik tu tak salahh..kata orang.. dia ada seorang anak yang dipanggil abang.. tapi adalah ponn… hahahahahaah….

Masa masuk ke lorong –lorong nat itu.. aku macam nak cium ja lantai nant tu… betapa lamanya aku tak ke situ…. Aku cam happy sangat… kalau tak kerana aku pegang tangan anak2 aku yang bertiga tu… dah lama aku jalan setiap lorong… muka2 orang lama2 masih di situ Cuma kelihatan lebih berusia…. Perlis is so rare……………………….

Tercapailah hajat kami untuk menikmati Bihun sup Abang pondan… tapi.. tapi.. rasanya dah tak sama.. aku tak taulah ini di upgrade mahupun didowngrade.. the taste was sooooo wrong… itu bukan bihun yang aku rasa masa aku kecik2 dulu… tapi tetap sedappp vuma tak serupa dulu…


Rumah Mak…

Akhirnya kami sampai jugak … alhamdulilahhh… mak aku gembira.. .aku pun gembira…. Hehehehe… so..sangat lega bila sampai rumah orang tua kita tau… takyah nak berlakon sangat…. Memang sembah ratu lah dengan mak aku tuhh.. minta ampun dari hujung rambut sampai ke kaki… mak aku senyumlahhhhh janji aku balik…. Hahahahahahaah…..
AkIM Love Ana

Hari Ahad 30/11/2014.. pukul 11.00 pagi kami rombongan Cik Has ( nama mak aku) menuju dengan gagah ke rumah pengantin… pengantin (akim begitu berkobar-kobar untuk dinikahkann… ) aku tau mak aku sedihhhh tapi dia tak tunjuk dan kami adik beradik pun sangat kool that day.. takda sapa pun bercakap.. kalaulah abah ada…… no body say that words… so situasi selamat…

Dengan sekali lafaz…. Akhirnya mereka berdua selamat menjadi suami isteri.. suasana sangat santai.. takder nak formal sangat… aku senang begitu…. So usai je majlis nikah.. kami dipelawa tuan rumah untuk menjamu selera…. Menu perlis abaq maiiii… menangihhhh tak berlagguuuuu … ^ kalau you olls tau akan kesedapan sayuq manihhh do you ???? ^

Pengantin yang baru saja dinikah tadi sedang bersesi2 gambar… aku tak berapa nak bagi perhatian sangat pon.. hahaha… yang penting kena soru ( makan )… lepas tuhh… tetiba depa dua hilang.. rupanya pi salin baju….

Pukul 12.50 pengantin turun dengan baju bersanding hamboihhh abaq ank.. segakkk.. padaaaannnn sangat … hahaha… selang 10 minit.. depa di minta untuk makan beradap.. tudiaa.. awai sungguh .. tetamu belum datang lagik.. depa dah makan.. memang rare oooohhh..

Lepas mak kucup selamat tinggai pada anak bongsunya.. kami rombongan Cik Has pulanglah kerumahhh… pesan jugak kat akimm.. nanti malam baliklah rumah kejappp… amboiii.. tak balik rumah malam tu… buat apa la kott ???? hahahaha…

UDIN Love Awin

Keesokan harinya  01/12/2014 abang dia Si Udin dinikahkan ..samalah gagahhh n macho.. hanya dengan sekali lafaz sahlah menjadik pasangan suami isteri… baguihhhh semua…. Hahahahaha…… ^ tetiba gelak pasaipa..

Tapi aku tak dapat ikut majlis nikah udin pasai aku tak dapat cuti kann so malam ahad tu aku dan balik ke rawang tumpang abang ipar yang sama2 kena kerja… sangat penat tapi sangat best…………..


Nanti aku cerita kenduri sebelah aku pulak.. doakan majlis berjalan dengan lancar yekk…


 
Amboiii…. Segaknya dua2…. Masa nie dua2 dah beranak pinak niehh… aku pun kalah terukkkk… mak aku anak tiga.. tantik tangat… jeles hakuuu



Mummy n Daddy..

Siapa kata janda anak tiga tak meletop.. mak aku meletop okay..janda cantik lagi menliurkan.. dahlah kerja dengan pejabat dengan mat-mat terap… (askar) .. semua hat gatai2… tapi kalaulah jodohhh… kalaulah jodoh tidak kemana………….. dah dia berjodoh dengan En.Sudin aka abah tiri aku… maka terhasilah 2 mereka ini… dari satu perhubungan yang suci lagi murni… yalah.. melihat jambul ayamnya ituww… aku mengerti mengapa arwah  yang menjadi pilihan mak aku… 

T
Mereka lah si upin n ipin keluarga kami.. versi si udin n si akimm…. Padiapaaa…


Kenapa bunga korang sparkling sangat

Selamat pengantin Baru Akim And Ana.. ^ nko takder nama lain. ^ aku berasa risau nama aku akan diapa-apakan… sebab ana akim sangat kurus.. so kalau aku pulakk ?????

Amboiii…. Segaknya dua2…. Masa nie dua2 dah beranak pinak niehh… aku pun kalah terukkkk… mak aku anak tiga.. tantik tangat… jeles hakuuu

Selamat pengantin Baru yang akan bersanding minggu depan.. yang penting Udin and Awin sudah selamat bernikah.. pegang tangan tidak berdosa…  juga anggota tubuh yang lain…. best wohhhhh…………………….. 

Ni apa nie… kulit album.. hatimu telah ku miliki ????