Pages

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Monday, 1 September 2014

Kemurungan Itu Bukan Sedih Biasa




Ya... kemurungan itu bukanlah sedih yang biasa.. kemurungan aku ini bukanlah kemurungan orang yang telah mengalami sakit jiwa.. tapi lebih kepada hati yang mudah berasa sedih dengan apa-apa pun... bahasa tubuh yang menzahirkan kemurungan aku.... tidak semua orang tahu dan tak kurang juga yang sudah tahu.... 

Kesedihan aku yang bukan biasa sehingga tidak mampu untuk menulis di dalam blog kesayangan aku ini... aku tidak mahu bercerita mahupun bergurau senda seperti selalu..  kesedihan yang aku tidak mahu berkongsi dengan siapa-siapa pun... aku terperasaan dengan sendirinya yang aku sudah hilang sifat jenaka jauh sekali untuk bercakap borak-borak kosong..

Dengan kesibukan di tempat kerja yang membuatkan aku sangat stress.. setiap masa setiap hari.. aku sudah tidak boleh bekerja dengan tenang.. kacau bilau.. semuanya dibawah tanggungjawab aku..  berterabur fail-fail yang masih perlu diselesaikan.. semakin meninggi..  bersepahan bayaran pembiaya yang masih belum dikemas kini di dalam data komputer.. semuanya ada masalah masing2..semuanya harus disiapkan mengikut date line... aku buat semua... tapi kemurungan aku ini kian menjadi2 bila aku menjadi sangat pendiam di tempat kerja.... aku hanya bercakap apabila ditanya... menjawab telefon apabila perlu.. tak kurang juga ada pembeli yang memarahi sekali sekala ada yang memaki...tapi aku menyiapkan kerja tanpa banyak soal.. 

Aku penat.. penat untuk menjadik orang seperti itu.. penat untuk berusaha supaya boss melihat hasil2 kerja aku.. penat menjadik orang harapan.. penat berharap aku dinaikkan gaji untuk mencarik sesuap nasik... penat merajinkan diri untuk mendapatkan bonus yang masyuk setiap tibanya raya cina....Demi Allah aku penat.. aku penat untuk bekerja di bawah tekanan.. aku bosannn.... aku mudah menjadik pemarah... habis budak bawahan aku.. kalau tersilap.. disitu jugak aku menegur tanpa berlapik-lapik....Aku buat kerja tanapa rasa puas... aku penat... penat........ 

Aku penat menjadik superwoman... aku penat... jiwa dan hati aku sedih... fikiran aku melayang-layang.. tidak ketahuan puncanya.. aku mengalami kemurungan yang bukan sedikit...  mungkin sedikit sebanyak hal rumah tangga terbabit sama.. mungkin..
Penat belum hilang lelahnya... sambung pula dengan kerja rumah yang setiap hari menanti... mana nak layan anak-anak.. melihat kerja sekolah... melihat beg sekolah.. mencuci kain.. menyidai kain... melipat kain... memasak... seterika baju sekolah.. dan kerja yang seangkatan dengannya... ini semua membuatkan aku mengalami kemurungan..... kemurungan.......... 

Aku betul2 penat... penat dengan semua ini.... berdosakah aku bila aku meluahkan apa yang terbuku di hati ini.. berdosakah aku merungut aku adalah penat !!! tidakkah aku berhak jugak untuk melapangkan hati dengan perasaan yang tak perlu bertungkus lumus memikir apa-apa... MERUNGUT INI BUKANLAH MENUNJUKKAN AKU TIDAK BERSYUKUR... TAPI AKU LUAHKAN APA YANG AKU RASA.... 

Bila hadapi semua ini...  mendirikan sembahyang adalah terapi yang wajib bagi aku... dekatkan diri pada yang Maha Esa.. mahu ditunggu apalagi... panjatkanlah rasa sedihku itu.. luahkan lah pada Yang Satu... Kau buang jauh-jauhlah rasa sedih hati ku ini.. Kau berikan aku ketabahan yang galang tingginya.. supaya aku tidak punya alasan untuk merungut itu dan ini... supaya aku redha dengan semua ini.. supaya aku tidak mencari salah siapa.. supaya aku menjadik seorang pekerja yang jujur dan seorang yang berdedikasi... jadikanlah aku seorang isteri yang hebat.. disaat susah senang aku dan suami tetap bersama... kau jauhkanlah sifat sedih ku ini.. jadikan aku seorang ibu yang bangga dengan anak-anak aku.. jauhkan aku mencari setiap kelemahan keluargaku.. KAUDEKATLAH AKU DENGAN IBUBAPAKU... JANGAN JAUHKAN  PERASAAN KASIH AKU TERHADAP MEREKA.. KAU BERATKANLAH HATI AKU PADA MEREKA.. YA ALLAH... dan panjangkan umur ku ini ya allah untuk aku menebus rasa murungku ini dengan hati yang gembira... berpeluang kah aku ?????

Wednesday, 30 October 2013

Spender Di Sidai Jangan..

Sikap apa nie ??? tak maluker... sajia nak carik penyakit kaaaa ???


Di situ…. Thehehe… kali ini aku nak bagi nasihat.. rasa cam tak layak la nak bagi nasihottt.. tapi haper aku fedulik…  ini bukan blog lucah lagi mencarut ek.. ini blog mak-mak ek…. 

Ditujukan khas buat wanita-wanita di luar sana…  Aku  mulakan pembentangan aku yekk.. spender.. tu ayat omputih.. spenda.. tu  pulak ayat orang utara… seluar dalam tu ayat.. masa kita nak beli di supermarket.. thehehe….

Bukan aper.. bila tengok gambo nie .. camnerlah pompuan nie boleh sidai spenders dia punyalah berlambak .. penuh haku tengok kat pagar tue.. ishh.. ishh.. di manalah sifat malu pompuan nie.. ka dia sajia nak tunjuk yang dia punya banyak spenderssss… aku pulak yang termalu-malu kat cni.. 

Nak bagi tahu.. Rumah bawah kat malaysia kita nie memang  kebanyakannya jenis teres.. maksudnya sederet semua..…… jadi kita berkongsi pagar… hang suka ati sangkut spender kat situ.. buat nya.. jiran sebelah ada anak jantan yang baru nak mimpi-mimpi basah.... tak risau mak dia ?? buat nya dia pi amik selai dua.. ambik bauuuu.. kan naya… kehkehkkeh…  buatnya dia terbayang-bayang pompuan tu pakai lagumana.. setan..tu.. setan tue… 

Jadi.. itu kan namanya pakaian dalam.. haruslah disidai secara sorok-sorok.. bukan lah sorok sampai orang ingat hang tak basuh baju dalam hang langsung.. takyahlah display sampai camgitu sekali..  tengok  cara pompuan nie cam nak tunjuk jaaa niehh.. perasannn tak.. baju seluar takdak pulak sidai sama… Nampak sangat dia pun gatai……
Yang tangkap gambar tu pun dari rumah sebelah..  ayahkah.. atau anakkah.. kan aku dah cakap.. buatnya perangai camgini yang tak sedap di tengok.. sidai pula baju dalam pun kat situ.. tak pasai-pasai dia tau pakai saiz apa… oleh itu… Wahai wanita2… janganlah kita bersikap begini rupa… malu laaa… 

Buatnya orang tu niat jahat.. pi bomohkan pompuan tue…pakai spenda tueh… mampuihhh..mampuih.. hang pun bukan sedar spender hilang satu masa tue .. takkan kira kut..  berlambak tuh..theheheeh… 

Puan gebu sidai kat belakang rumah jaa.. sepit banyak-banyak.. tu pun kalau orang belakang tue laki dia tetiba cuci longkang ker haper.. senyap-senyap haku pi cabut simpan.. malu…malu… hang malu pasai spenda hang besar kan ?? kan???

Ini pun pengajaran buat puan gebu.. anak dara I is  nak masuk 7 tahun.. aku tak mau dia buat perangai lagu nie.. aku lempang dia nanti.. aku nak  ajar dia.. kena jaga benda-benda nie semua… kena malu perkara cam gini… jangan buat main ek…

Friday, 19 April 2013

Cara Puan gebu bekerja..

 Mungkin kadangkala kita tidak suka akan pekerjaan kita sekarang..tetapi Puan gebu bersyukur kerana masih berpeluang menyumbangkan tenaga serta buah fikiran  ke arah pembangunan ekonomi negara dan sentiasa komited terhadap kerja yang di beri.. cewahhh…. Geli sudah haku mentulis beginik.


 
Tanamkan perasaan gembira dan ingin bersungguh-sungguh setiap kali bangun pagi untuk bekerja.. insyaallah anda akan rasa mudah dan bersemangat setiap hari.. dan segala kerja dapat disiapkan dengan mudah.. tapi bila hari isnin.. ada rasa malas  di situ.. wakakakaka
 

Pastikan segala tugasan dicatatkan di dalam buku tugasan atau buku khas secara teratur…Dengan cara ini.. anda akan rasa mudah kerana semuanya sudah tersusun.. dan dah tahu apa yang perlu didahulukan pada hari tersebut…  takat hari ini buku tugasan puan gebu tak terkira banyaknya.. since 2006..


 
Stress adalah perkara biasa bagi semua yang bekerja..inilah yang selalu menjadikan kita tidak bersemangat dalam membuat kerja.. jadi carilah jalan penyelesaian  supaya anda dapat hilangkan stress.. tak banyak yang hilang sikit pun jadilah.. jangan biarkan ia melarat.. hehehehe.. tapi I admit.. kadang-kadang terbawa-bawa stress sampai ke rumah.. huhuhuhu…
 

Ramai yang tidak boleh menerima kritikan terutamanya  dari majikan ataupun rakan sekerja.. oleh itu puan gebu selalu menganggap sesuatu perkara yang dipersoalkan adalah seperti satu nasihat.. ataupun satu pelajaran baru.. tak semua kita tahu.. bukan ?? Berfikirlah secara terbuka..  mungkin apa yang diberikan ada baik benarnya..  sekali sekala kita merendah diri.. apalah salahnya…
 

SENTIASA BERUSAHA BELAJAR DAN TERUS BELAJAR.. SENTIASA DAHAGAKAN  ILMU KERJA DAN BERTEKAD.. JANGAN MALU BERTANYA JIKA TIDAK TAHU TENTANG SATU TUGASAN.. KERANA KITA SENTIASA HARUS DIBIMBING OLEH PIHAK ATASAN..

Tuesday, 8 January 2013

Haip..Jangan Membazir..

Dulu.. kalau ada lebihan makanan yang semalam punya.. pasti dibuang  laju-laju ke dalam tong sampah.. ini adalah tidak patut berlaku.. pembaziran sebenarnya tu.. dahlah tak habis pastu suka suki buang-buang.. tidak bersyukur ek.. apa kata lepas nie kita olah-olahkan   supaya kita tidak membazir.. dan  jangan suka suki buang makanan tanpa rasa bersalah..

Mentang-mentanglah negara kita nie.. kaya dengan makanan.. rasa sombong.. rasa tak lalu.. rasa susah hati bila buang makanaan tue tak berapa nak ada.. seronok lagi nak makan hari ini punya tanpa rasa sedih bila buang makanan yang berlebihan.. saya macam tue jugak.. dulu bila tak abis. Buang jek.. nak simpan buat apa.. besok masak lauk baru.. memang dasar !!

Tapi ..saya insaf sudah..Saya belajar ini semua dari mak mertua saya.. mak mertua saya memang takkan membazir.. walaupun hanya ada seekor ikan yang isi pun lebih kurang.. dia takkan buang pasti mak mertua saya perisi ikan tue dan di simpan .. besok pagi bila dia buat nasi, mee, apa-apa .. mesti dia tumiskan isi ikan lebihan tue sekali.. apa-apa pun mak mertua saya tidak sesekali akan membazir..Dan.. begitulah juga kalau ada lebihan sambal ker, kuah kicap ker, macam tue lah jugak disimpan dan dia olah balik.. elok je puan gebu tengok semua makan yang di resaikel tue…

Saya hanya perhatikan saja.. kalau menolong dia di dapur..  jadi sekarang saya pun dah terikut-ikut.. amalan yang baik.. memang patut dikut.. hehehehe..  kalau ada lebihan lauk tue, besok saya akan olah balik.. macam semalam .. saya masak sotong masak kicap da nada lebihan udang masak kari.. saya basuh dan campak seklai dalam kuali.. nah… habis.. licin.. okay…

kena ingat satu ja.. kita yang masak dia.. ikut suka kita lah nak buat macamanapun..  Tapi kalau dah dua tiga minggu lauk tu disimpan dalam peti ais baru teringat.. yang tu korang bleh olahkan ke dalam tong sampah la jawabnya… hehehehe..  yang tu biar lah membazir dari korang kena belanja  yuran hospital tinggi pasal dah kena keracunan makanan….


Monday, 17 December 2012

Hey you.....


Tahun 2012 anda Ok kah???
So… tahun 2012 akan melabuhkan tirainya kurang dari 15 hari saja lagi.. jadi kepada sahabat handai di luar sana.. adakah tercapai sudah impian yang korang senaraikan pada tahun sebelumnya…
Di dalam senarai itu, semuakah yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. apakah mengembirakan hati semua ???? Puan Gebu juga pada tahun –tahun sebelumnya turut menulis senarai perkara yang puan gebu ingin laksanakan..
Salah satunya ialah mahu turunkan berat  badan.. yang tue masih kabur sangat hasil yang disenarai dengan hasil di alam nyata… thehehe..tak kisahlah.. puan gebu buatlah perlahan-lahan tahun hadapan.. okaylah tue dari tarak langsung.. sila tepuk tangan..sebab walau tak turun tapi naik pulak berat badan.. hokey hapa…
Puan gebu ingat.. kalau yang jenis tak kuat iman dan sekadar hangat-hangat tahi ayam maca puan gebu nie, usahlah korang berdiari-diari, bukan main lagi semangat sampai senarai apa yang ingin dicapai sudah beratus-ratus.. sudahnya yang terlaksana satu dua saja..  dan termalu sendiri sebab tak sangka punya banyak impian tapi tak tercapai pun dek kerana masalah-masalah yang kita sendiri sahaja yang tahu… theheheh..
Puan gebu kibarkan bendera putih yang memaklumkan puan gebu sudah mahu surrender untuk azam 2012 tueh.. theheheh.. sebab walaupun tersenarai.. tidaklah pulak tahu kemana kesudahannya.. theheheh…jadi puan gebu tidaklah mahu pulak senarai yang ada di bawa ke tahun hadapan.. untuk hapa??? Untuk saja-saja baik tidak payah weh!!!!
Jadi tiada lagi azam tahun 2013, biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya.. janji puan gebu berusaha.. hahahaaha… apehal ketawa pulak.. 
Walaupun begitu, Allah murahkan rezeki puan gebu… tiada pun  puan gebu senaraikan dalam list  azam2013 tersebut.. secara tetiba dapat durian runtuh. Hanya allah yang tahu betapa bersyukurnya puan gebu.. tak menyangka lah pulak puan gebu boleh dan berjaya seperti sekarang..

Monday, 29 October 2012

Touch N Go enam pulu sen…



Masa nak datang office pagi tadi.. saya tahu dan sedar diri kad touch n go saya hanya tinggal 60 sen sajek.. jadi saya tiada pilihan lain untuk mendapatkan tiket tol di laluan biasa.. ahhh… memang agak mencemuihkan sebab lambat bila. kereta berderet-deret..

Dah asyik terlupa pulak untuk top up.. sedap jek memandu.. di laluan laju.. sambil otak nie berangan-angan itu , berangan –angan ini.. korang jangan ingat umur dah 30-an nie tak boleh berangan …. Sama jek semua.. bila sorang-sorang.. berangan pun terlebih-terlebih.. termasuk dalam list berangan.. Puan Gebu kurus dan bershoppin baju cecantik bersaiz  SSSSS.. wakakakakaka..

Punya berangan sampai jek kat tol keluar..  saya terlajak dan tidak sedar diri saya terus jek masuk ke laluan touch n go.. betul-betul  sampai kat palang tue baru tersedar.. alamak aku terlaka sudah tapi enam pulu sen.. terpaksalah aku mengangkat tangan dan tunjuk isyarat .. u have to gostan carsssss… kepada kereta-kereta 3 bijik kat belakang saya.. nasib baik mereka berundur.. kehh.kehh.

dengan muka berkulit tebal dan bulat.. saya pun memandu  ke  laluan  tol yang betul… hehehehe.. SAYA MALU.. TAPI SAYA PASRAH…. Thehehehehe..

JADI KEPADA PENGUNA TOUCH N GO SELURUH MALAYSIA TERUTAMANYA PUAN GEBUUU !!!!.. TOP UP LAH DULU SEBELUM PENGGUNA LAIN  TOUCH U DOWN  N SAY U  GO OUT FROM HERE KEPADA  ANDA.. JGN MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.. OKAY.. !!!!!

60 sen.. 60 sen… ( sila buat gaya  tangan seperti azian irdawaty  jadi tak betul tue dalam drama 50 sen….)

Sunday, 29 July 2012

Kenapa Warga Ibu Tak Boleh Malas-Malas..


Kami warga ibu tak boleh malas- malas…

Kalau dah malas masak..

Ermm.. apamacam.. larat ker asyik odek lauk tunjuk jek.. mau bankrupsi encik suami kang.. bayangkan dalam sebulan langsung tak ke  dapur untuk masak sebab malas…. Ermm larat ker??

Sebab tu kami warga ibu tak malas

Sebab kami warga ibu faham akan kepentingan kami dan penat lelah bila balik dari kerja kami tolak ketepi.. masak tue penting bagi kami, disamping menjimatkan perbelanjaan rumah, kami masak bagi  seluruh anggota keluarga rasa air tangan kami.. Kami rela masak dari habiskan duit laki makan kat luar.. kan..

Kalau warga ibu dah malas nak kemas rumah..
                                                  Contoh rumah yang bersepahan
Ermm .. apa akan jadi.. rumah bersepah lah.. lantai melekitlah.. dapat laki rajin takper.. dapat laki tak mahu tolong.. apa akan jadi.. mahu rumah seperti tongkang langganng.. ewwwww  bilik air toksah citer confirm berlumut.. ermm korang nak ker rumah kotor macam ituw.. habis lipas, semut, cik ti berkeliaran kat dalam rumah.. ohhh tidakkk!!!

Sebab tu kami warga ibu tak malas

Rumah mesti kena sapu sampah tak boleh buat selalu pun , hari minggu hari buat kerja rumah.. semua buat sendiri.. sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air dan bla-bla.. walaupun bekerja hal rumah tangga tak boleh diabaikan.. kami kena buat sebab sapa lagi nak buat..  hari minggu bukan hari berehat hari minggu hari bekerja buat kerja rumah.. betul  kan????

Kalau warga ibu dah malas basuh @ lipat kain@gosok..

Ermm.. takder bajulah nak ganti pakai.. ermm takkan nak hantar dobi hari2 bankrupsi lagi cik suami kita… kat dalam almari dah takder baju yang berlipat, kat rumah dah takder baju seluar yang bersih, longgok dalam mesin basuh, dalam besen, dalam bakul.. kat atas lantai.. kan..

Kalau dah basuh tapi buat pulak longgokan kat atas katil, dalam bakul lagi, terus masuk lemari..Kalau tak lipat kain.. susahlah warga rumah nak cari baju.. susahlah anak,laki nak cari stoking.. susahlah  nak cari spender dan lain-lain.. kan kan..kain yang tak basuh dan kain yang tak lipat  lebih kurang banyaknyerkk..  tak payah gosok.. biar kedut seribu.. malas kan

 Sebab tu kami warga ibu tak malas

Kami basuh baju, hatta dengan mesin basuh sekalipun.. sidai baju.. dah kering lipat pulak.. dah tue susun pulak dalam almari kemas-kemas.. pastu kena gosokla pulak baju kemeja suami, anak-anak dan diri sendiri… bila masa buat tue semua.. kami warga ibu akan curi masa rehat buat semua ini… bila?? Selalu tengah malam lepas anak-anak tido.. selalu waktu petang, bila suami dan anak2 sedap tido kat dalam bilik tue.. ..

Tapi saya tak salahkan sedari di luar sana kalau tak terkejar-keajr nak buat semua ini… sebab bila dah kawin.. tanggungjawab tue bukan pada sedari seorang diri tetapi berdua yakni.. encik –encik suami di luar sana.. minta tolonglah.. janganlah anggap hal mengemas, memasak, membasuh ini kerja binik ajek.. kita sebagai suami kena tolonglah..

Takkan balik kerja nak rehat saje, tolong-tolonglah binik tue kan.. si bini sedara tak boleh nak buat semua tak terkejar encik.. jangan buat tak tahu mahupun taknak ambik tahu.. streeesssss binik tue nanti.. Bini encik tue pun bekerja jugak.. sama-sama carik rezeki untuk keluarga tapi kerja rumah dibiar pulak pada dia seorang.. patutkah encik-encik suami sekalian.. patutkah.. sob..sob..sob..

Jangan nak tolong malam jumaat jek… malam-malam lain silalah tolong dengan ikhlassss.. jangan biarkan orang rumah anda menjadi streesss dan keletihan,jangan jadikan dia tertekan dan merungut pulak.. nanti anda pulak nak kena tanggung dosa pasal dia jatuh tak ikhlas dalam perkerjaan rumah tangga yang dia buat.. ndak gitu???

Kalau kami warga ibu dihargai dan dibantu..i.. kami takkan lupa untuk ucapkan


Wednesday, 20 June 2012

Saya Nak Berpesan Buat Jiran Celupar Saya





. sekali lagi saya dengar kurang enak pasal saya.. saya akan pergi rumah jiran saya tue dan gosok baju kurung saya depan umah dia berbakul-bakul ... kalau tak dapat capai kata sepakat.. kita gocoh aaaaa..



. jgnlah nak mengata orang sesaje.. ahkak pun bukanlah sempurna pun..  asyik pakai kain batik bila keluar petang.. tue pun corak-corak  lama jew.. heheheheh.. lain kali pakai  baju kurung bergosok setiap hari…hahahahaha..



. takat  gosok baju kurung pergi kenduri, tak dapat jadik tetamu terhormat pun.. tak dapat makan kat meja pengantin pun.. takat nak bergaya tapi takder orang pandang pun.. apakes.. syok sendirik. .whhhwheheheheh..



. kalau kami nak pakai baju lama ker.. span baju kurung macam budak laki main besbol ker, corak baju kami Bunga matahari ker.. janganlah kesahkan kami.. jgnlah yekk..



. cuba lepas nie sembang petang citer pasal dosa-dosa silam akak  dan minta ampun kepada jiran tetanga.. confirm 8 tahun tak abis kan…



. time tue serah diri ajelah yek kalau ada jiran yang nak penampo dan maki caci ahkak.. heheheh hahahahaha..



. jangan jadikah saya seperti ahkak.. saya tidak mahu..