Pages

Sunday 30 September 2012

Kisah Benar


Kisah benar yang amat memeritkan dan sukar di terima tetapi itulah lumrah kehidupan manusia yang penuh dengan penindasan..

27/08/12

Saya terima panggilan dari tuan rumah mgatakan dia nak jual rumah dia yang skang dia tinggal sebab dah bertukar tempat kerja.. jauh dari rumah so.. nak jual sebab dah takder sebab lagi nak tinggal kat rumah skang.. called biras saya bagitahu yang ada orang nak jual rumah so dia berminat dan malam tue jugak biras dan adik ipar pergi tengok ..langsung berrminat…selepas berbincang harga bukak adalah rm 2***********.

31/08/12

Biras saya dan adik ipar bayar deposit as booking memang nakkan rumah tue dan bersembang-sembanglah mereka semua sambil berulang kali tuan rumah bagitau harga yang dia bagi tak kan naik dan takkan turun…

01/09/12

Ayah dan mak mertua datang rumah saya, sebab nak pergi tengok rumah yang biras dan adik ipar saya nak beli tue.. so semuanya sudah bersetuju.. alhamdulilah… jadi bermula hari itu.. penjual,pembeli saling beremail, bersms.. .

06/09/12

Pada tarikh ini, loan bank yang telah direkomen oleh tuan rumah telah pun lulus, tapi biras dan adik ipar nak cuba jugak try untuk bank-bank yang lain, nak try boleh dapat interest rate yang lebih rendah ke hape ker..

10/08/12

Oleh kerana bank pilihan biras saya memerlukan surat rasmi tuan rumah setuju untuk jual rumah dengan sebut harga tersebut. Dan ditandatangani oleh penjual dan pembeli bagi pinjaman bank pilihan biras…

13/09/12

Loan bank pilihan biras saya telahpun lulus dan bank tersebut adalah panel syarikat biras saya bekerja.. wah.. memang sungguh bertuah… banyak benefit yang dia akan dapat jadi biras saya pun puas hati akan interest rate yang bank pilihan dia…


21/09/12

Surat dari pemaju kepada peguam bagi syarat-syarat tuan rumah untuk urusan jual beli ini.. biras saya dan saya pun dah follow up dengan peguam untuk urusan dan mempercepatkan proses tandatangani Perjanjian Jual Beli.. so.. peguam pun dah tahu apa pemaju nak, so draft Jual beli telah pun siap dan di email kepada penjual dan pembeli.. so dua dua pun dah setuju..

27/09/12

Saya telahpun sms tuan rumah , pada besok hari iaitu 28/09/12 biras saya akan sign letter offer dengan bank pilihan dia dan  pada hari isnin 1/10/12 mereka akan sign Jual Beli di Pejabat Peguam..  dan tuan rumah pun reply sms cakap ok..

28/09/2012

Pagi-pagi buta datang ofis, terima panggilan dari biras, suruh bukak email.. saya pun berdebar-debar tapi buka jugak.. tuan rumah nak naikkan harga lagi RM10K!!!!  selepas keluar dari mulut dia sendiri tidak akan naik harga mahupun turun pada sebulan yang lepas.... saya dan nak pitam , saya pun terkejut selepas sebulan lepas, ber email-email , bersms-sms tetiba tuan rumah buat onar.... patutka.. perasaan semua sangat mendung dan kelam

30/09/2012

Malam pergi ke rumah tuan rumah, dari A sampai Y semuanya tak relevan..  Z ajelah yang okay pun..apakah ini.. suami saya yang dengar pun panas hati  konon nak biarlah penjual dan pembeli yang selesaikan.. asyik kata sebelah kami yang melambat-lambatkan urusan..terkial-kial biras dan adik ipar nak menyoal dan menjawab.. maklumlah tuan rumah ini kerja jual menjual nie.. ayat goreng-goreng udah biasak (sebab tu kah kau naikkan harga rumah? Takkan kut.. kalau iyek pun.tak relevan ler tuan)..   tapi dalam duk menahan suami sampuk bagi ayat mati langsung tak boleh nak jawab ape dah tuan rumah tue… merah muka  tuan rumah..

01/10/2012

Sepatutnya hari ini adalah hari biras saya dan adik ipar pergi sign Jual Beli dah jadi hari pergi bincang dengan Peguam apa tindakan yang boleh diambil bagi menjaga hak diaorang sebagai pembeli yang tertindas ini… so sad sebab peguam kata susahlah nak tuntut ganti rugi kat mereka ini sebab Perjanjian Jual beli pun tak sign lagi, tapi boleh bagi surat amaran saja lah kan… takat resit deposit. Letter offer dari bank dan surat rasmi penjual dan pembeli sign masih tak cukup untuk dapatkan hak pembeli tertindas ..sedih bukan…




Manusia macam ini pun ada ek.. sesame islam pun boleh main-main janji yang kau sendiri buat dan kau sendiri ingkar… takper.. biras dan adik ipar saya tue adalah golongan orang yang teraniaya.. doa orang teraniaya ini dimakbulkan Allah.. sekarang ini Allah bayar cash jek kat dunia ini takpayah tunggu mati baru nak dapat balasan… kalau tengok kronologi kisah benar ini.. kami amik masa lebih kurang sebulan untuk semua ini.. lambatkah kami ini.. saya rasa itu sudah bagus dan cepat..

Yelah sebagai tuan rumah dia kata dia ada hak nak naik kan harga rumah.. tapi kita sudah berjanji sebulan yang lalu.. bukan masih main tarik tali  sebut harga lagi…dah jauh dah kita punya urusan.. sekarang proses untuk menandatangani dokumen.. macamana hak kami sebagai pembeli ..tak boleh berpegang pada janji.. kena ikut jek ker…

Saya rasa kalau tuan rumah itu ada alasan yang kukuh saya rasa diaorang boleh lagi terima, tapi kalau dah kita tanya kenapa dinaikkan harga.. asyik salahkan saya dan biras.. dia sebagai tuan rumah takder salah apa-apa.. sebab dia rasa kami lambat??.. cakapler kau memang tamak haloba.. kau seorang yang pentingkan duit ringgit.. janji yang kau cakapkan… arhh tolak ke tepi..

Sekarang… biras dan adik ipar saya masih mahukan rumah itu tetapi tawar hati bila memikirkan akan berurusan dengan orang sebegini keji.. orang melayu yang menindas orang melayu…

Semoga Allah membalas balasan yang setimpal kepada mu tuan rumah ..

Dan urusan mereka ini masih seperti gantung tidak bertali.. tiada kata putus lagi sebab tuan rumah baik hatilah konon bagi masa seminggu untuk berfikir nak ke tak nak… kalau tak jadi dia akan pulangkan deposit.. so sweet ek… walaupun tak jadi nak bagi balik duit deposit tue.. baiknyer dier..  kenalah pulangkan takkan nak amik sebab kau yang buat taik!!!!!

Sunday 23 September 2012

Ibu Seorang Yang Kewl Bila…


  • Si yaya memproses beg make up saya, dan cuba seludup gincu dan mascara ke dalam beg sekolahnya.. dalam keadaan kalut itu,cubaan untuk memasukkan bedak muka iaitu foundation gagal kerana terlepas dari tangan lalu terhempas ke lantai dan foundation berkecai seribu!!!! (ibu nangis dalam hati nak..) sebab yaya konon nak hilang barang bukti.. yaya sapu semua dan yaya buang dalam tong sampah.. akcely.. boleh selamat lagi seh.. .takper.. ibu kewj jek..
  • Bila si kecik iaitu yusouf bukak air paip kat ampaian belakang rumah habis banjir tempat belakang tue…  lecah sungguh..huhuhuhuhuh..  tapi bila haip kan dia.. dia pandang kita buat muka berkerut.. thehehehehe
  • Bila along asyik menyakat yaya dan si ketot berulang kali sehingga adik dia yang dua orang itu terjerit-jerit, menangis-nangis dan ketawa kuat-kuat sampai keluar hingus hijo pastu slumber tenyeh kat sofa tue..  berlari-lari, main atas meja kopi, main loncat bagai atas sofa kita tue..
  • Bila anak-anak ibu makan kerepek dan roti di atas karpet depan tv dan korang dua boleh tengok jek si ketot lenyek roti atas karpet dan dia makan kerepek tapi muntahkan atas karpet  .... biar jek adik you all buat begitu!!!.
  • Bila ibu nak basuh baju.. si ketot bawak larik kain kotor kat merata rumah.. tercicir sana-sini..  dalam tong sampah pun ader gak kain kotor tue.. spendek bapak korang.. adusss ibu kewl jek… ibu dah konpius mana yang dah basuh dan perlu di basuh.. ibu kena test bauuu satu-satu.. anakku.. yang tak tahan tue.. baju nak sidai yang ibu dah spin letak atas meja sementara nak sangkut tueh... kau pepandai jek masuk balik dalam mesin basuh yang tengah berputar penoh sabun.. sampai hati kau adik..
  • Bila masa makan korang gaduh-gaduh berebut kerusi yang satu itu padahal kita ada 4 kerusi anak-anak....korang.. terjerit-jerit dan meronta-ronta dan hentakkan kaki.. ibu masih kewl.. walaupun hati ibu dah terbako-bako..
  • bila masa mandi korang main-main dalam bilik air.. dah setengah jam dalam bilik air.. ibu bukak pintu dan.. rambut korang masih tak kena air.. maksudnyer setengah jam tadi korang main air dan curah ke lantai saja-saja berlakon.. masa nie ibu dah hilang kewl.. tangan ibu dah kewl sedia nak tampo anak2 ibu..tapi ibu tak buat…ibu ambik cebok rasa nak bagi ngan cebok tue tapi tak.. ibu mandikan korang lagi ada ahhh..kalau ayah korang bising ngaper bil air mahal bulan ini.. kita buat do no jek okay yek anak-anak..
  • masa tengok tv pun korang berdua berebut channel astro yang ibu pun tak tahu kenapa ada semua siaran.. takder bagitau pun pasal apa astro buka semua channel dia tue… jangan suh bayar lebih sudah ahhh…
  • dan korang biar jek si ketot ambik remote astro dan remote tv baling sana-sini.. si ketot tu  bola dia  tak ndak pulak kau baling sana-sini.. remote jugak yang kau nak baling.. ibu rasa nak baling je adik korang tue..tapi ibu dukung dia dan ibu cium dia laju-laju.. bau baby..sangat heaven okay.. sambil main cak-cak..
  • bila tukar pampers si kecik  sebab sudah masanya ibu dan adik tidur petang yang nyaman tetiba tak sampai 5 saat.. si ketot preett.. prooot pet..pot.. bu..bu..buu.. yak..yak..yak.. ermm.. sampai hati kau adik.. sob..sob..sob..
  • bila nak lipat kain.. si ketot tarik dan sepahkan.. lipat jek dia tarik dan sepahkan.. yang berlonggok kat tepi tue takder pulak kau nak sepahkan.. yang berlipat jek kau sepahkan .. ngaper kecik???.. rasa nak cubit-cubit biar lebam budak kecik tue tapi ibu ambik kain tak lipat tue ibu buat tudung katmuka adik.. ahh.. ala tomey-tomey..
  • Masa dah malam, suh korang tido diam-diam dalam bilik.. lagi korang sembang-sembang, ketawa-ketawa.. kukik kukik kukik.. ibu buat serang hendap.. buka pintu jegil mata dalam gelap tue sambil membebel-bebel.. tutup balik pintu.. dengar lagi kukik..kukik.. buka kali kedua.. ugut Hantu Kak Limah tidur ngan korang .. baru korang diam.. bukan kukik kukik lagi.. skang.. tido dalam tangisan.. hahahahahahah..takut ler tue.. dah berdosa ibu nie pasal menakut-nakutkan anak2.. tak baik oooo…
  •  ibu bertabah pasal ibu tahu anak-anak ibu ligat dan aktif..dan korang semua memang bertindak balas dengan baik di antara satu sama lain… kepala otak anak2 ibu masing-masing mejana ligat berputar dan nak belajar perkara-perkara baru.. korang berani mencuba itu ini sana sini sinun dan sanggup menanggung risiko di marahi dan dibabap..i oleh ibu korang ini.. bagus.. korang bertabah lah..


Biarlah korang begini dari korang diam seribu bahasa, dari korang hanya terbaring dan tidak mahu berkawan…dari korang tak mahu buat apa-apa.. pasif.. tak aktif.... tak da langsung tindak balas…. Anak-anak ibu sihat walafiat.. nama pun bebudak perangai pun bebudak le jugak.. Cuma ibu yang kena menahan diri takut-takut kalau hilang kesabaran mahu korang semua kena penampo terpelanting sana-sini.. ohh tidak.. ibu bukan begitu sayang ku.. ibu Cuma bising kat mulut.. bising membebel  dalam intonasi yang kuat sebab bila cakap lemah lembut korang ingat ibu pondan.. bila ibu cakap kuat-kuat baru korang nak dengar tapi tue pun kejap je baik dia lepas tu jadik balik…

Ibu tak boleh takder anak-anak ibu.. tak boleh.. ibu sayang korang semua…. Sayang sangat sampai sanggup buat apa saja.. kekadang ibu terfikir satu hari  nanti bila korang semua dah dewasa.. korang nak dengar tak cakap ibu.. korang nakal tak.. korang pandai tak jaga diri, korang jadi tak orang-orang baik.. ibu takut sangat bila fikir satu hari nanti korang akan menjadi remaja dan dewasa.. masa tue.. korang nak tak dengar cakap ibu, korang melawan tak cakap ibu…korang tolong tak ibu bila ibu dah tua??? Korang telefon tak ibu nanti ker korang nak jadi macam ibu yang jarang-jarang call tok ngan opah korang… ???? aaaa???..


                                                             Along Yang encem..





                                                               My Daughter BFF…..

             
                                                    
                                                          Yusouf Yang fabulous..

Thursday 20 September 2012

Old Skol (Mood Kabur)


Persembahkan…

Memang photo lama ini kabur… bukan sengaja di kaburkan tetapi bila snap pakai hpnd photo nie jadik macam ini.. tapi saya nak letak juga…


Ini adalah gambar perkahwinan abah dan mak.. tahun saya pun tak tahu tapi rasanya..tahun 1975 .. mungkin. Entah saya tak tahu..  memori perkahwinan mereka hanya satu gambar ini sahaja yang saya ada… saya tak tahu kakak-kakak  saya ada ke tidak gambar perkahwinan abah dan mak..
Dan ini adalah photo lama kami tiga beradik.. yang tengah tue adalah saya.. sekali lagi kabur…. Jarak umur saya dan kakak-kakak pun agak jauh juga.. lebih kurang 5 tahun kot… muka dan karekter kami amatlah berbeza.. yang sulung.. macam anak mami.. hidung tinggi dan ada cap bulan sabit, seorang yang setia dengan percintaannya.... thehehe..yang tengah rambut keriting giler dan ketika zaman mudanya sangat digilai lelaki dari utara hingga selatan…, dan saya muka agak kesiaman dan berhidung pesek dan menpunyai masalah emosi tidak stabil.. sehingga kini.. ..  tapi kami  ditakdirkan menjadi adik beradik..
Ini pula photo lama dengan opah shidah.. truly said.. her full name.. I don’t know.. she passed away long time ago.. I was in primary school.. and lived with my mak..  she used to called me .. ooo…yang kana..yang kana..
Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari… jodoh abah dan mak tak panjang…. Kiranya saya lah yang bungsu bagi sebuah memori perkahwinan mereka…
Walaupun begitu mereka telahpun membawa haluan sendiri dan bahagia dengan keluarga masing-masing..
Saya punya ramai adik beradik.. tak kira sebelah abah mahupun mak.. kami tetap rapat.. walaupun kadang kala sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak keluarga besar.. biasak… tapi kita tempuhi dengan matang dan sabar…. 


Ini abah dan keluarganya.. rasanya photo kabur ini masa sambutan hari jadi abah.. memang abah suka buat makan-makan bila tibanya hari jadi ahli keluarganya…
 
Ini mak dan keluarganya… saya membesar di perlis dengan mak… bila cuti sekolah ..saya akan ke rumah abah.. dan kakak2 saya akan ke rumah mak.. so.. masa kecik.. kami tak rapat sangat..
Bila abah berhijrah dari Taiping ke Kuala Lumpur, semua anak-anak abah so excited nak tinggal dengan abah.. sebab tinggal di Kuala Lumpur.. KL seh…!!!!  Jadi masa tu lah saya dan kakak2 saya menjadi rapat.. tidur bersama, makan bersama, tengok tv bersama.. arhhh.. buat kerja rumah sama-sama.. masa ini abah suka buat lawak dengan kami adik beradik.. ader jek..  kalaulah boleh kembali pada zaman itu.. kan best..abah ketika itu menyewa rumah flat di setapak.. bayangkan kami sangat ramai dan tinggal di satu rumah.. thehehehe.. bila nak mandi adalah satu ujian buat semua.. hah.. lagi satu kalau sakit perut nak yak.. lagilah masak.. heheheeh.. kena tunggu.. kehhhhkehhhkkk..
Tapi sekarang semuanya sudah berubah… berubah kepada keadaan yang lebih baik.. semoga kebahagian ini kekal hingga ke akhir hayat saya.. amin..


Tuesday 18 September 2012

Abah Saya…



Beginik ceritanya…

Abah..seorang lelaki yang bangun awal pagi dan bersiap berjubah dan berwangian minyak atar.. untuk bersembahyang di Majid pada subuh hari.. seorang lelaki yang sangat menjaga sembahyangnya, rajin membaca Al-quran,  rajin ke Masjid, menjadi imam, menjadi tok kadi, mengajar mengaji dan mengajar ilmu agama yang lain… tapi sayang.. anakmu yang no.3 nie.. tak berapa nak ikut.. (iman tak dapat diwarisi.. dari seorang ayah yang bertakwa…) saya pun masih memperbaiki dalaman diri ini…  tak pernah saya lihat abah sengaja meninggalkan solatnya.. tidak pernah…. Abah.. Sayang saya kamu..

 Abah saya juga memiliki sifat lawak yang gila-gila.. jadi korang pun dah dapat agak dari mana  datangnya sifat jenaka saya  ini…  kalau berkumpul adik beradik.. tak kering gusi dibuatnya.. keluarga saya besaaaarrrr dan pelbagai susur galur…… Abah saya sayang kamu..

Pagi tadi Along call bagitau yang abah akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 60 pada 29/9/2012.. dan mengikut perancangan Abah nak buat makan-makan pada hari sabtu tue, jadi Along telahpun diberitahu oleh abah untuk mengerah saya dan nyah Lily..untuk bersama-sama meraikan pada hari itu… Abah.. saya sayang kamu..

Jadi… saya sebagai anak no.3 dan digelar perempuan siam gila filem tamil… oleh ahli keluarga kami .. (mungkin wajah saya akan kesiaman.) tapi kalau perhati lama-lama.. adaka patut mereka semua kata saya macam Johan.. samaka????? .



Sama ke??? Sapa cakap sama.. sapa????
Saya nie sebulan sekali nak balik tido umah abah pun payah… apa yang sibuk sangat pun tak ketahu…. Perangai pelik saya seperti biasa.. sukar untuk keep in touch dengan orang tua….  Tapi untuk majlis sambutan begini saya akan datang abah.. saya akan datang untuk membantu dari segi persiapan ,hidangan, dan makan makanan… theheheheeheh..  Abah.. sayang sayang kamu…
Jadi tunggu.. Along tak dapat turut serta kerana dia nak bawak mak saya pulang ke perlis… Mak nak balik sebab ada appointment kat Hospital Perlis… apaka ini.. kenapa keliru kawan-kawan.. rileks.. Abah di sini.. Mak di sana???/ Hanya Allah yang maha berkuasa dan tahu apa yang terbaik untuk seluruh umat nya… Amin..





Monday 17 September 2012

Aktivit Rewang Di rumah Nyah


Korang jangan ingat Mak Nyah pulak.. nyah tue gelaran bagi ahkak saya yang no. 2.. alah.. yang ada sejarah gemuk tapi dah kurus tueh!!!! Thehehehehe..

Malam tue, selepas perut merening macam nak pecah.. di sebuah kampung bernama rantau Panjang…Java is Food Paradise !!!!!! Saya dan family terus gerak ke Bukit Raja.. bermalam di rumah Nyah.. sebab besok rumah dia nak buat open house ..so skuad adik beradik datang membantu.. hahahahaah.. HARUSLAH!!!!

Bangun pagi tue.. ada cerita yang nak saya sampaikan.. agak kelam kelibut sedikit pagi tue rasa macam tak sempat nak prepare hidangan menjelang pukul 12.00 tghri.. saya dan Along.. kakak saya yang sulung dan saya berserta tuan rumah.. agak sawan sedikit pagi itu.. dengan muka tak mandi.. berbaju tido malam semalam.. walaupun ikat rambut.. rambut gatai penuh tercacak jek kat  atas kepala.. theheheeheh

Bila nak buat rendang ayam.... kuali tarak.. Along Sawan… masa tue lah Nyah Fuad ( Suami Nyah ) keluar cari Kuali Baru.. Sementara tunggu kuali ..Along masak dalam periuk.. so saya pulak sawan sebab kena tunggu periuk yang Along pakai untuk buat sup ayam.. tapi bersabar itu penting.. walaupun dah ketar jiwa dan lutut.. kami sawan jiwa  tapi tuan rumah aka NYAH Rileks jek okay.. Rileks jek okay… !!!!

Bila sampai kuali.. dah nak kena sental pulak.. Along dah sawan jiwa kacau pasal nak kena sental kuali tue pasal ada griss kat tengah kuali.. advise from Nyah Fuad..masak air dalam kuali sebelum pakai.. hahaah.. sebab sebelum tue kami sental dalam bilik air tak mau keluar pasal.. berus tembaga tadak.. hanya span lembut.. memang ah tak keluar…

Tapi.. selepas  rendang di alihkan ke dalam  kuali (kaedah masakan yang betul)..keadaan kembali terkawal.. dalam mood sawan.. rendang ayam pencen siap masak, kuah lontong siap masak, bubur pulut hitam siap, bihun sup ayam siap , nasi himpit, kuah kacang siap, siap potong,nasi putih, air sirap.. semuanya terhidang di atas meja sebelum pukul 12.00 tengahari !!!  Lega dan kami pun mandi hadas sawan dan bersiap menunggu tetamu tiba.. hahahahahaha….terrrorrrr wooohhhh.. lagi hebat ada pula sesi bako membako ayam dan ikan.. kat luar rumah.. hebat tak!!!!!!

Memang kan  bila kita niat tue menjemput saudara dan rakan datang ke rumah untuk makan-makan.. insyaallah.. Allah permudahkan urusan kita…  dan yang paling best semua hidangan kami sedap !!!! semua tetamu bertandang memuji-muji… Saya pula malam tue juga gerak balik rumah sebab encik kekanda ada hal....  sampai jek rumah belum pukul 9.00mlm.. Enci kekanda hantar saya balik, dia terus keluar ke mana tidak ketahu.. saya terus tukar baju tido.. anak-anak pun tido.. terus naik atas katil dan kroihh.kroihh.kroihh..  dan yang best nyer… besok masih cuti.. yehahahaha… The End… 

p/s : gambar tarak.. tarak gambar.. tarak bagus tarak gambar.. hahahaahah


Along, Nyah, Saya & Nyah Adalah Wonder Pets ????


Dari memilih search 80an.. auwww mak tak rela.. sah-sah saya yang paling sihat kat situ.. sob..sob..sob..
Oleh kerana keadaan kami yang sawan dan rupa yang parah pada hari open house tempoh hari jadik  kami titipkan wonder pets bagi mewakilkan kami.. kalau gambar sebenar nanti … u all terkezut plak.. parah siottt.. parahh… dan rasa nak marah.. Sebab kalau kitaorang gabung dah macam Kumpulan Search tahun 80an.. haaaaa.. kat mana yang sama tue.. kat rambut incik… thheheeheheheh
Kami undi…Nyah, along, err.. saya.. jadi yang seekor lagi tuek.. thehehe
Wonder Pets datang membantu…. Hahahahaahahah
Yang duduk jek tu saya lah.. sambil pegang periuk.. yang kuning tu Nyah.. so Along.. anda adalah kura-kura.. hahahahahahaa..
Ingat ye Kawan-kawan.. APA YANG PENTING ??? KERJASAMA!!!!!
 
Lagu mereka ikut lirik sentap hati mak nak.....
Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…
ada open house dalam bahaya!!
ada  open house dalam bahaya!!
ada open house dalam bahaya, di bukit  raja…
apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..
Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (open house) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..


Open House Rumah Biras…


Alkisah.. Sabtu malam ahad tue  lepas jek pergi open house rumah biras di klang.. yang ada pelbagai juadah mesra rakyat yang di hidangkan.. walaweh.. seronoknya.. ada ikan bakar bersama air asam.. (ini amik baper ekor tak hengat punya.. dan sedap banget )…. Lepas tu ada roti canai panas-panas.. tebar kat situ jek.. best betul.. kuah kacang dal dengan sambal.. nasi lemak pulak pun ada…  (orang jawa makan nasi lemak dan ikan bakar )… tapi saya tak boleh layannnn.. tak reti..

Pastu ada pulak laksa dan bihun sup.. air sirap ..kuih muih jangan cakap ler.. ada seri muka, kuih koci, lepat ubi, kuih lapis, pulut durian, dan ada pulak kek harijadi anak saudara saya si Aqil tue.. hah… saya makan sampai terdiam di satu sudut sebab .. dah kenyang sangat.. hahaahahaha… Puan Gebu.. takda ka rasa insaf di atas kerakusan mu itu.. ehh.. insaf sangat….. sambil tangan letak atas bahu.. lidah terjelir keluar.. mata tengok atas.. hahahahaha…. Dan saya kecewa sendiri pasal tak snap pun gambar pasal otak beku bila tengok manyaknyer makanan… hahahaahyheheehehetheheheheheeh

Nanti le saya cilok le dari fb ker.. theheeheh

Thursday 13 September 2012

Mengandung??????


Nanti..nanti.. jgn nak buat spekulasi yang tidak benar.. saya dah tak mahu dah.. cukup la saya besarkan yang tiga orang nie buat masa ini.. dan kalau boleh.. cukup le kut.. tapi kalau ada lagi.. itukan rezeki dari Allah..…  nie hah.. saja je nak update gambar masa mengandung si  yaya dan  ucop tueh…. Hahahahaahaha..

Mengandung kali ke tiga nie pun dah mengembang.. pastu kena operate lagi.. mane idaknye legasi gebu meneruskan perkembangan.. haruslah!!!!! Hahahaahah… saya tak suka snap gambar masa mengandung.. nyampah.. tapi bila difikirkan balik.. biarlah ada dari takder.. memori tue..

Okay.. motif update gambo mengandung.. membuktikan saya pernah  mengandung dan boleh mengandung lagi dan lagi.. thehehehehe…



                                  Masa nie merisik uda azma.. saya mengandungkan yaya..


Masa mengandungkan Along, saya tak tangkap gambar pun.. Rugi sangat … tapi jadilah korang tengok dia yang debab gebu nieh di sini....


                                           Saya dan Puan Sri.. Isteri Tuan Tanah Kedaung

Ini Mengandungkan si yusouf… time ni rasanyer bulan 12  tahun 2010 kut.. annual dinner company.. dapat pulak lucky draw.. pengisar soya.. tapi sepatah haram pun tak paham cara nak buat dia pasal tulis bahasa cina.. last-last.. saya jual jek kat kawan cina.. hahaha puas ati nko..




Tuesday 11 September 2012

Ada Apa Dengan Cadar ????


Saya nak tanya korang  diluar sana.. macamana korang semua sebagai ibu-ibu melipat cadar??? Yang selalunya confirm ler korang lipat cadar pastu lipat bantal dan bantal peluk tue apake nama omputih panggil bolster.. ye kut ejaan tue.. ah gasak ah.. and simpan kat  dalam cadar tue dan simpan dalam almari..

Dulu saya pun simpan macam tue gak.. tapi saya ada masalah sikit bila nak tukar cadar, kekadang bantal kaler lain, bercampur aduk pulak dah. Cadar kaler lain, sarung bantal kaler lain... semak otak nie.. saya nie memang serabut sikit… anak baru tiga orang tapi serabut macam anak sepuluh okey.. So.. saya ada baca satu blog macamana kita nak simpan cadar nie..

Apahal dulu tak difikir dek akal kan..  memang bagus betul…

Jadi hari ini saya akan tunjukkan cara yang mudah untuk simpan cadar… memang praktikal dan bagus buat ibu kalut macam saya  nie… dan yang penting bila nak tukar cadar dan senang pasal semuanya ada.. cadar, sarung bantal, bantal peluk..satu set gitu.. haaaa.. kan mudah banget…

Kalau korang dah tau pasal nie memang korang hebat ah.. sebab saya baru jek tahu.. bagus betol..

 
                                          Lipat cadar , bantal peluk, ikut gaya anda



                                 Next step, masukkan set cadar tue ke dalam sarung bantal



                                          Nampak.. cadar tu dalam sarung bantal..

                                                        Kemudian , kemaskan lipatan..

                       Taraaa….. lipatan saya beginik.. empat segi herot bengot.. hahaha



                               Nie .. untuk cadar untuk katil queen pulak.. step sama jek..





Susun lah dalam almari.. mudah bukan..  takder masalah cadar ke lain, sarung bantal ke lain.. semua complete… okay… jangan ah ketawa.. saya memang lipat kain tak kemas pun tapi.. okayler tue dari dibiar berlonggok kan !!!!!!

Korang Suka Lipat Kain???


Terus terang dari lubuk hati saya... saya tak suka lipat kain.. tak suka!!! Tak suka !!! tapi walaupun tak suka saya tetap juga kena buat … sebab sapa lagi yang nak buat.. dari dibiar berlonggok ahh.. yang tue lagi sakit hati wehhh… dan saya lipat tak kemas .. biasa jek.. bila saya tengok biras-biras lipat kain ..ohhh… kemas jek lipatan diaorang.. cantik jek.. tersusun je dari atas sampai bawah..

Saya pulak.. gasak ah.. senget ke, herot petot ker.. JANJI LIPAT… lipat kain dari anak dara sampai sekarang nie pun masih tak reti-reti.. itu kelemahan saya kut.. sama ah ngan seterika baju.. takder lah berside tajam jek baju tue.. biasa sajek…  

Tapi encik kekanda bab-bab melipat kain nie memang kemas giler, kalau dia lipat memang lambat.. kalau sebakul bagi kat dia.. mau dari kul 8.00 sampai tengah malam.. pasal dia teliti sangat.. saya takder ah.. ikut suka hati dan gaya saya ah.. JANJI LIPAT !!!  tapi sib baik mata nie pulak rasa sakit hati dan rimas.. kalau kain tu berlonggok tak berlipat..  jadi walaupun tak gemar melipat kain saya tetap kena buat.. namanya adalah anjakan paradigma… suka hati saya jek.. theheheheeheheheh

                                   Apahal berkumpul anak beranak tue.. ngumpat saya ker???
                                    Ooooo.. encik kekanda potong kuku anak-anak…
              Jadi apa kena mengena gambar di atas dengan tajuk di atas.. theheheeheh


Monday 10 September 2012

Selamat tinggal kak Izati…


Tak ku sangka.. rupanya kak Izati dari HR Department akan meninggalkan tempat kerja kami ini.. yalah bila peluang di luar lebih baik takkan nak tolak.. tambahan pulak syarikat baru yang kak Izati nak pergi nie adalah syarikat GLC… hah banyak lah benefit yang berbaloi dan tak mampu nak ditolak oleh tuan badan.. dan saya rasa tempat kerja saya pun nak counter offer dia  pun tak boleh nak tanding kelebihan syarikat GLC nieh..

Kak Izati di syarikat ini sudah 10 tahun lebih.. kalau takder kak Izati tak bergajilah kami semua.. thehehehehehehehe.. takderlah surat kenaikan gaji dan bla bla bla… tak pernah la saya tengok meja kak Izati tue bersih..memang berlambak kerja dia yang dia kena buat..

So.. sangat sedih sebab saya selalu lepak-lepak dalam bilik HR, bergelak ketawa ngan diorang semua lepas nie tak der lah nak pergi singgah bersembang dah.. hhuhuhuhuhuhhuhu.. apa2 pun all the best kak Izati.. semoga dapat bekerja dengan lebih baik dan kurang streeeeessssss kak izati tue..  !!!!!!

Hari ini ground floor dan first floor bergabung  buatkan farewell untuk kak Izati.. so surprise sebab semua boss turun.. join sekali..  


Sedihnyaaa saya… saya sedih arrhhh… tetapi saya harus BERTABAH!!!!!!! Yang pergi takkan kembali.. tapi yang ada kena terus kan hidup dan berusaha lebih gigih lagik… cayok cayok…


                      Walaupun bersedih akan berpisah.. makan mesti mau maaa..




                                               Bertabah lah kami semua…




                                          Sambil mencungkil maklumat HR… thehehehe




                                         Senyum yek ahkak nie .. seronok nak tinggalkan kami

Jammed !!!!


Masuk highway… tengah sedap drive tue.. tetiba tersangkut daaa!!!! Dah jammed.. arhhhh tensen tul.. selalunya mesti ader accident la kan kalau dah jammed beginik.. so.. memang ada accident pun tapi tiada kemalangan jiwa kut pasal.. nampak lori jek yang melopong.. habis bertaburan kayu-kayu kat atas jalan raya..

Nak le saya snap gambo tapi pak polis berlambak.. takut arhh pulak.. so.. terus jalan je lah.. yang heran tue ada la pulak yang sibuk memperlahankan kenderaaan nak tengok dekat-dekat.. orang dah rapat ke kiri (pak polis suh pandu jalan side kiri jek..).. diaorang yang jakun nie rapat ke kanan nak tengok tempat kejadian.. nyampah tau.. lepas je kawasan tue.. hah..  barulah trafik bergerak lancar.. selamat..

Sampai jek ofis terus masuk bilik boss minta maaf pasal terlewat tapi boss cakap macam nie jek.. takper.. I pun dengar radio pagi tadi.. ada accident kan…

Fuhhh selamat gue….

Perjalanan manual ku menempuh jammed…

Sunday 9 September 2012

Cerita kereta 2nd hand saya…


Beginik ceritanya…


                                             
                    Baby ken..( Singkatan baby kenari).. jom antor ibu gie work jomm.. heheheheeh

Kereta kecil ku berbunyi, Marilah anak..mari naik, boleh ku bawa ke sekolah.. hahaha pon pon pon pon pon ponn kereta kecil ku berbunyik… hahahaahah

Ye.. harus bangga terhadap diri sendiri.. kerana saya dapat memiliki sebuah kereta atas nama saya sendiri.. kehkehhhkehhhk. Saya tidak pedulik apa orang nak kata.. elehh.. kereta 2nd hand pun nak kecoh kew.. eh… suka ati saya lah kan.. biar ah… korang ado????? Skang nie siapa lah tak teringin nak pakai kereta baru yang  masih berbalut plastik,  pastu masih ado lagi bau kedai.. sapa yang tak nak..

Tapi kena fikirlah jugak.. akan kemampuan diri… ukur baju kat badan sendiri… so.. bila saya ukur sendiri saya dah tau kemampuan saya adalah mampu milik kereta 2nd hand buat masa ini..  tapi syukur alhamdulilah dari takdo langsung.. theheheheeheh.. lagi pun kereta tue masih ramai yang pakai.. jadi apa masalahnya…

Walaupun kereta ini dah makan tahun tapi. Saya tetap okey ja.. keadaan kereta adalah sangat memuaskan kerana owner dia dulu pembersih.. memang senantiasa terjaga.. owner dulu perempuan.. dia dah beli kereta baru.. myvi baru auto.. jadi dia dah tak mahulah bawak manual lagi.. theheheheeh… saya memang suka bawak manual.. tapi tadi terkial-kial pasal.. dah lama sangat tak bawak kereta manual.. theheh.. rasa berdebar mengalahkan orang belajar kereta.. wohhhh….

Bila pergi tengok kereta pada malam yang lalu, saya rasa jatuh hati sangat ngan kerete tue.. hahahaha.. encik kekanda pun kodek sana kodek sini.. uwahhh.. test engine.. semua keadaan baik.. bila encik kekanda kata okay ja.. saya terus suka… bila urusan jual beli selesai..  saya sudah ada kereta,nanti saya kena amik tahu  apa itu roadtax, puspakom la, JPJ La dan insurance, saya akan belajar bila masa nak service kereta, tukar tayar ,timing belt..ape lagi weh.. dan periksa minyak hitam.. hahahaha.. saya suka.. saya suka sampai tak boleh tido malam. Yehhhh.. saya sangat suka hati…

Dulu tayar pancit pun menangis tersedu-sedu.. takut tuan kereta marah pastu takut tak tau nak buat haper.. skang dah ada kereta sendiri sudah tiba masanya kena berdikari.. asyik bawak kereta orang ke sana kemari.. jewk…

p/s.. bila eksaited mula lah terciter dengan kawan-kawan office, adalah yang komen.. hah kereta bape tahun tue??? Ngaper tak amik baru… nanti rosak baru tau… hek eleh.. kalau rosak ker , bukannyer minta duit korang pung.. so apa yang susah hati wehhh !!! *tetiba emo..*

Ohh.. kereta pertamaku.. jgn bersedih wahai kenari pasal lepas nie masak nko dilanyak [uan gebu dan anak-anaknya.. hahahaha

Gambar akan saya update kemudian kerana saya tak tahu apa hal rosaknya saya punya handphone tak boleh save gambar dalam pc.. huhuhuhuhuh