Pages

Friday 30 March 2012

Hari Sabtu

Ohh… Hari yang amat sibuk bagi surirumah yang bekerja.. di mana aktiviti kerja-kerja rumah gigih dilakukan oleh puan gebu tanpa ketiadaan Encik kekanda. ( kayuh times tengahari baru nampak batang hidung..). Puan gebu tak buat kerja rumah teruk-teruk sangat sebab Ayah mertua Puan gebu ada di rumah.. Datang sebab ada urusan..

Nanti Ayah mertua rasa tak selesa pulak.. Puan gebu taknaklah ayah Mertua rasa dia tu mengacau jer menantu nak buat kerja rumah..  yelah.. Dia pun datang sekali sekala.. takyah lah kau nak buat rajin sangat.. hehehehe…  Pagi tu jamu Kuih-muih jek..

Masak tengahari yang simple-simple saje..Kari Ikan, Sambal sotong, Ayam goreng Berempah, Sayur campur…  Jadi makanlah kami beramai-ramai..  kebetulan.. adik ipar dan biras pun ada sama…Alhamdulilah.. sedap jugak air tangan haku nie bagi bapak mertua makan.. hehehe..


Malam tue,  kitaorang ajak Ayah mertua makan kat luar.. tapi dia taknak.. nak makan kat rumah katanya.. hehehe… so.. Puan gebu hanya panaskan lauk pauk tengahari tadi.. Oleh kerana Ayam goreng telah kehabisan.. Puan gebu buat ayam goreng kunyit.. huhuhhu.. habis licin semua hidangan termasuk nasik.. hehehe.. alhamdulilah..

Tapi malam tue.. ayah mertua dah nak pergi rumah kakak ipar kat keramat pulak.. nak tido kat sana pulak.. sebelum dia berangkat tue, dia ajak kami anak beranak pergi mengeteh kat Kedai Mamak…