Pages

Monday 18 November 2013

Alahai.. Cuti Sekolah..



Bila cuti sekolah jalan raya sedikit lenggang… pagi-pagi takderlah sangat adegan yang tak ingin kita lihat.. jammed sana-sini.. theheeh.. kuranglah sikit jammed dari hari persekolahan…

Bila cuti sekolah.. laki bini tetap kena kerja jugak..  anak-anak terpaksalah duduk rumah babysitter.. dari pukul 8.00pg sampailah pukul 6.45ptg.. lama tue….. aku kadang-kadang kesiankan anak-anak aku tue... yasif n sara dah tak berapa nak pergi rumah pengasuh masa cuti sekolah....

Sebab bila di rumah orang banyak benda tak boleh buat.. masa makan, masa mandi.. masa tido mahupun tengok tv.. jadi mungkin mereka pun tak suka lah kena ikut jadual camgitu.. kalau kat rumah sendiri.. diaorang ikut masa sendiri.. nak buat apa pun aku tak kesah janji kemas bilik dan simpan barang mainan mesti didahulukan.. nak tengok tv citer kartun satu hari pun takpa… nama pun hari cuti kan…

Aku pun selalu ingatkan anak-anak aku.. bila kat rumah orang jaga perangai.. jangan nakal-nakal.. apa orang bagi makan.. jangan banyak songeh mahupun cikadak.. ikut jaaa… tapi aku balik amik mereka.. masuk je perut kereta.. mulalah macam-macam aduan dibuat anak-anak aku nie..

Aku dengar tapi aku tak gelabah.. bila anak kita mengadu.. kita ambil berat.. jangan tak percaya apa yang mereka mengadu.. ingat.. kids don’t lies… aku cuma boleh nasihatkan anak-anak aku.. kalau orang dah tak suka macam tue.. jangan buat lagi.. bertahan lah anak-anak..

Aku cuma boleh cakap.. next year mereka akan sekolah pagi/petang.. so.. masa kat rumah orang cuma sejam dua… so bertahanlaaa…. Aku selalu cakap bila sampai masa yang sesuai.. aku akan benarkan mereka stay kat rumah and uruskan diri sendiri..

Macam aku kecik-kecik dulu.. aku tak pernah dihantar ke rumah orang.. bezanya.. Mak aku dulu ada pembantu rumah warga tempatan.. kami tak panggil orang gaji.. pembantu tu tinggal dengan kami.. so aku tetap rasa selesa sebab itu kan rumah mak bapak aku.. theheheeh…

Kasihan anak-anak aku tue.. mereka tak selesa.. yelah.. anak-anak pengasuh aku pun tiga orang.. dah besar-besar.. so.. confirmla anak tuam rumah tunjuk kuasa veto.. thehehe.. tengoklah nanti kalau macam-macam sangat anak aku bercerita aku akan ambil berat dan cuba rancang sesuatu.. jgn dibiar.. tensi anak –anak aku nanti.. budak-budak sekarang.. ko jangan dah ada daa perasaann tension..tension tauww… takut aku dengar…



Aku boleh je.. masakkan lauk pauk dan nasik.. lepas tue tinggalkan  kat bawah tudung saji..
Tinggalkan Yasif and Yaya kat rumah.. tapi terus terang lah aku sendiri rasa ragu-ragu untuk berbuat demikian.. nanti aku pulak tak tenang kat office.. memikir.. macamanalahh.. budak dua orang tue.. dah mandi kaaa.. dah makan kaaa.. buat sepah kaaa… aku takut bila akal mereka jadi panjang dan cuba buat apa-apa benda yang salah.. huh.. jgnlahhh…

Jadi masa untuk aku menjadi sporting belum tiba.. aku bertanggungjawab untuk menjaga kalian sampai besar.. 9 tahun tue still kecil lagi.. caner lah nak jaga adik dia yang 7 tahun tue.. bergaduh pun boleh tahan.. Korang bertabah la ek.. nanti sampai masa..korang akan bebas...




Thursday 14 November 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan…



Hari ini aku amik half day… lagi dua hari.. tamatlah sudah secara rasmi akan sesi persekolahan bagi tahun 2013.. sayonara Hari sekolah… dan selamat datang cuti sekolah…Okaylah.. back to the story nooo…
 
Si Along anakku yang encem bangat tue terpilih untuk mendapat trofi dan sijil bagi kecemerlangan beliau dalam mata pelajaran sains bagi keseluruhan darjah 2… ohh.. aku tak heran tue sebab memang dia jenis suka bereksperimen.. peti ais pun jadi mangsa tempat simpan eksperimen dia.. hahahaha… 
 
Ayah nyer pun.. snap belakang jek... muka depan tak nampak daaaa...

Dia nie jenis suka buat dulu apa-apa pun perkara.. dia nak tau apa result kalau dia buat.. dia tak fedulik kalau pun result tu akan berakhir dengan perkara yang buruk.. dia tak fedulik dengan kemarahan aku yang membara bila eksperimen dia tak menjadi  dan bersepah satu bilik.. aku bukanlah marah dia nak buat aper pun.. tapi silala kemas balik anak oiii… ini mak kamuk.. bukan bibik kamuk.. ngerti????

Tapi tulah… berkat aku yang sabar tak sabar nie… dia dapatlah jugak anugerah di sekolah.. oh yek.. dia pun dapat jugak anugerah gangsa.. ini untuk bebudak yang rajin baca buku… baguihhh anak teruna aku nie.. Malaysia suka membace  wokeyy… -tetibe-…
 
Alolololooooo.... tengah beratur anak dara aku tueh.. nak ambil scroll.. alahai.. dah nak masuk darjah satu anak dara aku.. 
Yang adik.. sekalilah tamat sesi pra sekolah beliau.. aku tabik spring laaa kat pra sekolah anak aku nie sebab yaya pandai baca dan menulis bila dia belajar kat sini.. seronok aku.. bila dia dah pandai tulis.. apa-apa dia tak puas hati atau nak minta maafkaaa.. kat aku dia tulis letak kertas atas meja bilik aku.. contoh ayat  “ ibu suka mara mara saja..tak penat ka mulut itu.. “  atau ayat ini  “ yasara mita maaf pasal sara tumpahan air di siki (sinki) dapur ibu yang tak cantik….. thehehehe… Time dia maraaa… ayat dia.. “ yasara sayang ayah saja, ibu tak sangat... hahahahahaahah
 
amboi.... ulik mayang dik ulik nko... getik tangat....

rambu ramba gitu... kelas ko yaya.. buat show lagik.. thehehe

Sekeping sijil tamat pra sekolah, 4 keping gambar lengkap berpakaian jubah.. ,air kotak, roti cokelat dan hadiah beg sekolah… itulah yang dia dapat hari ini… kelas gitu.. takyah beli beg  sekolah dah kat ko nak.. 

Anak tengah aku nie cikgu dia suka sangat ambik dia masuk dalam persembahan.. menari-nari , terkinja-kinja.. suka sangatlah anak aku tue.. dari awal tahun sampai ujun tahun.. kerap sangat aku tengok dia masuk persembahan tarian.. baguslahh.. dia tak takut depan orang ramai.. kalau aku darah gemuruh tue datang.. aku turun balik pentas tue.. larik balik rumah.. tapi dia nie aku tengok.. selamba jee pastu ingat pulak step2 tarian… hebat anakkoo.. kamuk hebat anakkoooo…

Monday 11 November 2013

Hutang Itu Perlu @ Kehendak



Sekarang nie bebanan hutang dah makin bertambah.. lagi nak tutup lagi banyak pulak peluang berhutang yang terbuka… pening kepala… tiap-tiap bulan nak selesaikan hutang.. tak nak bertangguh,,, pandai berhutang pandai jugaklah selesaikan…
Aku pun tak tau hutang-hutang tersebut adalah kerana keperluan mahupun kehendak.. bila bebanan hutang pun berlambak hidup pun jadi susah…. Dah lama rasanya aku tak tenang.. dah lama rasanya aku tak rasa gembira sangat… memanjang rasa susah hati.. takut-takut tak terbayar… tapi alhamdulilah….

Aku jenis bila berhutang.. aku akan bayar… aku yang dah terjebak buat hutang..kenalah komited setelkan.. takat hari ini segala hutang piutang dapat dibayar dengan baik… tak pernah dapat surat reminder mahupun panggilan telefon bayaran tertunggak.. 

Bila habis hutang.. berazam taknak buat hutang,, tapi..tapi.. akhirnya terjebak jugak.. hahahaha… buat lagi.. sebab kerana berhutanglah.. penuh barang kat rumah haku … semunya dibayar dengan baik.. tapi dengan berhutang.. kehhkehh…  dan ada jugak hutang tak nampak macam.. pinjaman peribadi.. buat bayar hutang yang lama.. buat hutang baru.. kehh…. Yang membawa maksud.. hutang lama yang kena bayar banyak  telahpun diselesaikan dah hutang yang baru lebih sedikit untuk jangkamasa lebih panjang.. muahahah…dapat ruang bernafas kalau tak cari pasal buat hutang baru… 
 
Tetibe aku pose kat sini.. eeehh teringat zaman dedulu suka tangkap gambar camgini.. silang kaki sambil letang tangan kat lutut.. motif???
Sampai bilalah aku nak camgini.. aku tak suka tapi berhutang bukan la kena paksa pun.. rela sendiri jek.. bila nak rasa terbeban mulalah menyesal.. mulalah keluar.. kalau aku tak berhutang dulu…..  Aku kalau dah teruk sangat.. aku sejukkan mata aku nie dengan barang-barang yang aku beli dengan berhutang.. ohhh.. hutang-hutang barang depan mata.. takpalahh.. 

Dan segala keperluan anak-anak aku akan sediakan sebaik mungkin.. walaupun tak mewah macam dulu tapi still adaa….sekalisekala tetap keluar makan walau tak selalu.. keperluan sekolah ,yuran bagai, bas sekolah.. makan yang tue adalah seperti biasa….. depa tak terasa pun.. depa lagi syiok aku masak kat rumah… 
 
Semoga suatu hari nanti aku menjadi orang yang bebas dari hutang.. amin... muahahahaha...
Kalau ikutkan segala hutang piutang  72 bulan aku  yang 6 tahun itu akan berakhir 2017… fuh.. lamanya lagik… tu pun kate laki aku.. hutang awak takper.. hutang awak pendek jekk.. iyeker.. hutang pendek pun aku cam cannot go dah.. hutang panjang caner pulak tueeee…
Azam aku.. habis je episode ngeri hutangan aku ini.. aku nak cuci tangan.. takmo dah.. sekarang nak simpan-simpan sikit.. manalah tau… takpayahlah berangan nak jadi jutawan.. hidup bahagia dan tenang dan tak BERHUTANG.. tu pun dah cukup buat aku.. YANG PALING PENTING AKU TAKNAK PUTUS BAGI DUIT BELANJA KAT ORANG TUA AKU.. amin…

KUALA LUMPUR - Hutang isi rumah di Malaysia belum mencecah tahap membimbangkan dan masih lagi terkawal setakat ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pinjaman tidak berbayar, yang kurang daripada dua peratus bagi sektor isi rumah, menunjukkan mereka yang meminjam layak mendapat kredit.

"Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat memantau pendedahan individu dan perniagaan hinggalah kepada konglomerat, justeru itu menerusi ini, kami melihat hutang lapuk atau pinjaman terjejas daripada sektor isi rumah, dan daripada sektor lain juga, berada dalam aliran menurun," katanya pada sidang akhbar selepas Forum Dasar Global AFI 2013, di sini, hari ini.

Zeti berkata bank pusat tidak bimbang dengan perkara itu kerana ia telah mengambil langkah berhemat yang perlu untuk mengekang aktiviti berlebihan ke sektor-sektor khusus.

"Kami percaya pada ketika ini ia terkawal. Kami melihat pertumbuhan pinjaman daripada angka berganda 12-13 peratus dan sekarang pada kadar lebih mapan sembilan peratus," katanya.

Wednesday 6 November 2013

Mr Arrogant di TV3



Arhhhh…. Pukul 7.00 malam ini cukuplah sudah 26 episod Drama Mr. Arrogant… 
Auww.. alu suka tengok citer nieh.. tak kisahler citer ini sebenarnya di adaptasikan dari novel cinta.. ada orang cakap yang novel lebih bagus penceritaannya dari drama..

Tapi bagi aku.. aku tak baca dah novel-novel nie since umur dah masuk 30 annnn… Drama macam nie pun dah mampu buat aku terduduk elok depan tv… theheheeh.. masa tue jangan dikaco aku ini.. aku nak tonton tv dengan penuh perasaan sambil memaki-maki watak jahat yang ada dalam drama tue.. si sherry dan jugak Mama Irhammm.. Perangan cam shetan.. theheeheh.. pastu siap aku ada suh cepat-


Bagi aku pemilihan watak tue sangatlah sesuwai.. sukalaaa… watak utama yang aku suka yalah..

Irham.. amboi si lelaki berlagak cam bagus jekk.. garang melampo nko.. sakit ati pulak aku tengok dia suka sgt jerkah-jerkah si Zara.. Padahal cinta sangat kat bin ik dia tue.. lelaki ego cam gitulah… ingat ensem ler tue ek.. bulu dada kuar-kuar manja je kat celah-celah bajuk tue.. ehh… ke situ pulok nko nie Puan Gebu.. tv umah haku kan besor.. nampak semua.. hahahahah.. tapi memang anak maaaaakkkk si lelaki Irham nie.. kadang cam aku dah tonyoh dia ngan berus dawai.. sebab mulut dia ckp lepas…

Zara … tatik tangat.. haku ingat memang bertudung minah nie.. rupanyer dalam lakonan jekk… tak kenal sebelum nie.. tapi boleh berlakon laa… menjadiklaaa watak perempuan suci dalam drama nie.. baik hati tak bertempat sanggup bagi laki kawin lain.. perempuan baik dan lurusssss…… nie pun baik sangat..

Datin.. ape ke nama ntah.. mak si Irham tue.. amboi.. bukan main tak suka dia pada si zara.. yalah bukan menantu pilihan.. orang kampong katanyer.. tapi aku tengok si zara  Hijabista sangat.. bukan kampong… saje jek.. nak jugak kan si sherry yang seksi gila vavi dan tak tahu malu… dalam keadaan strok.. ingat ker dah berubah tapi tetap tak suka Si zara… nak jugak si sherry jadi menantu dia..

Sherry.. pompuan getik dan perasan nak mampus.. dah orang tak suka takyah lah gatai kannn.. nak jugak ngan si Irham tue.. aku rasa dia yang rancang penculikan Zara tue… jahat nak mampus.. camnie ker nak dibuat menantu… haktuihhhhh…

Monday 4 November 2013

Laporan Diet Bawak Bertendang..



Okay.. aku taknak bersikap poyo terhadap diri sendiri. Semalam aku timbang berat aku is 73 kg.. aku berjaya singkirkan lemak hanya 400 gram aje.. apalah nie weehhh.. okay.. minggu nie aku memang banyak tipu.. sangat banyak tipu.. aku minum teh tarik.. aku amik gak makan berat-berat..  namun makan malam aku tak makan sangat..walopun begitu.. turun jugak sikit..

Takper..takper… nak wat macamana.. itulah hasil yang mendapat setelah usaha yang tidak seberapa.. wat can I say.. tak guna hentakkan kepala ke dinding rumah mahupun berbaring di atas jalan tar.. untuk memperlihatkan kecewa haku..

Tapi bila aku fikir balik.. usaha sedikit  itu aku yang buat.. jadi segala keputusan timbang tara itu juga adalah betul dan benar… u are wat u eat.. huhuhuhhu… okay.. apa yang aku rasa.. aku macam taknak kontiniu… mula nak cari jajan-jajan berpuluh-puluh peket untuk kekecewaan..

Dan aku  juga berfikir banyak kali.. sampai bila nak kecundang .. nanti nak start balik kan payah.. momentum dah ada.. badan pun rasa ringan… okay hapa… so.. aku pun rasa  aku nak continue jugak.. fuh… berpeluh haku memikirkan target 3kg yang perlu aku nyahkan dari badan nieh hujung tahun nie.... fuh… ingat senang.. aku is takooooottttt….

Berat tak turun tapi badan rasa ringan dan sedap.. itu jugak satu result yang sudah bagus.. kan..kan..kan…


Jangan Ditanya kenapa dressing aku seperti mahu ke pasar pagi … theheeh.. aku blue Monday dan kemalasan tahap tak menahan.. seluar palazzo  tu seluar aku tido malam semalam.. wakakakaaka..  punya lah malas tahap tak boleh blah..  inilah photo terkini yang hilang 400gram tue.. thehehhe…