Pages

Monday 24 March 2014

Yelahhhh Tu..



Tetiba assistant Manager aku panggil aku kat tempat dia.. and dia cakap kat aku  “ nah.. u ambil nie vitamins and start take daily okay ,” … aku yang dengar terpinga-pinga.. pastu aku pun cakap.. “ berapa semua nie.. sorry la miss xoxo.. I don’t have money right now … my budget this month totally zero.. (takan aku nak citer masalah aku pada dia kan… ampun la kan )..

It’s okay.. you can pay me next month.. you can pay installment also I don’t mind… ,” dia pun berkata-kata… aku cam rasa apehal nko susah2 beli kat aku niehh… aku dahlah sengkek … nak pulang balik malu… 


 ishhh..... dahlah jenis bangsa tak makan vitamin bagai nie..dua botoi pulak tue.. isshh.. besar-besar pulak tuehh,,, ape pun tima kasih lah pada A.M aku yang terlebih prihatin tueh....

Sambil menunjukkan barang yang dia beli UNTUK aku..  “ This is vitamin c.. and that one is the fish oil.. this is very high dose.. so you can take only one capsule daily…..  ,” semangat dia menerangkan betapa baiknya dua botol ini kepada aku.. aku hanya mampu mengangguk layu… ishhh… how much ?? mendatar jek aku lontarkan soalan.. Vitamin C is rm60 and fish oil only RM 35 .. so aku conggak2.. dah RM 95 !!! ya ampun.. itu adalah mahal bagi aku buat masa ini… 

At last … aku cam bagi balik kat dia… and she keep explained to me.. you can pay me when you have money in your hand…. And the last question aku bagi kat dia.. why u bought for me (aku tak mintak pun.. awat hang suka ati.. aku sengkeklah pompuan).. yang dalam kurungan tue dalam hati je.. theheheeheh… 

Ohh… you needs this vitamins ana.. coz  lately I see you .. you seem very weak.. I worry that you gonna take mc.. as you know.. you have a lots of works… if you don’t come to works.. nobody can do you works dear…,” dia berkata sambil menepuk-nepuk bahu aku yang sasa ini..

Ohhh… hampehhh…. Itulah cerita sebenar… beli vitamin nie sebab takut aku ambik mc.. takut keja kat opis tak siap nohhhh… hamboihhhh…. For company sake..huhuhuhhuhu……

Masak Lemak Ikan Tenggiri



Hari ahad lepas.. aku rasa terajin pulak nak masak … lagipun encik kekanda ada kat rumah.. dan lagipun lagi..  malam sebelumnya adik ipar aku dijemput oleh laki aku untuk lunch ahad together-gether… so pagi-pagi lagi aku pergi NSK.. sebab barang basah memang dah tak ada…

Beli barang2 basah.. lately nie.. tersangatlah mahal.. aku terasa sangat akan kenaikan harga barang sekarang… berpeluh ketiak nak membayarnya.. jenuh lahh.. takut-takut terlebih-lebih budget… tu pun satu ratus jugak cecahnya.. bukan amik merapu pun.. beli barang basah je pun… lagipun dah hujung bulan.. rasa sanggap muahahah.. sib baik lah aku ahli NSK.. dapatlah kurang seringgit dua..

Laju-laju aku pulang ke rumah.. masa tue dah pukul 10.00 kut.. aku pun basuhlah barang basah yang aku beli tadi… boleh kut tahan 2 minggu nie… korang mesti heran.. dalam takdak duit pun ko makan ikan tenggiri ek.. ehh.. ada offer tadi.. di letak dalam bakul.. IKAN CAMPUR sekilo 13.99.. aku tengok makcik tua tue ambil bukan main banyak lagi.. berkeping2 nko.. aku tanya.. “ ikan apa nie makcik..,” … makcik tue pun jawab.. ikan tenggiri nak oiii… aku pun ambil lah dua keping besar tapak tangan laki aku kot.. kena lah RM 5.60.. boleh la kan.. apasal murah ek ?? ikan lama kot.. takper ahhh…. 

Aku dah basuh n simpan dalam Tupperware.. dalam bekas kecik-kecik.. senang..selalunya sebelum pergi kerja aku aku letak dari peti beku kepada peti ais biasa.. balik tue dah defroz kan.. aper nie nak citer nak masak pun berjela-jela aku melalut nie haaaa….

Boleh pulak masa tue aku keputusan idea.. tak reti nak masak apa.. dah terbodoh sat… secara tetiba aku masak lemak ikan tengiri  dua keping tue.. cukup masam,masin garam dan mendidih..aku tutup api.. lepas tue aku  termenung.. nak masak apa pulak.. aku teringat aku ada beli petai.. ngan udang.. hah.. terus buat sambal udang petai.. memang kenalah dengan masak lemak kan… tudiaa…. Dah ada dua hidangan..

Pastu aku goreng sayur taugeh n kucai..dan goreng ayam dengan rempah kentaki.. thehehehe… aku teringat yang aku ada sambal ikan bilis beku yang aku simpankan.. jadi aku pun panaskan dah hidang.. dah siap !!!...


Juadah kami pada hari  ini… alhamdulilah.. kenyang sampai ke petang… dapatlah jamu tetamu.. makan bertambah semua termasuk tuan rumah,, hahaha.. akibat kenyang amat.. membuta aku kot petang tue…



 huk aloh,, apehak comot sangat bibir periuk ko tu dek ana.. lantakan.... janji rasa meletoppp..

Ikan Tenggiri Masak lemak yang mudah
Ikan tenggiri dua keping- besar tapak tangan encik kekanda bak ang..
Kepala parut sebelah – diperah dan dapatkan santan pekat 1 mangkuk dan 1 mangkuk santan   cair…
2 biji tomato- potong baji
2 batang serai –diketuk
2 biji bawang merah     ]
1 biji bawang putih       ]
½ inci halia                   ]             Bahan2 ini  ditumbuk lumat
3   biji cili padi
Asam keping             ]
Serbuk Kunyit
3 biji cili padi
Garam
Daun Kunyit (optional )

Mula-mula satukan bahan tumbuk ke dalam periuk..  asam keping ,serai, daun kunyit kemudian masuk santan cair dulu…  serbuk kunyit.. kacau sebati.. bila mendidih.. masukkan garam.. dan ikan.. kacau dan kacau masukkan santan pekat , cili padi dan tomato.. dan kacau perlahan supaya ikan tak hancur  dan tak pecah minyak sampai mendidih dan tutup api..  

Aku letak cili padi sebiji-bijik pasal aku tak buat kuah tue pedas berdenggung.. pasal anak aku nak makan nanti.. jadi cilipadi tue untuk habuan aku nak pedas… thehehehe..

Nota kaki.. selalunya aku letak satu asam keping dulu.. dan rasa.. agak-agak kurang masam.. aku letak la sekeping lagi.. itu untuk mengelakkan terletak lebih asam .. try n error… buat confirm jadi wehhh… mudah jek..



  
Sambal Udang Petai Mudah

½ kilo udang saiz sederhana
4 sudu cili kisar suri – aku pakai cili kisar segera sahaja.. tak  dak masa nak blender cili kering aihhhh..
3 bawang merah – dihiris nipis
2 bawang putih  - dihiris nipis
½ inci halia        -  di hiris nipis
1 Asam keping
Gula n garam secukup rasa

Tumiskan bawang merah, bawang putih  dan halia sampai naik bau.. lepas tue letakkan cili kisar.. gaul rata dan tambah air..  kacau rata dan bila dah pecah minyak.. masukkan asam keping sekeping… gula ,garam…

Bila dah sebati dan naik minyak.. masukkan udang dan petai.. kacau rata dan tutup api.. kan dah siap..

Nota kaki- aku masak yang simple-simple sahaja.. aku tak reti dah pakai rempah ratus yang susah-susah.. aku dah terbiasa lagi senang lagi bagus… thehehehe…. Lagipun aku kan wanita yang bekerja.. tapi nak masak jugak.. jadi aku pilih untuk memilih bahan yang mudah cepat dan senang…. Haahahahaah.. ^ apasal  aku ketawa plak ^….


Sunday 23 March 2014

Tak Faham Aku..



 
Pernah ada rasa seperti ini.. kalau ada.. bagus ??? terbukti anda adalah manusia biasa yang tak dapat lari dari sebarang moody…. muhahahahahahaha


Marilah kita merenung..  etika dan betapa kureng berdisplinnya pekerja yang bekerja di kebanyakan syarikat di Malaysia..


Bersarapan…

Yang nie tak yah pergi jauh-jauh.. kat depan mata aku pun berlambak.. masuk kul 9.00 pagi.. ko dah ler datang cukup makan jek masa tue.. terus ko bantai bukak nasi lemak atas meja ko dan terus makan tanpa rasa bersalah… tak hormatlah rakan sekerja ko yang terbau –bau nasik lemak ko seharum semerbak kat office beraircond.. aku kalau tahu dah lambat.. takder der nak makan nasik lemak lagik.. beli la roti ker.. yang mudah nak ko sorok.. curi-curik la makan sambil-sambil tue.. sukatikan cam opis bapak ko…

Facebook..

Menjawab ko yer burhan.. bila ko dapat surat diberhentikan kerja.. baru ko nangishh tak terjawab sudahhhh… jadi burhan.. berubahlah… jadilah bekerja yang baik dan berdedikasi..

Sampai office jek terus on9 FB.. dari kul 9.00pagi bawak pukul 6.00 ptg.. itu jek kerja nko ek… produktif betul..kalau macam nie macamanalah syarikat nak maju.. nak bayor bil internet ko lagi.. aku tak cakap aku tak bukak langsung FB.. aku orang yang ada limit.. buat apa kena ada limit.. bukan buta IT.. dan bukanlah pandai IT jugak.. takder limit cam ginilah.. hancur…

Telefon…

Sukati tipon mak bapak dia..  kaum kerabat..berjam-jam.. berpinar kompeni nak membayo nyer.. aku pun tipon gak tapi aku limit 2 minit jek… wakakakakaak .. baru aku teringat.. dah dua bulan aku tak tipon encik kekanda bila kesiangan di tempat kerja..  so sweeetttt tangat… wakakaka…

Sembahyang Tido…

Ini curi tulang yang sungguh kurang sopan.. masa kerja ko tido pastu ko terus sembahyang.. lama betul masa nyer..… sembahyang tu wajib tido tu yang tak boleh.. kalau sekali-sekala takperlah.. ini dah jadik rutin pulak.. kalo period.. lagi panjangggg ko ketiduran…  sebab perangai camgini.. tak pasal-pasal yang tak bersalah pun cepat-cepat sembahyang.. kompeni dah tak bagi bersidai dalam surau lelama….

Datang lambat…

Ini tak tahulaaaa….. apehal hari-hari datang lambat.. pastu hari-hari pulak ada alasan.. hari ini kereta rosak, besok jalan jammed, lusa.. terbangun lambat.. tulat.. ulang balik.. kereta rosak.. ini orang aku rasa kena kerja sendiri.. biar dia boss biar  juga dia si kuli.. sebab boss yang sekarang menadah tangan memohon diberikan kesabaran..supaya tidak membuang kerja akan si polan tersebut…..

Keluar Waktu Kerja…

Yang nie atas urusan kerja.. aku memang tabik hormat.. tapi ko kata kat boss keluar atas urusan kerja tapi ko  mengularrr buat urusan lain… ishhh.. balik office buat muka tak bersalah.. suci jerr… kepit dokumen kat celah ketiak.. janganlah ingat orang keliling ko nie bodoh… apelah kan… tak komited langsung.. bangga ker cam gitu.. bangga kerr…

Tapi inilah yang terjadi… kita nie tak bersyukur dengan kerja yang kita ada sekarang….. kita rasa macam perangai kita tue.. biasa-biasa jer.. cam rasa tak aperlah.. bukan teruk pun salah aku nie… aku pun pernah seperti mereka di atas.. tapi macam aku cakap.. ada limit untuk semua perkara…………..

Tapi dengar kata .. si polan-polan yang aku tuju khas nie skang dalam perhatian oleh Majikan mereka dan mungkin tak lama lagi dapat surat berhenti kerja…. Adoyai…  NASI DAH JADI BUBUR….  

Aku tak layak nak menasihat orang tapi aku tak kira aku nak bagi jugak.. camnielahhh…  kita nie dah ler makan gaji.. sebab apa makan gaji sebab tak mampu nak buat bisnes sendiri.. bila makan gaji.. kerja tue biarlah elok.. buatlah kerja seperti yang sepatutnya.. sekali-sekala main-main dalam kerja itu perlu la jugak.. untuk tenangkan jiwa kan.. kang tensen melarat  pulak…

Kerja is kerja.. aku pun bermula dari bawah.. nak dapat kedudukan aku sekarang bukan mudah… kalau tak pecahkan ruyung mana kan dapat sagunya.. jadi.. korang.. korang kena komited terhadap kerja.. jujur dan ikhlas.. kita kerja cari duit untuk bagi family makan bebb.. beli keperluan mahupun kehendak bebbb… oleh itu jadilah insan yang bagus untuk syarikat andaaa…….