Pages

Tuesday 17 March 2015

10 Minggu 5 Hari…



Tanggal  tarikh 04/03/2015.. yang tak akan aku lupa sampai bila bila … tarikh tuh la hari terakhir  aku bergelar wanita yang sedang mengandung..sedih rasa hati tapi apa boleh buat.. kuasa allah .. sebagai manusia yang waras dan punya agama.. aku seharusnya redha…

Nak citer pun tak reti.. nak luahkan pun rasa terbantut.. tak tahu nak mula dari mana..tapi aku nak kenangan suka duka ini menjadi satu cerita yang aku simpan dalam blog ini…

Sepatutnya aku datang period pada tarikh 19/12/2014.. tunggu punya tunggu.. punya tunggu tak datang-datang… bila dah lambat tuh.. memang cuak dan rasa tak senang duduk… alahai…. Hati tu dah kata ‘ADA’  tapi kepala hotak masih kata tidak..

Adalah bagi hint kat Encik Kekanda… bagitau yang kemungkinan aku mengandung lagi.. laki aku tuh.. dia senyum senyum kambing lah boleh pon…. Hahahahaha… so.. bila dah lewat dua minggu.. aku pun dengan berat hati.. pergilah ke seven eleven membeli pregnant test yang paling murahan sekali..

Balik rumah dalam keadaan yang berdebar debar dan perasaan ingin tahu dan cuak ditambah dengan ketakutan… aku terus segera membuat test tanpa perlu menunggu air kencing di awal pagi..

Okay.. seperti yang aku jangka… sahhhh.. aku memang pregnant .. memang naik dua line tue .. terang benderang. Takder kabur kabur lagik.. reaksi aku pertama kali…. Aku menangis… sendu.. perasaan tidak mahu akan perkara ini terjadi… aku tidak mahu mengandung lagik… semak otak…

Bila mengandung yang tidak dirancang atapun lebih dikenali.. peknen eksiden begini.. perasaan yang tidak seronok… aku dah mula fikir tanggungjawab yang mendatang… ada anak kecik lagik.. byk benda nak kena fikir… aduyaii…

Aku terus baring atas katil… rasa marah pada semua.. terutama pada orang yang bertanggungjawab akan perihal ini.. yakni laki aku… masa tu semak otak.. aku tidak mahu mengandung lagi.. lebih tepat.. 3 kids is enough for me ….

Aku semakin semak otak dan rasa cuak untuk apa… aku pun tidak mengerti…
Bila aku sudah mula rasa tenang… mula dapat berfikir secara waras… aku tahu ini adalah rezeki yang Allah bagi kepada aku… aku kena terima…aku kena redha… bila aku khabarkan berita yang bagi aku  ialah satu berita cuak.. tapi bagi encik kekanda berita ini adalah berita gembira … gembira sebab dia masih gagah dan berupaya mengandungkan aku lagi ???? 

Encik Kekanda mengatakan anak itu rezki Allah.. setiap anak akan membawa rezki kepada kita.. Apa nak susah hati.. kita mampu menjaga dan mendidik anak-anak kita.. tak kira berapa ramai pon.. amboi….. tapi bagi aku.. aku tidak bersedia dari segi mental fizikal mahupun kewangan… aku hanya mendiamkan diri… aku takut tidak dapat memberikan keselesaan yang cukup…

Aku sajakah yang merasa begitu cuak dengan keadaan ini… tetiba aku cuak untuk merasa sakit sekali lagi untuk melahirkan anak.. aduyaiii…. Sakit giler… semua aku fikir ahhh…. Ape hal ek… dalam keadaan ting tong tuh.. aku dah mula menjaga pemakanan dan berhati-hati.. yalah aku kan peknen…  pergi klinik.. beli acid folik.. minum susu… walaupun aku rasa cuak dengan ini semua…

Aku ini satu perangai.. kalau takder… jangan bagi ada.. dah ada.. kena jaga betul betul… aku takderlah niat sampai nak gugurkan kandungan kea per… tidaklah wehh.. namapun rezki Allah…

Bila mengandung kali ke empat ini.. masalah bermula.. di mana aku sentiasa bleeding… hari hari bleeding.. bila pergi buat check up doctor kata itu adalah biasa.. sebab dulu aku ada placenta previa.. yalah bila ngandungkan ucup tu kan aku kena admitted ward hampir dua minggu disebabkan uri bawah tue…

Masa bleeding .. nak masa drive pergi klinik tuh.. Hanya Allah yang tahu .. Aku menangis sesungguh hati memohon supaya .. jgnlah Kau ambil rezki ini… kau pelihara janin ini dalam Rahim ku…nak pulak… pelik kan perasaan seorang perempuan.. sekejap cuak.. sekejap taknak.. tetiba nak pulak.. aku kan seorang ibu..

Bila doctor kata.. bleeding itu adalah biasa… baby aku ada… doctor just bagi ubat kuatkan rahim… okay.. aku sangat legaa… bermulalah alahan.. yang sangat hebat dimana.. aku mengalami muntah… pening.. tak terdaya.. bleeding.. semua ada.. aku makan muntah.. makan je muntah.. minum air pun tak lepas… aduyaiiiii… memang sangat tak menahan..

Bila dah makan ubat kuatkan Rahim tue.. bleeding takder sangat.. spotting skit skit jek.. aku pun teruskan pemeriksaan .. kandungan aku okay… dia tidak terjejas dek masalah bleeding aku itu..

Aku kena kerja outstation seminggu ke pokok sena kedah.. sebab aku dikehendaki untuk train sales admin yang baru.. yang akan menjaga sales office kami di sana.. aku ditugaskan untuk memantau dan menilai kerja beliau … dan tunjuk ajar apa yang patut..

Bila dah pergi ke sana.. kerja pun buat macam biasa.. hari sabtu sampai… hari ahad kerja.. aku kat sana tak   ke mana pun.. pergi kerja.. keluar lunch kat area office jugak.. balik kerja.. singgah beli makan mlm.. lepas tu balik homestay... mandi.. tido… yalah aku kan peknen.. letihlahh nak jalan-jalan tuhh..

Hari Rabu lebih kurang pukul 5.00ptg.. aku dah rasa lain macam.. aku rasa constraction macam nak beranak.. sangat sakit and bleeding mula keluar dengan banyak.. so.. terpaksa panggil teksi.. hantar aku terus ke hospital…. Dalam teksi tuhh.. sakit sangat… mengerang-ngerang lah aku seorang diri… aku tka bagi adik tue ikut sebab procedure hospital kan lama.. sapa nak tutup office nanti.. boss cari kaaa..


Masa sampai Hospital Sultanah Bahiyah … darah cakap ckp.. melimpah-limpah.. serius aku sakit gila.. doctor Tanya ada waris bersama… aku mampu geleng saja.. aku gagah jugak cakap aku sorang kat sini.. aku kerja outstation.. bermula lah proses.. di mana mereka mencucuk jarum di kedua belah tangan aku sambil aku berdrama terjerit-jerit sebab sakit sangat…

Bila doctor masukkan ubat tahan sakit.. dalam sepuluh minit aku dah tak rasa sakit sangat.. atas katil tu.. aku rasa darah keluar tersgt byk…  jadi mereka tolak aku bawa ke bahagian pakar wanita… unit PAC.. itu singkatan dia.. aku pun taktau..

Doktor tu tanya masih sakit lagi.. aku cakap dah kurang.. so.. dia minta aku baring jangan banyak bergerak.. sementara tu jururawat sibuk menyalin aku ke pakaian hospital.. sebab seluar aku pakai tuh penuh darahhh… so doctor pun mula scan perut aku.. nak tengok apa yang terjadi…


Rahim aku dah kosong.. janin dah takder…baby aku dah takder.. dia jatuh sendiri.. perasaan aku sedih sgt.. sedih yang tak dapat di bayangkan.. Doktor terangkan apa yang berlaku.. satu persatu… aku terima dengan keadaan yang sedar tak sedar…
 
Sakit..sakit dan sakit.. sakittttt…..
So.. proses mencuci rahim pun dilakukan.. okay.. terus terang sakit .. sebab walaupun D & C tak dilakukan… tapi aku tetap juga kena buat… doctor ambil alatan macam mulut itik tuk.. aduyaiii.. apa nak buat… tahan sajelah dan banyak banyak bersabar..

Selepas proses tue .. aku rasa sgt lega.. kata doctor.. bila sakit aku hilang bukan sebab kerana ubat tahan sakit tapi sebab baby tu dah takder.. memang rasa tak sakit dah lepas tuehh.. sakit sebab doctor rodok aku punyer tu.. lain citer… sakit giler rupanya orang gugur nie…

Ini goggle..  lebih kurang macam inilahhhhh

Masa nurse bagi janin tue.. aku cam terpana.. sebab aku tak sangka development janin tue selama 10 minggu  5 hari adalah memang menakjubkan.. janin tersebut dah punya kaki dan tangan.. nak kata cukup sifat … 10 jari kaki tangan lengkap.. ya Allah.. dan paling aku sedih.. sebab.. baby aku itu adalah lelaki..

Dan masa tue lah aku ada kekuatan untuk memberitahu kepada Encik Kekanda dan ahli keluarga yang lain.. semua terkejut dan turut bersedih.. semua kuasa Allah..apalah daya aku untuk menghalang.. Dari Allah kita datang .. kepada Allah kita Kembali..  bayangkan aku hadapi keadaan kelam kabut seorang diri di tempat asing… dah terpaksa encik kekanda datang ke kedah semata-mata nak bawa bini dia pulang…

Laki aku sikit pun tak tanya kenapa dan mengapa.. Cuma katanya pada aku.. jangan sedih-sedih… kita kan pandai buat.. nanti kita buat lagik… kehehehkeheheeh… cettt.. dan sekarang aku masih dalam keadaan berpantang....

Lain kali aku sambung…