Pages

Showing posts with label Fatshionita Daily. Show all posts
Showing posts with label Fatshionita Daily. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

Alahaiiiii…Hari Kalut Aku..



Usai park jek kereta aku pun laju-laju masuk office, nak terjojol bijik mata aku yang biasa-biasa aje bila melihat atas meja penuh dengan kertas kerja  dan dokumen yang hazabedah !!! ..yang aku kena selesaikan.. huhuhuh… mula lah tak senang duduk.. macam-macam nak buat.. sampai tak tau yang mana patut didahulukan.. aku cam nak panik sekejap.. tak menang tangan.. tak menang tangan… 

Mana nak semak dokumen jual beli, mana nak hapdate list purchaser dalam e-application tnb.. mana nak buat car park allocation lagik.. mana nak reply surat-surat berbahasa inggeris yang boleh tahan jugak aku tertangguh…  mana aku dan kejar  lawyer dan bankers bagi kelancaran dokumentasi demi mendapat wang jutaan masuk dalam akuan compeny… dan sudahnya aku pening dan aku pening.. muahahaha… 

Officemate pun nak tegur mahupun bertanya pada aku confim tak jadi pasal tengok muka aku masammm macam nak marahh… thehe.. caner diaorang nak tanya.. kalau baru panggil nama aku pun aku jawab macam lembu mendengus kena sembelih… theheehhehe…

Pernah korang berada dalam situasi macam aku.. sampai rumah pun boleh fikir pasal kerja office lagik.. aku selaluuuuu sangat…. Bila  nak kejar date line.. camginilah aku.. tak keruan dibuatnya… tapi walaupun aku begitu panik yang mengherankan aku.. aku boleh kejar semua dateline dia atas dengan jayanyaa…. Aku berjaya jugak menyudahkan task-task yang telah dipertanggungjawabkan...

Aku ada satu sifat bila mana aku diberi tugasan aku akan buat sampai selesai… kalau aku tak tahu aku akan bertanya.. itu dan ini.. aku telefon pada mereka yang berkaitan… sudahnya walaupun aku punya task tue kadang tak senonoh… tapi bos aku boleh terima cara kerja aku.. dia boleh terima segala laporan budak melayu yang bahasa inggeris pun suam-suam kuku nieh.. muahahahah…. 
 
Jadi tetiba aku merasa bangga tahap sekejap bilamana aku berbangsa melayu bermajikan berbangsa cina dan yang kau boleh kira berapa kerat orang melayu di sini… dan aku cam tak percaya yang aku boleh ikut rentak kerja mereka yang memang ko tau kan.. bangsa mereka  adalah  bangsa yang kuat bekerja… thehehe.. 
 
ermmm... amboi paha tue.. kata diet.. pasaipa lagu tue... muahahah.. aku makan kejenyer... nie penangan karipap ahkak aku lew.. sedap macam gila... tensi aku balik kerja ..tak sabar nak goreng.. sekali ngadap pat lima ketui.. adoiiiyaiiii...
Tapi.. aku kalau terlalu streeessss aku akan menjadi sangat lapar dan aku craving nak makan macam-macam… padahal stress pasal kerja.. pasal hapa nak balas dendam dengan makanan pulok?? ade apehal.. tulah.. aku tengok orang sana-sini.. sedara –sediri, semua tengah on diet cantekkkk punya.. aku.. kejap okay.. kejao kiok… ko tak perasaaann dah lamer aku tak tepek gambar.. sebab aku rasa perut aku buncit sudaaahhhh… uwaaaaaaaa…..
Errr.. aku nie nak citer aku kalut kerja ka.. aku bangga bila bekerja.. hentam sajala labuuuuuuuuu.. tapi aku saban awal bulan rasa terseksa barang dua ke tiga hari bila nak buat monthly report dan projection bagi projek yang sedia ada.. menangihhh wa cakap lu… menanggihhh.. tapi pasai apa boleh sabaq.. pasai nak cari rezki… thehehe.. ada faham ????

Thursday, 5 September 2013

Cabaran Di hujung Tanduk 2013




Aku bagi amaran yang luahan terburuk ini adalah panjang.. semoga luahan terburuk ini akan menjadi kenangan silam..

  
Yeba..yeba.. andre..andre..
 

Haaa.. nendiaaaa… oleh kerana PG pun dah semakin teruk mengebu.. dan kegebuan itupun sudah tidak menzahirkan kecomelan..  dan terlebih terjurus kepada zahir keburukan dan penuh hina dan terkeji.... uihh.. raya paling terburuk dan jiwa kacau tahun ini bagi PG!!! terburuk bukan kerana keluarga, bukan kerana makanan raya mahupun suasananya.. yang tue semua nya seperti sepatutnya terjadi di hari raya.
Why Puan Gebu.. kenapa terburuk raya mu tahun ini.. kerana  terasa diriku tidak berharga pada hari raya itu.. kerana diriku tersangatlah gemuk.. ko rasa pembawaan   80 kg masih comel lagi ke .. nah.. ambik penampor barang spang dua.. huhuhuhuh.. … Fat on the go.. I’m 80 kg ??? what…

Okay.. cukup-cukuplah nak mengata aku di depan mahupun dibelakang !!!! aku pun punya perasaan jugak.. ingat aku montel cam gini hati aku pun mengecut ker.. walopun dikepit lemak berbilion-bilion pun.. hati aku tetap rasa sakit berbilion-bilion jugak..
Aku tak marah.. tapi aku rasa terkilanlah.. bila orang mengutuk aku secara terbuka.. pedih telinga.. aku tahu aku gemuk tapi tak payahlah nak terusan mengherdik aku kan..
Jadi.. aku perlu membuat satu perubahan drastic.. dan pastikan tidak menoleh ke belakang lagi.. dan aku akan cuba sedaya upaya berlaku jujur dan komited dengan apa yang akan aku lakukan perubahan itu.. Sudah-sudahlah berkeadaan begini.. aku kena menyahut cabaran untuk merubah…
Okay.. kalau buat perubahan seorang diri.. memang akan jalan terus menuju puncak ataupun melencong.. maksudnya gagal dipersimpangan jalan.. ahh.. aku selalu jadi orang yang gagal dan sesat di tengah jalan dan aku memilih untuk tidak mahu teruskan usaha sebab.. aku rasa.. aku masih okay lagi !!! dan rasa aku masih punya masa.. bila ada perasaan aku masih punya masa itulah yang selalu membuat aku sering menunggak  ke setiap hari isnin pada setiap awal bulan… sehingga makan bertahun-tahun lamanya…
Tapi kali ini.. perasaan down tue sangat kuat… kuat seperti kentut yang berangin tue dan perasaan buruk seperti kentut yang berbau.. ahh. Dah kenapa pulak cam gitu.. Jiwa kacau takder penghujung.. rasa semak.. letih.. menyampah..
Ya allah, kau bagilah pada aku kekuatan.. keazaman yang tekad ..aku harus melawan arus dengan kuat… kali ini.. aku tidak mahu menjadi orang yang gagal.. aku perlu berubah.. berubah menjadi lebih baik…

Jadi dengan ini aku mencabar diri aku sendiri.. aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat berat  badan ideal supaya aku lebih sihat dan bertenaga untuk melayari hidup pada tahun-tahun yang mendatang.. kalau panjang umur laaa…
Aku rasa aku tak seperti yang dulu.. aku sangat malas untuk berbuat apa pun.. takda langsung usaha untuk turunkan berat badan.. like my sister (Along) always said.. kita kena berubah.. untuk kesihatan.. untuk kehidupan lebih baik.. 

Kalau kakak aku yang beranak 4 dan kurus sikit dari aku tue nak berusaha untuk turunkan berat badan sebab kesihatan.. kenapa kau tak mampu pulak… Dan yang penting kami akan bersaing.. secara sihat.. berlumba-lumba .. maybe.. 

Aku perlukan keazaman itu.. kalau itu takder.. maksudnyer diet aku akan hancur lebur.. macamana nak hilangkan rasa keinginan untuk melawan rasa nak makan.. okay.. aku ada survey… blog, info dalam internet.. ada yang boleh pakai ada yang tak masuk akal tak kurang jugak.. tak praktikal tapi lagi banyak jumpa yang boleh digunapakai dan tip-tip macaman nak turunkan berat badan.. dan tak kurang  jugak aku merasa  cemburu  gila babi bila melihat mereka yang berjaya turunkan berat badan..

Ada pulak yang lebih gemuk dari aku yang sekarang tapi sangat kuruskan pada masa ini..sekarang nie.. mau tak cemburu dibuatnya.. perasaan malu itu ada.. senantiasa ada.. malu berkeadaan begini.. melihat saiz pinggang aku yang very the panjang.. seperti  perjalanan dari perlis hingga ke Johor Bahru.. uihh panjangnya… tapi malu ku itu sampai di situ saja.. tak berbuat apa-apa.. theheehehe…

show fat the peace sign... muhahahaah..  pergilah.. u janganlah sembunyi amukan asblanka kat perut i lagik.. muahahahahahaahah


Cukup-cukuplah jadikan alasan itu dan ini.. kerana alasan-alasan itulah ..aku adalah aku sekarang.. malu ohhh.. bila mak-mak sedara yang lebih tua dari kita nie.. sekarang masih maintain cantik bergaya.. dan kau pulak.. dah kelautttttt…. KAN TAK ELOK BEGITU..
Dan…. Kali ini aku bertekad.. aku akan berdiet secara sihat..aku akan survey dari masa ke semasa.. aku target dalam 4 bulan ini.. dengan nada yang kurang bersemangat .. muahahaha.. aku akan turunkan berat badan.. berapa kg.. aku tak nak berlaku poyo terhadap perkara itu.. jadikan berat yang sedia ada turun itu dah cukup baik
.
Semoga aku dapat momentum itu…. Harapan besar supaya aku dapat kekuatan untuk menjadi lebih sihat dan menarik… kalaulah aku tersasar… tersasar dari landasan ini.. kalaulah aku ada orang yang boleh memantau aku tika melaksanakan perubahan ini.. asal aku makan jek.. dia datang piap!!! Piap.. bantai aku dengan tali pinggang.. uih mak takotttt…. 

Jadi aku takdak semua itu.. aku kena  jadi kuat gila babi..  gambar terbaru.. saja jak aku tepekkan gambar terburuk haku disini supaya menjadi peringatan terhadap diri sendiri….Salam perpisahan aku ucapkan kepada mu PUAN GEBU.. semoga anganku akan menjadi kenyataan…. Yang nyata..
So.. Aku hapdate lagi sebulan yek… kita tengok lah perubahan diri aku tue bersama-sama. Harap menjadik la hendaknya… Amin…

Bila aku hapdate 1 bulan yang akan datang.. harapan ini yang aku minta  akan berlaku.. .
·    -Berat sedia ada semakin susut nilai.. tak banyak pun aku kena faham proses tersebut makumlah..lemak tepu belasan tahun..  janji susut !!!!
·     -Semoga baju yang lama-lama dalam almari.. pakaian masa gebu yang masih comel.. boleh dimuat padan pada tubuh ini.. amin…
·         -Semoga tidak terpengaruh dengan diet yang ntah haper-haper nyah.. takmo.. takmo..
·        Aku cuba melakukan senaman tak kira masa..dapat setengah jam pun takpalah janji aku    buat
·         Harap aku tak lupa diri dan teruskan usaha walaupun dah nampak berat dah turun.. keadaaan ini adalah sangat tak selamat jugak nie.. kena kuat betul-betul nieh.. Aku tau memang PAYAH orang macam aku nie nak tepati janji.. menabur janji tak pasti memang pandai terlebih-lebih.. muahahahaha...  Payah bila Puan gebu memang seorang yang pemakan... ko tahulah kan.. makanan malaysia.. kepelbahagian makanan yang tiada sempadan tauwww... untung sangat tapi.. tapi kalau tidak dikawal.. takut penyakit pun datang tak dak sempadan jugak... Takottttttttt....



Kalau GAGAL jugak.. nampaknya.. aku sedia ditanduk lembu.. keh.. 

Tuesday, 14 May 2013

Ahh..Ini Semua Poyo !


Buat muka perasan comel tapi yang betulnya.. you comel tang muka bulat serupa bumi..

Ahh.. perasan comel jugak..  sila sepak  biar terpelanting tersungkur ke bumi..…hehehehehe

Ini dah kenapa.. perasan gaya model.. tapi tak sedar.. serupa SS5012 Model peti ais 2 pintu… Bayar cash dapat pisang emas seikat..Muahahahaha….

Skirt yang sama….but I wore different blouses and Shawls…

Heee… Masa ini dah pukul 12.30mlm.. Encik kekanda tak menahan.. melihat karenah binik dia yang tidak sedar diri ituww…

Pening kepala nie.. nak pakai blouse yang mana… yang tu, yang tadi.. yang sana… heheheh..
Sama-samalah kita berdoa semoga orang di atas mendapat hidayah yang benar.. hehehehe..

Kenapa orang ini begitu ceria.. dia tak tahu ker dia tue gemuk bangat… lemak tepu bertempiaran..

Berani tuck in blouse yek.. tak sedar pungkok kau serupa gajah kat tailan sana nun… kap kum kap..



Akhirnya.. Outfit of the day…

Biarlah apa pun orang nak kata cara pemakaian Puan gebu.. okay ker kiok ker.. sukati hati ku… memang puan gebu pun mengaku..kadangkala pakaian harianku haprak jugak.. mungkin kerana kegebuan ku membuatkan pakaian itu tampak tidak menarik.. ataupun dah memang pakaian tue yang ada apa-apa.. wallahualam.. (sambil pandang ke langit…)





Sunday, 12 May 2013

May Fatshionita..

Hahh.. dalam takder masa pun.. kau tetap gedik jugak kan.. biasalah I kan perempuan tulin.. memang cam gini wehhh.. yelah.. walaupun sibuk giler tapi I kenalah tunjuk I nie bijak jugak dalam bahagikan masa antara kerja dan masa untuk diri sendiri.. kalau I
nak lupa terus blog nie.. kerja kat office tue tak selesai pun… macam tu jugak!!!!



Gediknya daku di hari isnin.. siapa geli sila angkat tangan.. sila keluar dari blog ini dengan kadar segera.. muhahahaha..  

Sudah ku kata berulang kali.. walaupun I nie plus saiz.. I nie suka gak melaram.. biarlah apa orang nak kutuk.. mulut orang camgitu nak cili pun tak guna jugak.. ramai sangat.. nanti tangan I yang pijar.. hot chilies…


Ohh.. buat-buat terkejut sebab terkentot dengan bunyi yang kuat... kenapa hari ini you terlebih poyo.. biarlah kau kesah kenapa.. dengki pasal almari kau takder cermin cam gini kan ????



Thursday, 9 May 2013

Nak Cermin tuee…

Hari minggu jugaklah.. Puan gebu dan Encik Kekanda pergi berbelanja barang-barang dapur di NSK.. uihhh… barang kering dan basah banyak yang kehabisan ..biasak la tue.. Lepas habis bershoppin tue.. singgah la kedai –kedai di luar NSK tue.. cuci mata la konon…


Ehh.. cermin nie cantiklahh.. boleh snap gambar nampak semua.. hehehe.. tuan kedai sure nyampah laaa tue.. RM 180.00 okay.. dapat kurang RM 150.00.. cermin tue cantik tapi buat masa nie hak utak mampu.. tengok ajelah tauke..
 

Puan gebu suka sebab dia snap satu body wa cakap lu.. hehehe..  ehh.. encik kekanda belilah hadiah bagi kat i.. u nie.. i boleh snap selalu update blog... hehheeeee... Please cayang... please laa..

Fatshionita yang Poyosssss


Tapi ku update jua gambar  poyo fatshionita ku yang ku rasa sudah amat jelita ini… euwwwwwwiii… heheheheeheh.. jangan muntah sila tahan loya anda.. muahahahahahaah…

Semoga diberika ruang masa yang lebih untuk menghapdate fatshionita ku yang ku rasa segak sudah.. thehehehe.. jangan pening. Jika pening sila duduk setempat atau mencangkung letak tangan di dagu.. aloooo.. tomey..

Terima kasih kepada diri sendiri kerana berjaya menjadi seorang yang berkeyakinan walaupun tahu sangant anda seorang yang temok.. hada aku kesah.. kau kesah kau blah… muahahahahaahah

Sunday, 28 April 2013

Puan Gebu dan Hari Jumaat

Ohh.. Hari ini rasa macam semangat nak kerja sebab semangat nak cuti hujung minggu.. tak der plan nak kemana pun..

Wednesday, 24 April 2013

Hari Mmmmm…..

Apa tue hari “M” puan Gebu yang gebu.. hehehehehe.. “M” adalah bermaksud malasnyer haku pada hari itu tetapi harus lakukan jugak aktiviti harianku itu… tudiaaaaa… panjangnya  maksud ini  MMMMMMM…. Thehehehe..


 
Hari untuk pakai dan rembat saja apa yang berada di dalam almari.. tanpa perlu digosok.. thehehe.. walaupun berkedut sejuta kali pun.. hada aku kesah… uweheeheheh..
 

Ingat kawan-kawan.. pakaian tue janganlah terlalu sempit sampai melekat di body plus size anda.. nanti tak menahan mendengar orang yang terkutuk mengutuk.hehehe.. jadi pastikan walaupun tidak bergaya pada hari itu.. tapi jangan sampai tangkap muat tanpa mempedulikan keselasaan diri mu.. kerana dirimu begitu plus size ..ehh.. keran dirimu begitu berharga laaaa… hehehhehe
 

Tengok sudah selipar daku.. kerana asyik hujan rintik-rintik air bergelora… jadi puan gebu hanya sempat memilih sandal bata ini untuk ke pejabat.. sandal bata nko…. Ko takder kan… kan..kan.. sangat berbaloi.. sebab.. tika hujan lebat.. waktu pulang kerja kita akan berlari-lari anak.. mengelak lopak-lopak air.. tapi apakan daya.. kadang-kadang tempias jugak..  jadi basah sudah kasut saya..
Tapi kali ini.. tidak mengapa.. sebab saya pakai sandal.. jadi untuk apa penjelasan ini wahai puan gebu.. untuk apa ??? …………………………

Tuesday, 23 April 2013

WW Random…


JUST BECAUSE YOUR SLIM DOESN’T MAKE YOUR PERFECT OR BEAUTIFUL.
ONLY ALLAH IS PERFECT AND I ‘VE SEEN WOMAN WITH GORGEOUS FACES THAT WERE EITHER OVERWEIGHT OR OBESE…

Every day is a new day to start over.. instead of wasting time and energy worrying about the past, that you can’t change the past and then work on your future with intention to create the tomorrow you really want… steady !!!!


 











Sunday, 21 April 2013

Isnin mendatang..

Bila isnin datang.. setiap manusia yang makan gaji…. Haruslah segera bangun dan menuju ke tempat kerja masing-masing.. termasuklah diri i.. malas tue toksah citer ah.. dah berkubang kat rumah  cuti dua hari.. faham ajelah..

Tapi tanggungjawab sebagai pekerja haruslah tidak diperkotak-katikkan.. bahaya tau.. sumber rezeki dow.. jadi bangunlah pagi dengan bersemangat sekali. Kedengaran agak poyo juga. hehehehehe..


Fatshionita puan gebu pada hari ini.. abaikan susunan bantal di belakang tabir.. heehe terus tertengok gitu.. wakakakakaka..
 

Walaupun puan gebu dapati corak blouse ku itu agak kertu tapi I dunno why.. I laike this blouse  hokay….
 

Tadi di bilik anak..sekarang di bilik gue pulak..

Wednesday, 17 April 2013

Satu Kain Fesyen Lain

 

Hari ini ada citer kelakar sangat.. inilah pakaian kerja Puan gebu pada hari ini.. hehehe.. tetiba ofis mate  si amoi kelate  panggil suh pergi meja dia.. Dia asyik pandang je tudung syria yang haku pakai tue..

Ayat tak boleh blah dari si amoi kelate.. mek..  anak tudung Syria mu tue.. samo ngan ambo punya suar dale (seluar dalam) apakaaaaa…  puan gebu pun macam tak boleh terima.. what..
Suh dia pegang kain tudng Syria tue.. dia kata.. samo lah weh.. suar dale ambo samo lagu nieh laaa… pastu dua-dua gelak-gelak..

Puan gebu pun cakap kat dia.. mek.. aku nie duk raso pake mu punya suar dale kek palo dehhh.. dia pun kata gak.. nanti ambo nak pakai suar ambo.. ambo ingat pake tudung mu.. kehekeekehehe..

Apa-apa pun.. nak buat macamana.. pas nie kalau dah tok sehh pakai lagi.. aku buat suar dale Yaya ..wakakakakakaka…………… anak panah menunjukkan corak kain yang aku ada berupa anak tudung dan pada si ampi berupa spender.. hehehehe

Thursday, 11 April 2013

Amboi…

Hari ini hari jumaat.. maksudnya… besok cuti weekend.. jadi hari ini rasa macam gembira tak ketahuan hala .. yahoo.. besok cuti daaa.. boleh bangun lewat –lewat sikit.. lately nie puan gebu kodek-kodek almari puan gebu.. hah kau… berlambak betul la tudung bawal.. yang plain ..yang printed.. tu diaaaa… aih..

Tetiba rasa nak pakai jaaa… jenuh lah duk pi cari keronsang.. hehehehe.. almaklumlah.. since pakai tudung Syria and tudung awning.. tak pakai dah keronsang.. huhuh.. cari punya cari.. ada lah dua tiga bijik yangmasih elok.. ada yang dah berkarat pun ada kehkehkeh…. Hehehehe..

Rasa macam mengamit nostalgia sangat.. ehh.. kita suka lah.. jadi lepas nie kena rajin lah nak iron tudung bawal ke shawl ker… hehehehehe…



Ohhh… menunggu giliran untuk fotostat.. sambil tue bercerita Sang Kancil dan Kentut Ajaibnya.. wakwakakaakaka..

 

Penat berdiri.. duduk pulak. Puan gebu paksa  office mate snap gambo.. siap jadi penasihat lagik.. perut tue.. perut tue.. jadi waktu snap nie.. tarik nafas tanpa lepas.. faham ?????