Bila tiba hujung minggu… begitu excited
untuk membuat minuman petang untuk anak2… jadi.. ketagihan terhadap penggunaan
yis dalam penghasilan kuih muih … makin menjadik2 yekk… jadik oleh kerana kami
telah makan brunch pada hari itu.. jadik masa petang kelaparan sungguh rasa
mengila..
Aku tengok jam.. dah pukul 3.00 ptg..
jadi aku keluarkan tepung,mentega,gula,yis .. jadi mulalah aku pun………
Donut Pertama Kali
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
4 biji kentang (rebus dan sejukkan)
4 sudu besar marjerin
5 sudu besar gula
1 peket mauripan
Cara-cara membuatnya (senang aje) :
1. Kentang yang telah direbus - di
blend bersama gula, marjerin, mauripan dan 1 cawan air
dituang ke dalam blender dan blend.
2. Tuang bahan blend tadi ke dalam
tepung dan uli..sehingga dough menjadi lembut dan gebu
3. Canai dough dan terap dengan acuan.
Sungguh menerujakan
bila donut menjadik.. sangat happy sebab anak2 makan tak berhenti…sedap katanya…
muhahahahaahah….. ini adalah kali pertama aku buat donut… lepas goreng terus
makan.. memang rasa sedap dan gebu tapi.. bila lama2 atas meja tuh.. donut tuh jadik kerasss….
Hrrmm…. Nanti kena
try lagilah nieh.... mungkin ada yang tak kena… apa2 pun my first try boleh
dikatakan menjadik… thumb up Puan Gebu.. itulah orang kata.. air tangan seorang
ibu… ikhlas dalam setiap perbuatan.. jadik.. aku memang masa buat tuh..
berhajat.. ya allah menjadiklah donut ini untuk hidangan makan petang kami…. Amin..
So.. kepada ibu2 di
luar sana yang masih tak berapa pandai nak buat kuih muih.. jangan berasa takut
untuk mencuba.. cuba dalam kuantiti bahan yang sedikit. dahulu. mungkin first
try tak menjadik.. tapi takpa.. jangan rasa give up.. sebab.. bila anda mula
mencuba.. anda akan tahu apa itu try and error.. dan anda akan belajar..
bagaimana nak jadikan hidangan itu terbaik dan menjadik…
Ibu2 Pasti boleh…
yeahhhh.. high five sikit…. Muhahahahahaha……
No comments:
Post a Comment