Ini adalah pengalaman hidup yang aku
takkan lupakan sampai bila-bila… aku sebagai ibu merasa sangat tercalar dengan
kejadian ini dan tidak menyangka benda-benda yang mudah macam ini pun kalau
terjadi kat batang hidung sendiri boleh membuat jiwa dan perasaan lara hanyut
di bawa arus,………
Jumaat lepas selepas balik dari kerja..
Encik Kekanda tak kerja jadi budak kecik tue asyik berkepit ngan bapak dia
jek.. sampai bawak gie opis bapak dia.. jadi aku pun nak gak berkepit ngan si
along and si yaya jugek… aku terus ajak bebudak tue mengeteh petang tue….
Masuk jek dalam perut kereta.. soalan
pertama aku tanya… okay tak jamuan hari
guru ???.... jamuan okay tapi puding ibu bagi tak okay….. mendatar jek suara si
along… aku pun cam terkejut jugak.. pesal.. tak sedap kerr… orang taknak makan
sebab rupa puding tuh huduh kaa….. aku tanya lagi…. Kenapa long??? Tak sedap
kerr???.. tetiba si along nangis sambil bagitau yang betapa sampai hatinya aku
bagi separuh saja dari bekas tue…
What ???? separuhh ??? what the ???? aku pun tetiba meninggikan suara… aku bagitau
kat dia yang aku bagi dua bekas kat pengasuh.. satu untuk pengasuh kau dan satu
lagi untuk kau bawa ke jamuan sekolah tuehh…. Anak aku pun pertahankan jawapan
dia… dia memang bawak bekal tue separuh saja… apa ini semua… takanlah pengasuh
aku sampai hati bagi kan anak aku macam tue… takkanlahh…
Si Yaya pun sama.. mengadu jugak kat
aku yang nugget dia sikit sahaja… apa ini semua… aku macam rasa tercalar sangat
dan sakit hati tahap sedih tau tak ??? aku rasa geram sangat bila si along
menangis sebab dia rasa malu dengan kawan2 dan cikgu bila semua bertanya kenapa
bekal dia bawak tue separuh…. Kalau aku pun… ibu kau nie nak bagi ka apa ???
kedek nyer.. sampai nak bagi penuh satu bekas pun kedekut…
Memang jangkaan aku tepat.. pengasuh
aku telah membuat satu perkara buruk di mana dia tidak amanah dalam memberi
bekalan itu.. pagi jumaat itu.. aku bawak dua bekas puding trifle.. yang mana satu
bekas aku bagi kat pengasuh aku untuk merasa dan satu bekas lagi untuk si along
bawak untuk jamuan sekolah pada petang itu.. aku juga bawa sepeket nugget udang
untuk pengasuh anak aku goreng.. memandangkan jamuan itu petang.. dia
menawarkan diri dia untuk mengoren….
Rupanya… apa yang aku pesan dan
sampaikan.. menjadik lain.. di mana bekas puding anak aku telah pun ditarah
separuh.. dan hanya separuh itu dapat di bawa ke sekolah… dan nugget juga
mengalami susut nilai bila masuk ke dalam bekas !!!! apa ini semua… sampai hati
pengasuh anak2 aku tuh… kenapa tidak jujur dan amanah ???? kenapa perlu
bersikap demikian…
Aku telah mengambil keputusan drastic di
mana aku telah berbincang dengan encik kekanda .. kami akan berusaha mencarik
pengasuh yang lain.. cukup !!! cukuplah.. aku tak boleh berlembut lagi.. bukan
kerana aku berkira akan puding tersebut…tetapi sikap buruk perangai yang aku
tak boleh terima dan bagi aku it was too much and cukuplahhh!!!!
No comments:
Post a Comment