Cuaca………..
Cuaca
yang sangat panas lately… mulut merungut2 panas sana..panas sini.. rasa nak
buat apa serba tak kena.. walaupun opis punya ekon tetap merayu kepada boss
merayu memohon kepada boss meminta-minta diberi kipas tinggi berdiri… boss
kasihan ..lalu diberi.. sungguh panas…. Umpama dilahirkan di sebuah negara sejuk
yang dipenuhi jutaan manusia salleh (omputih)…
Husband
and kids..
Anda
semua adalah kesayangan saya dunia dan akhirat (penggunaan perkataan saya
adalah lebih sopan dari menggunakan perkataan aku didalam perenggan ini ) walaupun
apa yang terjadi kita akan harungi bersama walau kadang kala.. sangat
menguji batasan… apa yang perlu kita
lakukan.. kita redha dan pasrah.. kita carik jalan penyelesaian.. anda semua
adalah kekuatan saya yang tiada tolok bandingnya…
Kerjaya..
Tak
dinafikan segala usaha perit jerih lelah aku selama aku menabur bakti kepada syarikat
tempat aku bekerja kini sudah menampakkan hasilnya.. di mana boss mula
memberikan kepercayaan pada aku untuk
membuat pelbagai jenis tugasan yang baru dan lebih mencabar dari kerja
yang sedia ada..… aku kekadang takut untuk melangkah… lebih jauh.. aku sudah
selesa dengan post aku sekarang.. big post big burden…. Tapi takan nak undur
kebelakang pulak.. kena la move forward….. tapi……………………..
Kewangan..
Di
saat kerjaya aku mula menampakkan kecemerlangan.. aku tetap mengalami kegawatan
ekonomi aku sendiri…entah di mana silapnya.. aku pun tidak ketahuan.. bila
masalah ini berlaku.. aku menjadi amat panasaran…membuat aku tidak keruan.. aku
cuba untuk bertahan selama yang boleh… ini adalah satu ujian untuk aku.. aku
redha… Cuma aku berusaha keras untuk tidak menyusahkan sesiapa… Ya allahh…aku
mohon supaya diberi kekuatan dan jangan menyusahkan sesiapa…
Demi
Allah…
What
go around .. will comes around… kita jangan merasa megah apa yang kita ada…
Allah itu adalah maha adil dan saksama… jangan takbur dan sombong.. jangan lupa
bumi dipijak langit dijunjung..jangan bangga bila berada di atas.. jangan
mencemuh apa2 mahupun siapa2 yang berada di bawah… ..jangan dikata mahupun
dicarut orang yang serba kekurangan.. jangan mengeluh dan menhina mereka yang
miskin.. jangan diikut perasan takbur dan dendam…. Jangan merasa dirimu lebih
dan tersenyum kerana orang lain kurang…. Jangan lupa asalmu tanah.. jangan
bermain dengan api… kelak dirimu lecur teruk tak hilang rasa dan rupa parutnya…
Aku…
Menjadik
sangat pendiam.. lately ini… banyak perkara yang aku fikirkan. Tentang diri
sendiri… aku merasa sangat jauh dari semua orang…aku goyahhhh… goyah untuk apa…
aku tak pasti… aku menyendiri…. Cepat2 mahu bangun…cepat2 mahu tidur… aku sudah
hilang seri berjenaka….. aku suka
marah2.. aku mudah benci..mudah berasa hati.. mudah jugak mejadik sendu … ntah
hapa-hapa… kenapa dengan aku… tell me why ????
No comments:
Post a Comment