Olaaa…
terima kasih untuk diri sendiri kerana masih gigih untuk terus bersiaran secara
maya.. thehehehe… rajin ku ini adalah untuk tatapan aku pada masa hadapan..
kenangan-kenangan yangtidak semegah … Puan Gebu memang buat blog ini just for
myself.. so..puan gebu is tak kisah pon if ada yang terbaca-baca.. it’s okay
and it’s orait..
Hari
ini hari jumaat.. besok cuti hujung minggu.. hari ini Puan gebu kerja.. so..
laporan diet kali ini adalah laporan diet sambil bergambar menterjah kawasan rumah
contoh di site officeku… theheh.. kalau bos haku tau aku mengedik kat sini..
mampoiiii .. thehehe…
Jadi
gambaran adalah tidak mengena dengan laporan
Ingat
tak masa Puan Gebu timbang.. masa tu 74.6kg.. kan...last Tuesday timbang..
berat I is 73.2kg.. meaning I dah singkir berat degil 1.4 kg.. Alhamdulillah..
Kesan
tue tidak ketara sebenarnya.. tapi for myself.. dah rasa badan tue ringan
sedikit.. ada perut yang berlipat macam haramjadah tue.. dah agak kurang dan
lembik-lembik…
Masih
minum air putih 3 liter sehari.. tanpa segan silu dan merasa penat akibat
berulang alik ke tandas.. phftttt…..
Masih
mengambil nasi segenggam dengan lauk pauk tempatan yang kaya dengan minyak,
berlemak tahap kuasa penyakit.. thehehe. .tetapi jumlah TERKAWAL..
Makan awal untuk dinner.. selewat-lewatnya 8.00mlm..
makan apa saja… tapi TERKAWAL..
Menjauhi
minuman manis sama sekali.. tapi sekali sekala.. why nottt…. Aku bagi ganjaran pada hari aku bercheat day..
selalunya weekend..
Rasa
boleh carry on dengan diet yang lebih
kepada.. kurangkan makanan harian anda tanpa menhadkan pilihan anda.. aku rasa
aku boleh pergi ah dengan cara camgini…
Tidak
mahu tergesa-gesa dan mahukan result yang cepat.. aku kenal diri aku ini yang
lebih kepada hangat=hangat tahi ayam… mungkin kaedah ini akan menjadi rutin.. yelah.. kawal-kawal makan lepas tue terbiasa dengan cara ini..…
Aku
masih dalam mood aku berdiet tapi tidak ketat sampai nak makan apa pun tak
boleh.. itu bukan cara aku laaa… sebab aku akan ketar laaa.. tak makan.. cara
ini lebih berkesan..
My
target is kalau boleh aku nak 70kg.. untuk hujung tahun ini.. boleh ker nie ???
cam takder harapan jek.. Biarlah korang
rasa.. sikit nyer haku punya impian nak turun.. jangan kalut sebab bila aku
kalut.. impian aku takkan menjadik..
Masih
tidak bersenaman.. sebab tidak ada masa yangsesuai dan malas yang mengilaaaa…
theheheeheh.. so.. senaman dengan kerja rumah tangga.. berpeloh jugak wehhh..
Kaedah
ini lebih berkesan sebab kawan-kawan di office tak perasan yang aku sebenarnya
berdiet.. sebab bila mereka makan aku pun makan sama.. bila mereka sua
kuih-muih atau jajan aku ambil juga seketoi dua… dulu kalau sua.. bukan dua
ketul.. ambil sampai tak ingat orang belakang….
Jadi..
aku tak terasa tertekan ..kat rumah.. aku kan makan malam awal.. bila encik
kekanda balik pukul 9.00mlm Tanya tak
makan sekali ker.. aku cakap aku dah makan awal tadi.. so.. dia pun faham kut
aku tengah nak turunkan berat badan.. tapi walaupun aku tak makan tapi aku
temankan dia…
No comments:
Post a Comment