Hamboi
ko tajuk.. cari gado ek.. thehehe.. pepagi memang bikin panas.. tak menahan
perasaan.. sib baik kat sini aku boleh luahkan perasaann.. blog tak semegah nie
takder saper nak skodeng ek..
Hari
ini Encik kekanda buat hatiku lara… saja ja.. besa dia nieh.. semalam dahler
balik lambat.. aku yang bangun pepagi buta.. mengurus anak-anak dari bangun
tido, mandikan, pakaikan baju sekolah, siapkan sarapan bagai.. sampai lah
bebudak tue naik van sekolah..
Aku
nie jenis cepat jugak terbangun.. dengar alarm jek terus bangun.. lagipun alarm
encik kekanda memang kuat berdentum bunyiknyer.. 5 minit sekali melalak aje
keje nyer.. mata nak tido lagipun kenalah kuat kan semangat.. tahu ada
tanggungjawab menanti..
Aku
bangun pukul 6.00 pagi.. selain tanggungjawab sebagai ibu.. aku tak pernah lupa
tanggungjawab aku terhadap encik kekanda.. kejutkan dia tido sebab dia nieh
jenis tido matik.. dari kul 6.00pagi.. pastu 6.15pg.. lepas tue 6.30pg.. lepas
tu 6.45 pagi.. last sekali 7.00 pagi.. aku kejut dia jawab ermm..ermm jek.. dah
tue aku pun reti gak fed –up… bior aje la…
7.30pg..
masa aku nak mandi.. aku kejutkan lagi.. masa nie dia tengok je jam dinding tue..
tak bangun pulak tue.. aku pun tanya ler.. tak keje ke.. asyik kuar malam..
pastu bangun pagi lambat.. tetiba sound aku baik punya.. takat kejut pukul 7.30 baik tak
payah…dah lambat!!!
What
??? aku pulak yang terkejut dengar dia pepagi sound aku cam tue.. ingat aku akan
berdiam diri ker.. aku jawab balik dengan sopan… demi membela diri aku yang tidak bersalah.. “Abang
nie… orang tiap pagi kejut dari kul 6.00 pagi.. 15minit sekali.. awak jawab
ermm..ermm jer.. .. tapi mata tak bukak… jangan nak salahkan saya pulak.. .
Pastu dalam bilik mandi aku cam sedey gilababi.. dan bermonologlah aku
sendirian dalam bilik air tuh…
Ko
jangan.. mende kecik cam ginik pun.. boleh meleleh air mata ko tu tau… sebab
terbawa-bawa.. perasaan yang cam gini.. mula monolog aku datang..aku bangun pagi..
buat semua.. dia bangun tido siap pi kerja jaa.. aku yang antar anak amik.. masak.. kemas
rumah.. bla..bla..tak pernah nak hargai aku … uwaa.. tetiba terus mengungkit
salah suami bagai.. dasyat oooo.. kan tak pasal-pasal…
Keluar
bilik mandi aku macam nak cakap jer cam gini.. kalau dah tahu yang awak tue
jenis tido matik tak bangun.. silalah tido awal.. kurangkanlah aktiviti malam awak tue kat luar.. luangkan masa ngan
anak-anak awak yang tetiap malam tanya di mana ayah…… tapi aku tak dapat cakap ayat-ayat tue sebab
aku sebak dahhhh……..
Rasa
cam aku nak tumbuk muka dia sedas dua..
tau..tapi nanti dia tumbuk aku balik beratus dass wakakaka....aku pulak yang
mati tak bangun.. theheeheh.. berdosa aku nanti.. lagipun syurga aku bawah tapak
kaki laki aku tuh.. sudah-sudahlah emosi tak ketahuan hala ini.. biarlah aku
yang memujuk rajuk ku ini… uwaaaaaa..
Ko
nampak ?? kerana tidak kejut bangun pagi ..benda yang sekecik ini pun.. tetap
juga menjadi isu..dan isu tue pulak.. nak cuba buat tak tau jaa.. tapi adaler
setan-setan yang jahat hasut binik.. supaya gadooohhhh… sib baik aku
cepat-cepat beristighfar… (ye ke ejaan can gitu ).. biarlah.. aku simpan dalam
hati.. cukup masa nanti biar meletup semua.. muahahahahahaah…..
Setiap
perkahwinan itu pasti ada dugaan dan rintangan nya… dan ini adalah satu dari
rintangan perkahwinan yang perlu aku
hadapi.. suami susah bangun pagi.. isteri
kejut tak bangun.. bila sedar tuduh isteri tak kejut.. hamboi.. kaahkaaahkahhh…
No comments:
Post a Comment