Aku
begitu sedih sekali nasib yang menimpa arwah yang bekerja sebagai pegawai bank
di sebuah bank yang terkemuka di Malaysia …mati di tembak ketika menjalankan
tugas … tak perlulah aku sebutkan nama dan umur beliau.. memandangkan kes ini
begitu tersebar meluas di internet mahupun surat khabar..
Tidak
sanggup aku untuk copy and paste gambar arwah
di blog aku ini.. sebenarnya lebih kepada menghormati si arwah dan keluarga…
aku cuba untuk mengerti perasaan si suami yang sebenarnya sebelum arwah
meninggal.. sempat mereka berbual di talian telefon.. argghh.. melihat si suami
pada arwah yang terduduk dan lembik di tempat kejadian dan melihat situasi kejam yang berlaku terhadap isteri
kesayangan.. apakah perasaan beliau..
tak dapat aku bayangkan.. ya allah.. kau tabahkan si suami.. ya allah.. kuatkan
semangat beliau..
Aku
sempat melihat gambar arwah tanpa di blur malam semalam.. ada orang whatsapp
encik kekanda.. masa tue.. aku sudah tersangat sedih melihat arwah yang masih
berbaju kurung merah terjelepok di depan pintu besi dengan darah mengalir …
dahi arwah bersepai.. ya allah.. durjananya.. orang yang melakukan kekejaman
itu..
Berulang
kali aku sedekah Al fatihah..buat arwah… jauh aku memikirkan siapa beliau, anak
arwah berapa orang ??? bertabahlah kalian semua… aku hanya mampu berdoa..
semoga beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman… Insyallah…
Teringat
mak aku pernah berkata.. dia tidak mahu kakak aku bekerja di sektor perbankan..
sebab takut kejadian seperti ini.. tapi kita hanya mampu merancang tuhan yang
menentukan segalanyaaa….. sudah takdir arwah ..sudah tertulis begitu..
Sudah
tentu hari ini rumah arwah penuh dengan sanak saudara dan kenalan.. melihat
jenazah buat kali terakhir.aku tidak kenal arwah.. tapi aku menangis ..terlalu
sedih.. sedih kerana meninggal dunia ketika bekerja mencari rezeki.. sedih buat
suami beliau yang hilang seorang kekasih hati.. sedih buat anak-anak yang hilang terus kasih sayang dan tempat bermanja dari seorang
ibu kandung… sedih buat ibu dan bapa arwah kerana kehilangan anak yang mereka sayangi…sedih
bagi rakan sekerja.. kerana kehilangan rakan sekerja.. pasti mereka tidak dapat
melupai kejadian ini seumur hidup mereka….
Marilah
kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah Buat arwah…
No comments:
Post a Comment