Terpanggil
untuk mengulas isu yang sedang panas diperkatakan di sana sini.. cerita
tersebut terpampang di surat khabar mahupun di intenet.. cerita tentang adik
Firdaus yang telah dibiarkan di dalam
bilik seorang diri dengan keadaan yang amat menyedihkan dan juga keadaan diri
adik yang sangat kurus..
Sejujurnya..
aku tidak dapat menghabiskan bacaan setiap kali kisah adik Firdaus itu di
suratkhabar.. mungkin kerana aku tidak setabah orang lain nak mengetahui lebih
lanjut ataupun aku takut
kisah itu meruntun sedih aku berhari-hari lamanya… kisah tentang
manusia.. aku tak boleh baca sekiranya cerita itu terlalu sedih….
Puan
Lola ?? nama ibu adik memang hot sekarang… mulut orang ramai lancang memarahi,
dikecam dan menyumpah perbuatan beliau terhadap anak kandung beliau sendiri…
kita tidak tahu apa yang telah berlaku sehingga Puan Lola membiarkan anak
okunya itu terbiar begitu sekali… aku tidak berhak untuk menilai.. tapi yang
aku tahu ini adalah satu PENGABAIAN terhadap anak kamu Puan Lola.. merujuk
kepada siasatan yang dilakukan.. memang tidak terdapat sebarang penderaan
fizikal terhadap adik Fidaus tapi.. mental adik Firdaus ..itu sudah pasti…
Aku
sendiri juga punya anak saudara yang
istimewa seperti adik Firdaus .. sebelah aku ada seorang.. sebelah encik
kekanda pun ada seorang.. aku melihat ketabahan dan kesabaran kakak kandung aku
mahupun kakak iparku sendiri menguruskan anak-anak istimewa ini.. mereka adalah
seorang ibu yang hebat kerana mereka tabah dan sabar menguruskan anak istimewa
mereka ini ..
Danish Imran yang dipanggil Imad.... nie pun kesayangan Alang Ana jugak...sekolah rajin2 ek abang... |
Aku
tidak tahu sebenarnya jerih.. penat lelah mereka menjaga anak istimewa
mereka..tiada istilah pengabaiannn… Aku
hanya menziarahi dan melawati rumah kakak2ku ini hanya sekali sekala… bermanja2
..melayan keletah anak2 istimewa itu .. hanya pada waktu yang singkat sahaja…
mereka ibu yang hebat kerana kasih sayang mereka terhadap anak istimewa itu
dijaga dan ditatang dengan sempurna dan sangat bertanggungjawab.. Puan Lola ..
kenapa anda sebaliknya ??…
Buat
Along Dan Kakak Ipar,
Kamu
berdua ibu yang hebat… ibu yang hebat kerana sabar dan tabah serta redha
menghadapi ujian Allah.. sesungguhnya hormat adik mu ini pada kalian
bertambah2.. tidak pernah adikmu ini melihat kalian berdua terkurang bahagi
kasih pada anak2 istimewa kalian… Ya Allah ..kau berilah kesihatan yang baik
pada kakak2 ku ini.. dan limpahilah mereka dengan rezeki yang halal.. kerana
sifat keibuan mereka adalah benar.. dan kasih mereka adalah benar….ya Allah..
aku memohon kau tempatkanlah mereka ini
di syurga mu Ya Allah….
tq ana....bertuahnya jika kita dipilih untk pelihara ahli syurga...andai Lola tau...
ReplyDelete