Cepatnya
masa berlalu.. tahun 2014 dan menjangkau ke bulan 7.. cepat sangat…. Bukan
apa.. bila berakhir dari tahun ke tahun… maknanya.. umur aku pun mencanak
bertambah… kategori dah dewasa (30an) … tunggu nak masak …. (40an)…
Kami
sekeluarga tahun ini menyambut ramadhan amat penuh bersederhanaan..hujung
minggu akan dipenuhi dengan aktiviti bersama ibubapa.. tak rugi merapatkan
hubungan sesame keluarga…. Tanpa keluarga siapalah kita…
Bangun
Sahur
Dah
tiga hari kita selamat berpuasa… tahun ini adalah cabaran besar bagi anak
perempuan aku .. si yaya.. sebab this year dia bersekolah pagi petang….manalah
tau jadi lembik dan tak terdaya kerr… masa nak sahur ..nak tergelak aku dek
perangai nak bangun sahur nie… iskk..isk.. seksa sungguh… nak buka mata pun tak
boleh… Si yaya nie memang aku suapkan.. kalau dia suapkan sendiri alamatnya..
tak kenyanglah jawabnya…
Along
is champion.. masuk tahun ini tahun ke empat dia berpuasa…. Tiga tahun
berturut.. dia puasa penuh…sangat bangga sebab anak2 sangat bagus tenaganya
better than me.. aku puasa penuh.. betul2 punya darjah empat kot… dengan dia
aku takder masalah sangat.. yaya pun.. anak-anak ibu .. memang terbaeekkkk….
Budak Yusouf .. sedap tido.. dia takper tak posa.. dia confirm ahli syurga… wawakakaakaka…
elok dia tido.. kalau dia terjaga.. susah lah aku nie.. dia nie jenis suka
kacau aku kat dapur.. tanya itu tanya ini.. kadang-kadang masa tengah masak
untuk berbuka rasa cam nak plaster budak comey niehhh..
Berbuka
Puasa
Pukuk 5.45ptg sampai kat rumah.. bersilat kat
dapur.. memasak juadah seringkas mungkin.. tak kisah ringkas janji makanan
mesti panas2… dan pastilah menyelerakan.. aku suka kot.. bila hidang makanan
dalam bekas letak kat bawah tudung saji.. kejap2 anak2 datang bukak.. sambil
puji.. sedapnya ibu… cepatlah azan maghrib… hehehehe….
Hari
Isnin lalu kami bukak puasa dengan bertelurkan kicap sahaja.. gas habiss !!!
masa tue dah pukul 7.00 kut.. aku tak sempat nak masak apa.. kebetulan balik
lambat beli barang mentah… aku ngan anak2 makan tueh jek.. tetiba aku menangis
tersedu2 sebab tengok anak2 aku yang seharian berpuasa tuh.. berselera sangat
makan nasi telur kicap tuhh.. sedih sangat sebab tak dapat masak yang sesedap
sikit… laki aku pujuklah aku niehh… takyahlah sedih.. bukannya aku sengaja..
aku sedih aahhhhhh.... tapi sahur
esok tuh aku masak sesedap ….
Hehehehehe…. Balasss…. Balik..
No comments:
Post a Comment