Isk..
isk… dah berbulan-bulan dah wehhh adik lelaki aku si Yap tue selamat
berkahwin.. akak ko yang sorang nie baru sibuk2 nak citer kat blog dia..
maklumlahh.. takder followers pun.. nie
update untuk suka2 sahaja… untuk tatapan diri sendirk je pun…
Tanggal
31/05/2014 ..selamatlah sudah adik lelaki aku yang ke 7.. bernikah dan
bersanding dengan gadis pilihan hatinya .. Majlis meriah telah pun berlangsung
di Kuala Kubu.. so.. family pakat2
bincang. Nak kumpul kat mana.. confirmlah rumah aku kan.. sebab rumah aku kat
rawang.. setengah jam jek kot kalau tak jem laaa….
.
Pagi tu
.. aku siap2 belikan breakfast … pasaipa.. takkan nak jamu ayaq semata.. kita
orang melayu.. menjamu tetamu yang datang adalah satu kemestian.. sebab.. aku
pon tamak pahala jugakkk.. and yang lebih penting.. setiap tetamu yang dating akan
membuka pintu rezeki aku… sapa taknakkk… .hamboiiii….
Lepas
dah kumpul semua.. maka.. bertolaklah berbiji-biji kereta berduyun-duyun ke
kenduri itu…panas toksah cakaplahhh kan.. berpeluh ketiyak nie…tapi kami
mewakili rombongan pengantin lelaki haruslah bertabah … kenalah tunggu kompang
dipalu.. meraikan pengantin yang berarak tuhh…
Di sini
buat pertama kalinya.. kami sepuluh adik beradik ada bersama2 … jadi kami
taknak lepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan pada hari itu…
cayalahhhh…
Skang
aku ada kuiz bonanza tudia untuk korang teka teki… Mereka ini adalah sepuluh
adik beradik kandung sebapa berlainan ibu… cuba teka dan bahagikan.. yang mana
satu adalah anak mereka dan yang mana
pulak ibu mereka.. peloh ketiyak korang nak teka… heheheheheheheeh..
Dalam
tiga ini ..satu sahaja yang hakmilik kekal.. yang dua tue
dah check out….. muhahahahahaahahaha dan si lelaki itu.. sangat bangga
nampaknya pada hari itu.. kerana di sinilah beliau melihat warisan beliau..
iaitu kami semua… muahahahah..akhir kata… perkara lama jangan diingatkan..
kalau dingatkan… terbalik meja tuh rasanya… kahkahahahahaha….
No comments:
Post a Comment