Bebanan
kerja kian macam tak ketahuan hala skang.. asal ada masa.. aku buat sini sikit
sana sikit.. dah tak terkejar date line.. dalam kegopohan dan penuh
terkocoh-kocoh dengan sedaya upaya aku cuba siapkan segala task yang
dipertanggungjawabkanterhadap aku… dah
lah dengan keadaan jiwa kacau …tak dapat bayangkan betapa aku melawan dan
menepis segala menatang dugaan dengan tabah….
Ini adalah keadaan yang sangat pelik.. aku clear jek.. mesti banyak balik.. aku celar jek.. mesti datang balik.. tensi.... tensi |
Dalam
keadaan yang tidak cukup kaki dan tangan itu.. boss dengan baik hati memberikan aku seorang admin assistant bagi
kelangsungan kerja aku yang bertimbun.. kadang2 tak masuk dek akal .. kerja
yang tak habis2.. aku dalam keadaan yang sangat tension dengan kerja yang adaaa…..
tak malu untuk aku katakan di sini.. aku dah tak tahan dengan semua ini….
Letihhhnyaaaa…..
Aku bukan nak bikin panas ke aper kerr... tapi aku semak otak.. tahu tak ??? |
Dahlah
kerja bertimbun.. kena pulak training budak baru belajar itu… umur baru 18
tahun.. dia kata nak kerja setahun dua.. pastu baru nak sambung belajar..
takperlah adik.. akak just nak bagitau.. setahun dua yang ko timba pengalaman
kat sini… sedikit sebanyak ringan beban akak adik oii… terima kasih lah…
sekurang2nya filing bertimbun tue habis ditarah budak admin tuh… rajin dia buat
filingg….. senang ati dik…
Dalam
minggu pertama ko kat sini.. aku memang bagi itu sahajalah kerja ko.. sebab
dengan filing ko akan tahu apa dan mengapa.. filing itu dilakukan… tetapi orang
atasan nak suh aku ajar lebih dari itu.. tunjukkan dunia sebenar kepada budak
admin tuh… buat pekerjaan yang baru…
banyak pulak tuh.. aku dah tunjukkk cara dan bagaimana siap penerangan lagik..
kenapa begitu ..dan kenapa begini..
Admin assistant aku ... rajin budak nie umur baru 18tahun.. kerja banyak aku bagi kat dia tapi setakat hari ini dia seorang yang cepat belajar dan mahu belajar... |
Dah
tiga kali di ajarin.. dan dah capai tahap percaya aku yang budak tu boleh buat kerja.. so.. dah
dingatkan beberapa kali.. sekiranya ada masalah berkaitan silalah
bertanya…banyak juga document yang dia buat.. so atas dasar aku percaya dia
boleh buat… aku terus hantar pada Asst Manager untuk disahkan..
Toing…
toingg… masalah telah meletup di mana di dapat majoriti kesemua documents tidak
termasuk tiga yang aku ajari itu.. semuanya SALAH…. Hadoyaiiii…. Teruk aku
dimarahi oleh Asst Manager aku sebab tak semak dulu kerja budak tueh.. ntah
haper2 yang dibebel kan nyer.. marah sungguh ..
Apa
yang mampu aku kata.. aku tanggung salah budak admin tueh… sebab dia kan
dibawah seliaan aku.. haduhh.. tensi.. budak tue pun asyik minta mahap ajer
keje nyerr… tulah.. bila ditanya ada masalah atau pun tidak… kata okayyy… yang
aku pun pi percaya.. sapa suruhhh..
Banyak
yang salah… mulut asst manager aku nie ringan.. cerita kerja yang salah-salah seperti ini akan cepat2 sampai pada boss aku..
dia kalau bercerita yang buruk2 saja… yang elok dia diam.. yang buruk-buruk
cepat jek sampai ….
Okay..
aku takder pengalaman… pengalaman mengajar budak yang zero knowledges mengenai
skop kerja yang aku buat sekarangg...tapi kan sudah diminta maaf dan dalam masa
yang sama kesalahan itu telah pun dibaik pulih.. tak payahlah nak gebang sangat
macam kerja kau sebelum nie perfek sangat..lagipun budak tueh aku tak cuit
sikit pun.. marah pun tidak… aku dah cakap aku tanggung…
So..
ini adalah pengajaran buat aku… aku tak boleh ambil sambil lewa.. sebagai orang
yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia budak itu… aku kena pantau dan semak
apa sahaja yang telah budak itu lakukan…aku tak faham kenapa aku perlu begitu
berhati-hati kali ini.. aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.. tahun ini
memang bukan tahun yang baik-baik…
Kena
asah tajam2 lah “leadership” aku niehhh…..