Hari
ahad lepas.. aku rasa terajin pulak nak masak … lagipun encik kekanda ada kat
rumah.. dan lagipun lagi.. malam
sebelumnya adik ipar aku dijemput oleh laki aku untuk lunch ahad together-gether…
so pagi-pagi lagi aku pergi NSK.. sebab barang basah memang dah tak ada…
Beli
barang2 basah.. lately nie.. tersangatlah mahal.. aku terasa sangat akan
kenaikan harga barang sekarang… berpeluh ketiak nak membayarnya.. jenuh lahh..
takut-takut terlebih-lebih budget… tu pun satu ratus jugak cecahnya.. bukan
amik merapu pun.. beli barang basah je pun… lagipun dah hujung bulan.. rasa
sanggap muahahah.. sib baik lah aku ahli NSK.. dapatlah kurang seringgit dua..
Laju-laju
aku pulang ke rumah.. masa tue dah pukul 10.00 kut.. aku pun basuhlah barang
basah yang aku beli tadi… boleh kut tahan 2 minggu nie… korang mesti heran..
dalam takdak duit pun ko makan ikan tenggiri ek.. ehh.. ada offer tadi.. di
letak dalam bakul.. IKAN CAMPUR sekilo 13.99.. aku tengok makcik tua tue ambil
bukan main banyak lagi.. berkeping2 nko.. aku tanya.. “ ikan apa nie makcik..,”
… makcik tue pun jawab.. ikan tenggiri nak oiii… aku pun ambil lah dua keping
besar tapak tangan laki aku kot.. kena lah RM 5.60.. boleh la kan.. apasal
murah ek ?? ikan lama kot.. takper ahhh….
Aku
dah basuh n simpan dalam Tupperware.. dalam bekas kecik-kecik..
senang..selalunya sebelum pergi kerja aku aku letak dari peti beku kepada peti
ais biasa.. balik tue dah defroz kan.. aper nie nak citer nak masak pun
berjela-jela aku melalut nie haaaa….
Boleh
pulak masa tue aku keputusan idea.. tak reti nak masak apa.. dah terbodoh sat… secara
tetiba aku masak lemak ikan tengiri dua
keping tue.. cukup masam,masin garam dan mendidih..aku tutup api.. lepas tue
aku termenung.. nak masak apa pulak..
aku teringat aku ada beli petai.. ngan udang.. hah.. terus buat sambal udang
petai.. memang kenalah dengan masak lemak kan… tudiaa…. Dah ada dua hidangan..
Pastu
aku goreng sayur taugeh n kucai..dan goreng ayam dengan rempah kentaki..
thehehehe… aku teringat yang aku ada sambal ikan bilis beku yang aku
simpankan.. jadi aku pun panaskan dah hidang.. dah siap !!!...
Juadah
kami pada hari ini… alhamdulilah..
kenyang sampai ke petang… dapatlah jamu tetamu.. makan bertambah semua termasuk
tuan rumah,, hahaha.. akibat kenyang amat.. membuta aku kot petang tue…
huk aloh,, apehak comot sangat bibir periuk ko tu dek ana.. lantakan.... janji rasa meletoppp..
Ikan
Tenggiri Masak lemak yang mudah
Ikan tenggiri
dua keping- besar tapak tangan encik kekanda bak ang..
Kepala parut
sebelah – diperah dan dapatkan santan pekat 1 mangkuk dan 1 mangkuk santan cair…
2 biji tomato-
potong baji
2 batang serai
–diketuk
2 biji bawang
merah ]
1 biji bawang
putih ]
½ inci
halia ] Bahan2 ini ditumbuk lumat
3 biji cili padi
Asam keping ]
Serbuk Kunyit
3 biji cili
padi
Garam
Daun Kunyit
(optional )
Mula-mula
satukan bahan tumbuk ke dalam periuk.. asam keping ,serai, daun kunyit kemudian masuk
santan cair dulu… serbuk kunyit.. kacau
sebati.. bila mendidih.. masukkan garam.. dan ikan.. kacau dan kacau masukkan
santan pekat , cili padi dan tomato.. dan kacau perlahan supaya ikan tak
hancur dan tak pecah minyak sampai
mendidih dan tutup api..
Aku
letak cili padi sebiji-bijik pasal aku tak buat kuah tue pedas berdenggung..
pasal anak aku nak makan nanti.. jadi cilipadi tue untuk habuan aku nak pedas…
thehehehe..
Nota
kaki.. selalunya aku letak satu asam keping dulu.. dan rasa.. agak-agak kurang
masam.. aku letak la sekeping lagi.. itu untuk mengelakkan terletak lebih asam
.. try n error… buat confirm jadi wehhh… mudah jek..
Sambal
Udang Petai Mudah
½
kilo udang saiz sederhana
4
sudu cili kisar suri – aku pakai cili kisar segera sahaja.. tak dak masa nak blender cili kering aihhhh..
3
bawang merah – dihiris nipis
2
bawang putih - dihiris nipis
½
inci halia -
di hiris nipis
1
Asam keping
Gula
n garam secukup rasa
Tumiskan
bawang merah, bawang putih dan halia
sampai naik bau.. lepas tue letakkan cili kisar.. gaul rata dan tambah
air.. kacau rata dan bila dah pecah
minyak.. masukkan asam keping sekeping… gula ,garam…
Bila
dah sebati dan naik minyak.. masukkan udang dan petai.. kacau rata dan tutup
api.. kan dah siap..
Nota
kaki- aku masak yang simple-simple sahaja.. aku tak reti dah pakai rempah ratus
yang susah-susah.. aku dah terbiasa lagi senang lagi bagus… thehehehe…. Lagipun
aku kan wanita yang bekerja.. tapi nak masak jugak.. jadi aku pilih untuk
memilih bahan yang mudah cepat dan senang…. Haahahahaah.. ^ apasal aku ketawa plak ^….
No comments:
Post a Comment