Pages

Thursday 11 October 2012

Selamat Datang Peti Ais


Oleh kerana tidak tertahan akan peti ais lama yang tidak membeku dan membusuk .. jadi kami laki bini sepakat untuk membeli peti ais yang baru.. so korang jgn ingat saya saja-saja ja nak beli.. peti ais dah jadi keperluan dalam zaman moden nie.. tiada peti ais tiada harmonilah rumah tangga.. hahaahah.. poyo nyer ayat nko puan gebu..

Sebab..apa-apa barang  pun saya sumbat dalam peti ais.. kalau lauk pauk tak habis makan.. saya sumbat peti ais. Kalau letak diluar kang basi padahal boleh makan lagi.. anak-anak nak air putih yang sejuk.. kalau beli air kotak pun sumbat gak dalam tue.. banyak benda makanan skang kena letak peti ais.. lagi-lagi kalau beli frozen food kan..

Walaupun tahun ini saya sangat jarang masak di rumah.. tapi bila peti ais lama meragam dah sebulan lebih sebenarnya.. saya tetap gelabah bai.. mula-mula tak membeku ..

 Bila buat tak tahu jek peti ais semakin teruk pulak dah.. habis busuk semua.. arhhh.. ngaper kau beginik.. jadi kami ambik keputusan  beli yang baru..

Meh tengok peti ais saya yang baru. ..jadi saya rasa skang ada yang lebih berat dari saya dalam rumah kami.. bila  peti ais sampai rumah.. saya rasa sangat panik sebab peti ais itu sangat besar bagi saya.. dah bila tengok mamat dua orang (budak delivery) tu nak angkat dan tolak pun dah macam muka nak terberak dah saya  tengok..

Pastu masalah yang sama seperti sofa saya tempoh hari, nak masuk tak lepas.. aarrhh.. saya sebenarnya nak yang sederhana sahaja, tetapi encik kekanda ..alang-alang nak beli..kita rembat yang lebih besar..  keterpaksaan dua mamat tu membuka skru pintu peti ais.. fuhhh selamat boleh masuk..

Bila diletakkan di dapur ..nampak dia jek.. besar betul lah bagi rumah kecik saya.. mcm dah tak sesuwai.. pastu encik kekanda cakap pulak..hah.. minat sangat peti ais besar kan..kan mendapat..  ehh... memang minat peti ais yang besar tapi saya nakkan yang sederhana saja ..  bukan ker . dia yang beriya –iya.. arhh.. bila fikir-fikir.. takper ah.. okay gak.. lepas nie sumbat jek secara berlebihan.. hahaha.. pastu moody jap.. teruk saya nak bersihkan nanti.. uwaaaaa!!!!!

Part paling mencabar adalah nak suaipadankan ruang ..yelah peti ais besar gedabak dah ambik separuh tempat meja makan.. dah kena alih pulak dah.. arhhhh… letak kat sini tak kena.. letak kat sana tak kena.. bila encik kekanda alih.. tempat meja makan tu dah okay tapi.. kalau dari pintu depan rumah.. orang luar boleh nampak meja makan kami.. saya tak suka…

Jadi…saya alihkan meja makan  betul-betul di tengah-tengah ruang dapur.. hahah..yang nie should be okay walaupun ruang lepaking mak-mak dah kena blok.. takper.. nanti dah ramai yang datang.. kita tolak meja nie ke tepi.. kan..

Citer pasal peti ais pun dah macam karangan.. gila ..fanatik peti ais  kau nie puan gebu..
. (nanti akan saya upload gambo..telefon ada masalah emosi)

No comments:

Post a Comment