Pages

Monday 15 October 2012

Katakan X Pada Manis..


Hari sabtu yang lepas , saya ada baca Majalah Harmoni.. keluaran September.. yang menarik minat saya ada satu muka surat tu berkenaan budget bulanan ..bagaimana nak uruskan supaya jangan terlebih belanja kerana kalau terlebih belanja bermaksud simpanan takkan ada.. tetapi ada satu perenggan tue sangat menarik minat saya.. rasanya boleh diguna pakai bukan hanya tentang budget.. tentang apa –apa pun.. begini katanya....

Untuk melupakan satu tabiat , manusia memerlukan 21 HARI untuk melaksanakannya..  bermaksud kalau dalam 21 hari manusia sedaya upaya cuba untuk melupakan TABIAT YANG DIA NAK BUANG TUE.. insyallah… tabiat itu pasti dapat dilupakan ..tapi 21 hari itu kena dilakukan dengan azam dan tekad ler.. wehh..(menarik minat saya untuk mencuba 21 hari ini..tak salah bukan)

Bila tengok tv dua tiga menjak nie.. selalu sangat ada iklan yang.. orang letak dua jari kat mulut pastu goyang-goyangkan jari tu ke kiri dan ke kanan.. siap geleng kepala lagi.. iklan itu khas di buat untuk perokok-perokok kat tanah Malaya nie .. yang seronok sangat bagi perokok tegar nie.. macho leh tue konon perasan dalam diri tu.. tidak terkecuali encik kekanda sendiri..   bila dia nak bertobat pun saya tidak ketahu.. padahal tersedut racun kat dalam peparu pastu hembus pulak asap racun tue kat orang sekeliling..  tak mahu sedar berkurun lamanya akan keburukan  rokok akan membawa padah..

So… kalau perokok tegar SUSAH nak berhenti dari merokok.... SAMALAH masalahnya dengan saya ini.. sebab saya pun SUSAH untuk katakan tak mahu pada makanan dan minuman yang tidak berkhasiat ini.. kalau saya kisahkan rokok yang disedut oleh encik kekanda tue bawa penyakit.. makanan dan minuman yang tidak berkhasiat tue pun akan bawa penyakit jugak.. ahhh…  jadi tak boleh kata kepada encik kekanda dan membebel-bebel… sah2 masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.. samalah dengan saya pun.. bila orang ckp.. saya dah semakin gemuk.. saya dengan slumber hati.. buat derk jek.. muka biasa jek.. walau dagu berlapis dah macam kek lapis tue dah ketara sangat… theheheeheh..

Nak tak nak.. saya kena memulakan dengan diri saya sendri.. saya yang kena mengawal dan menguruskannya.. BUKAN PRODUK PRODUK DI LUAR SANA TUE…Jadi dua hari yang lalu saya mengkaji secara saintis nyer.BAGAIMANA caranya saya harus lakukan untuk mengurangkan aktiviti makan dan minum saya yang liar ini.. (huhu… dah sosial sangat ke  aktiviti makan saya tue!!! ) jadi untuk hari hari yang mendatang.. saya katakan X kepada minuman dan makanan yang manis-manis..


Buat masa nie saya nak kurangkan yang manis-manis dulu… tak payah nak berjanji dan buat diet pelik-pelik.. sebab saya nie jenis tidak tetap pendirian.. tak payah kut nak siksa diri bagai kan.. sekarang..saya tak NAK DENGAR apa orang cakap dan suruh saya buat.. sebab sekarang saya hanya akan dengar dan buat APA YANG TUBUH badan saya BOLEH dan TERDAYA nak buat…

Okay cabaran 21 hari akan bermula esok..sebab.. pagi tadi saya sudah minum teh tarik kurang manis bersama 1 pinggan mee berserta sambal tumis.. . hahahahah… hahahahahaha… jangan mare ahhh..  pastu siap bekalan kuih muih manis yang fuhh.. kandungan gula yang kronik ....

Nasib baik saya jenis yang memang minum air putih setiap hari.. untuk menjayakan aktiviti itu takder masalah kut.. so.. saya akan letak dua jari kat mulut dan goyang-goyangkan jari tu ke kiri dan ke kanan.. siap geleng kepala lagi.. untuk katakan tidak kepada MANIS…

p/s :  semalam saya snap gambar perut  yang berlapis=lapis tue.. .. dan  bila review balik gambar tue.. ohmaigod.. buruk giler wehh.. takut ah jap.. pastu terkejut sangat.. tak menyangka perut saya boyot sebegitu rupa..  tau lah berlapis tapi tak sangka buruk bebenor.. (anjat encik kekanda..hahahaha.. )

lebih kurang beginik la kut.. ini dinamakan seksaan minda untuk kepala hotak..sebab bagi menjayakan sesi 21 hari ini.. kena gerun-gerunkan perasaan sebab saya kaji saya nie jenis yang akan menjaga kesihatan dua tiga hari diri bila  lihat.. keburukan dan kesan orang yang obesity ini..  biar takut tue menguasai diri..
paling tanam kat minda ini.. bila gemuk sangat..nanti sembahyang kau tak kusyuk.. termengah-mengah, pastu bermalas-malas.. .. macam tue ker nak mengadap Allah SWT…

2 comments:

  1. good luck pn gebu...semoga semangat dan keazaman anda untuk turun kan berat badan sentiasa mekar di hati dan diri anda...

    ReplyDelete
  2. just sharing...jiran mak tok sidang terlantar kat hospital dah sebulan sbb jatuh longkang,kaki patah di pergelangan.lps jatuh..makciktu pegang kakinya yg dah terkulai tanpa kata apa2...tulang kakinya tembus ke tapak kaki..sungguh menggerunkan...doktor nasihatkn makcik tu xblh jln selma 6bln
    skgni doktor terpaksa bantu dia sedut lemak 2 dibadannya sbb berat badannya berlebihan..knp doktor terpaksa bt gitu...sbb badan makcitu da x balance..so mcmcmana dia nk berjln dgn masalah kakinya skg klu berat badan dia still gitu kan..kan..

    ReplyDelete