Tanamkan perasaan gembira dan ingin bersungguh-sungguh setiap kali bangun pagi untuk bekerja.. insyaallah anda akan rasa mudah dan bersemangat setiap hari.. dan segala kerja dapat disiapkan dengan mudah.. tapi bila hari isnin.. ada rasa malas di situ.. wakakakaka
Pastikan segala tugasan dicatatkan di dalam buku tugasan atau buku khas secara teratur…Dengan cara ini.. anda akan rasa mudah kerana semuanya sudah tersusun.. dan dah tahu apa yang perlu didahulukan pada hari tersebut… takat hari ini buku tugasan puan gebu tak terkira banyaknya.. since 2006..
Stress adalah perkara biasa bagi semua yang bekerja..inilah yang selalu menjadikan kita tidak bersemangat dalam membuat kerja.. jadi carilah jalan penyelesaian supaya anda dapat hilangkan stress.. tak banyak yang hilang sikit pun jadilah.. jangan biarkan ia melarat.. hehehehe.. tapi I admit.. kadang-kadang terbawa-bawa stress sampai ke rumah.. huhuhuhu…
Ramai yang tidak boleh menerima kritikan terutamanya dari majikan ataupun rakan sekerja.. oleh itu puan gebu selalu menganggap sesuatu perkara yang dipersoalkan adalah seperti satu nasihat.. ataupun satu pelajaran baru.. tak semua kita tahu.. bukan ?? Berfikirlah secara terbuka.. mungkin apa yang diberikan ada baik benarnya.. sekali sekala kita merendah diri.. apalah salahnya…
No comments:
Post a Comment