Fuhhhh….. dah sampai penghujung tahun..entry kali
ini adalah entry yang terakhir aku update bagi penyudah tahun 2014. Aku nak
tulis panjang lebar skit dalam entri kali ini memandangkan kat opis sekarang
ini agak… suram… sebab ramai yang dah mula ambil cuti tahun… samada nak berehat
dan bersantai dengan anak2 mahupun kena paksa ambik cuti.. kalau tidak cuti
kena poton… hahahahaha.. jadi.. walau kerja banyak aku tak berapa berkehendak
nak buat sebab… MALAS….. hahahaha.. ^gelak yang sangat jahat^.
Marilah aku sajikan pada kalian yang menjengah
blog aku yang tak berapa nak kreatif ini… aku buat blog nie memang semata-mata
kerana aku… bukan kerana orang lain… aku buat entri –entri yang lalu dan aku
akan ulang baca….. jadi aku akan memblogging beberapa retetan –retetan yang aku
rasa menarik dan penuh pengajaran yang aku kena amik kira sebagai pengalaman
hidupppp…
Now aku start naaaa….
AKU TEMOK TANGAT….
Hah tudiaa….. memang itu masalah aku yang sangat
major… aku rasa aku punya bentuk tubuh badan sangat besau…. Aku tak boleh kawal
dari makan benda-benda yang melazatkan lagi menliurkan… aku is cannot… so.. apa
yang aku dah makan sepanjang tahun ini.. telah dizahirkan pada aku sekarang… so
setiap yang memandang akan menoleh dua
kali.. satu.. bukan kerana aku cantik … dua.. bukan juga badan aku menarik…
sebab kerana.. kalau yang kenal akan terlopong dan mula berkata2 benar.. ehhh…
you dah temok… kenapa hang jadi lagu ini… pasaipa.. hang makan apa nie ????
Masalah nya aku rasa biasa… dan aku tak fedulikkk…
hahahah ^ gelak sedih sambil tekap muka kat meja, badan ada skit
terhenjut-henjut sebab nangis sikit ^.. aku kena fikirkan untuk tahun
depan… ^ mata pandang atas tapi dalam
hati macam ragu-ragu.. sebab rasa poyo dengan statement di atas ^
WANG RINGGIT..
Bab nie sangat sensitip buat masa ini.. di mana ekonomi aku masih ditahap
tenggelam kat laut dalam tak lemas… makan kenyang tapi tak puas… faham ???
ibarat hidup kais makan pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. tapi aku
tetap bersyukur… aku dapat bagi anak2
aku makan… cari jalan beb.. nak hidup.. pepandailahhh
Cuma aku sedang berusaha keras untuk cuba
menyelesaikan hutang piutang aku… sebab aku target…..kalau aku nak menyimpan…
pertama benda aku buat… aku kena setelkan dulu.. semua hutang aku supaya.. aku tenang… pihak
yang aku berhutang pun tenang….. aku ingat semua yang aku dah buat hutang…
skang nie aku sedang berusaha… memang lambat tapi percayalahh…. Bagi masa sikit
yaaa….. ^ dalam takder duit aku beli jeruk asam boi.. satu bekas 5 hinggit
kawan opis jual.. dapat diskaun lima kupang.. syukorrr… ^
KERJA ..
Nak citer pasal perkara di atas pun dah rasa
muak.. tapi apa boleh aku buat sebab aku memang dikelilingi dengan perkara2
diatas… sebati.. tahun ini aku rasa aku sangat tidak konsisten… sekejap aku
rasa macam kerja aku sangat tip top.. sekejap aku rasa kerja aku sangat sungguh
tidak professional.. semua bercampur adukk… aku mudah kecewa bilamana aku tidak
dapat menyudahkan task yang diberi aku akan rasa sedihh… dan tak boleh tiduq
malam… hahahahah ^ gelak buat-buat sebab aku nak bagi perenggan nie panjang… ^
ANAK-ANAK..
Along… anak aku yang sulung.. pelajaran droppp…..
semua nya jatuhh merundum… dari no. 10 dah menjunam ke no.28… isk..iskk.. aku
rasa dia terkesan dengan perubahan kami ataupun dia rasa tertekan dengan apa2…
aduhyaii..memang susahlaahhh… tapi aku dan encik kekanda tak marahh sebab aku
rasa kami sepenuhnya kena bertanggungjawab apa yang terjadi… aku rasa dia
simpan dalam hati … mungkin dia streeesssss… who knows….
Yaya… dia pulak sangat bagus tahun ini.. dari no.
16 jadi no 7.. so,, itu satu pencapaian yang baik … aku Nampak usaha dia ..dia
jenis yang siapkan kerja sekolah… buat latihan tambahan… aku tak suruh pun dia
tetap siapkan kerja sekolah…. So….. yang stresss along sahaja.. yaya tak
streessss…..
Yusouf.. budak kecik nie sangat banyak bercakap…
pot pet pot pet.. duapulohempatjam… memang aku kadang2 tergelak sebab aku rasa
dia sangat comel… biar ah aku nak puji melangit anak aku kot… hahahahaah… so…
cerita dia agak menarik bila pengasuh yang sedia ada tetiba bagitau bulan 11
last dia jaga sebab dia dah mula kerja pada bulan 12.
Aku masa tu ada seminggu je kot nak cari pengasuh
lain… kerisaun yang amat sebab dia tak biasa dengan orang lain… dari baby
sampai umur nak masuk 4 tahun nie dia.. aku dapat cari pengasuh lain walaupun
sedikit jauh dari rumah… jiran sebelah rumah yang rekomen… hahahahah^ tetiba
nak ketawa tanpa sebab.. korang pernah jadi camginik?? ^
Masa hantar tu dia memang sangat konpius.. bila
aku bagi beg dan barang2 dia.. dia dah mula cebik.. n start nangis… dia dah tau
aku nak tinggai dia kat situ… memang melalak.. dan sedikit adegan
berguling-guling dan air mata dan air hingus sama2 menambahlan effek yang dia
tidak mahu berada di situ…
Aku terpaksa pergi bila pengasuh baru mula memberi
isyarat tangan bermaksud pergi…. Tapi dalam kereta aku memang cuak laaa… sampai
opis aku tipon kakak pengasuh tue… Alhamdulillah.. adegan yusouf hanya
berlangsung dalam 10minit… bila dirasuahkan dengan cerita kartun di tv dan ditala jajan.. dia mula okeyy…. God jobbb
kakak pengasuhhh..
BALIK KAMPUNG NO PLANNING…
Nota kaki yang penting :
AKIM MENIKAH -30/11/2014
AKIM BSANDING BLAH POMPUAN – 30/11/2014
UDIN MNIKAH -01/12/2014
UDIN BSANDING BLAH POMPUAN
UDIN N AKIM BSANDING SEBELAH KAMI -7/12/2014
Cerita ini adalah cerita benar.. yang berlalu
kira2 jumaat yang lepas…. Kami adik beradik memang diberitahu untuk bersedia
bagi upacara akad nikah kedua adikda aku… ( satu perut bapak lain) apa pun
hubungan kami… kami tetap adik beradik…
Yang Bongsu. yaitu Akim.. majlis akad nikah adalah
pada ahad 30/11/2014 sebelah pagi dan akan berlangsung majlis kenduri bagi
pihak perempuan… oleh kerana encik kekanda tidak bekerja dengan perodua lagik…
jadi segala aktiviti dan planning semua telah menjadik tunggang terbalik…
kerana kerja encik kekanda yang terkini memang sabtu ahad susah sangat nak dapat
cuti.
Jadi bila berbincang laki binik.. kami mengambil
jalan mudah dengan tidak mahu pulang pada majlis akim..kami membuat keputusan
pulang saja masa majlis kahwin sebelah kami sahaja pada 07/12/2014….
Pada hari jumaat 28/11/2014 itu.. aku wasapkan
pada si Akim yang aku tidak dapat pulang…
Bermulalah adegan yang tidak diingini bila mak aku
menangis sebab dia rasa sangat sedih sebab aku tidak dapat pulang… okay.. ini
memang salah aku dari awal.. sebab kalau laki aku tak dapat balik.. aku tetap
boleh balik apa ??? orang muda memang
suka buat perkara muda tanpa memikirkan perasaan orang tua… ^dem you ana
..cubit diri skang.. ^
So.. aku tipon mak.. mak taknak angkat tipon…
merajuk sudahhh… so.. aku pon mengelabah… diikuti dengan wasap2 kakak aku…
macam aku tak aware pulak… so.. aku fikir panjang2… memang aku ada masalahh..
tapi janganlah masalah itu sampai buat mak aku nangisss… sambil tersedu di
pinggir tiang rumah …
AKu minta izin laki aku untuk drive sendiri balik
kampong.. NO WAY.. encik kekanda tidak izinkan sebab jauhhh.. lagipun anak2 aku
tuh… kan hiper… hiper belaka… So.. aku pun terpaksa last minute menumpang adik aku
yang si udin untuk pulang ke perlis.. bersama2.. kalau ikutkan planning..
sepatutnya dia kena bawak door gift yang bebaki 6 kotak lagi.. oleh kerana dia
kasihan aku sebab aku adalah orang perempuan walaupun aku sangat sasa …
Balik dari kerja memang kalut aku mengemas apa
yang patut di bawa… panic siot.. sebab aku nie kalau nak balik kampong banyak
menda nak kena bawa.. aku tak suka nak pinjam tuala.. berus gigi bagai tuh..so
memang panic walaupun udin kata dia akan ambil lebih kurang pukul 10.00 mlm… tapi
semuanya aku packing ala kadar.. dah tau kenduri.. so.. baju kurung bebudak kat
aku mesti lah bawak.. aku congak2lah sendirik..
So.. dalam kereta itu.. UDIN.. TUNANG UDIN…
AKU..DAN TIGA BUDAK HAIPER… pulanglah ke Perlis… berkali-kali aku pesan pada anak2..
behave yourselves dear… nanti aku
sambung.. banyak kerja nak disetelkan niehhh…. Aduyaiiii.. pasangan yang
bertunang muda itu jenis… jalan sejam.. bhenti tidoq.. 1/2.. jalan sejammm…
tidpq ½ jam…. Yang anak2 aku nie
sensitip… bila kereta jalan semua pakat tidoq.. bila kereta stop ja… pakat2
terbeliak mata… ini jadik tekanan kepada dua belah pihak…. Hahahahahahah ^
dasar menumpang ^
Anak 2 aku mana biasa berhenti berpuluh kali macam
tue… jadi pasangan muda itu memang kaki tidoq .. baguihlahh bila rasa x boleh
nak drive.. better pi tiduq bagi mata tu segar…. Itu depa punya cara… dalam
berhenti tiduq punnn.. kalau benda buruk nak jadi memang tak dapat nak buat apa
jugaa…
ACCIDENT
Hahhhh.. betuikkk kami semua telah terlibat dalam
satu kemalangan jalan raya… akibat tunang udin tertidur ketika memandu menuju
ke Kuala Nerang kampong dia sendirik ^ udin telah sampai ati membiar tunangnya
memandu ke kampungnya sendirikk.. wak lu ^… persona bantai ixora…. Tapi… tapi..
kemalangan kecil saja… kami semua selamat… .yang tu yang penting… syukur…
Okaylahh.. lepas accident tuh.. pasangan muda tu
pi la turun jumpa kereta yang dilanggar tuhhh.. minta maaf and bertukar
no.telefon… nasib baik orang yang kenal-kenal.. takda minta duit pun… nak setel dengan orang tua tunang udin… masa
masuk dalam perut kereta balik.. pakat2 diamm.. tetiba ada sedikit gaduh2
manja…
Aku kat belakang hanya mampu tidak berkata apa2..
sebab aku kan menumpang.. terkebil2lahh.. nak suruh depa stop aku serba salah..
so.. aku diamkan sajaa… perbalahan tu tak lama pun..kejap jaaa…
RUMAH TUNANG UDIN..
Sampai ja rumah tunang udin.. tunang udin bantai
nangis depan mak ayah dia.. yalahhh… orang nak kahwin.. banyak pakai duit pastu
pi langgar orang lagik… tudiaaa… ini lah dinamakan dugaan adik2 …. Hadapilah
dengan tenang… aku yang kawin sepuloh tahun pun tak terduga cabarannya.. inikan
baru2… relekkkkkkk ahhhhhh…. Selepas
sesi pujuk memujukk keadaan kembali tenang… pukul 5.30 pagi.. kami di jamu kopi
panas …sedap la pulak.. terasa seperti bersahur …
So kami cergas minta diri… kalau terleka sedikit..
bapa si tunang udin dah jemput kami masuk ke bilik untuk melepaskan lelahhhh…
^memang nak pakcik tapi kami terlalu rindukan perliss… ^so.. cepat2 kami masuk
kereta dan lajuk2 pergi ke perlis dengan kereta udin yang sedikit kemek itu….
Nat ( Pasar Pagi )
On the way jalan ke rumah mak aku tuh.. terdapat
sebuah Nat ( Pasar Pagi ) yang sangat legend… dari masa aku kecik lagi memang
nat ini memang setia ada di Beseri itu… rindu kan suasana pagi nat… macam2 ada
dijual di sana.. dari barang basah sehinggalah makanan sarapan pagi yang sangat
rare….. ko susah nak dapat ni tempat lain kecuali nat…
Udin ajak aku pekena bihun sup abang pondan…
pasaipa nama pakcik tue begitu.. sebab tu bukan nama sebenar… tu nama samaran
dia sebab.. pakcik tu tak salahh..kata orang.. dia ada seorang anak yang
dipanggil abang.. tapi adalah ponn… hahahahahaah….
Masa masuk ke lorong –lorong nat itu.. aku macam
nak cium ja lantai nant tu… betapa lamanya aku tak ke situ…. Aku cam happy
sangat… kalau tak kerana aku pegang tangan anak2 aku yang bertiga tu… dah lama
aku jalan setiap lorong… muka2 orang lama2 masih di situ Cuma kelihatan lebih
berusia…. Perlis is so rare……………………….
Tercapailah hajat kami untuk menikmati Bihun sup Abang
pondan… tapi.. tapi.. rasanya dah tak sama.. aku tak taulah ini di upgrade
mahupun didowngrade.. the taste was sooooo wrong… itu bukan bihun yang aku rasa
masa aku kecik2 dulu… tapi tetap sedappp vuma tak serupa dulu…
Rumah Mak…
Akhirnya kami sampai jugak … alhamdulilahhh… mak
aku gembira.. .aku pun gembira…. Hehehehe… so..sangat lega bila sampai rumah
orang tua kita tau… takyah nak berlakon sangat…. Memang sembah ratu lah dengan
mak aku tuhh.. minta ampun dari hujung rambut sampai ke kaki… mak aku
senyumlahhhhh janji aku balik…. Hahahahahahaah…..
AkIM Love Ana
Hari Ahad 30/11/2014.. pukul 11.00 pagi kami
rombongan Cik Has ( nama mak aku) menuju dengan gagah ke rumah pengantin…
pengantin (akim begitu berkobar-kobar untuk dinikahkann… ) aku tau mak aku
sedihhhh tapi dia tak tunjuk dan kami adik beradik pun sangat kool that day..
takda sapa pun bercakap.. kalaulah abah ada…… no body say that words… so
situasi selamat…
Dengan sekali lafaz…. Akhirnya mereka berdua
selamat menjadi suami isteri.. suasana sangat santai.. takder nak formal
sangat… aku senang begitu…. So usai je majlis nikah.. kami dipelawa tuan rumah
untuk menjamu selera…. Menu perlis abaq maiiii… menangihhhh tak berlagguuuuu …
^ kalau you olls tau akan kesedapan sayuq manihhh do you ???? ^
Pengantin yang baru saja dinikah tadi sedang
bersesi2 gambar… aku tak berapa nak bagi perhatian sangat pon.. hahaha… yang
penting kena soru ( makan )… lepas tuhh… tetiba depa dua hilang.. rupanya pi
salin baju….
Pukul 12.50 pengantin turun dengan baju bersanding
hamboihhh abaq ank.. segakkk.. padaaaannnn sangat … hahaha… selang 10 minit..
depa di minta untuk makan beradap.. tudiaa.. awai sungguh .. tetamu belum
datang lagik.. depa dah makan.. memang rare oooohhh..
Lepas mak kucup selamat tinggai pada anak
bongsunya.. kami rombongan Cik Has pulanglah kerumahhh… pesan jugak kat akimm..
nanti malam baliklah rumah kejappp… amboiii.. tak balik rumah malam tu… buat
apa la kott ???? hahahaha…
UDIN Love Awin
Keesokan harinya
01/12/2014 abang dia Si Udin dinikahkan ..samalah gagahhh n macho..
hanya dengan sekali lafaz sahlah menjadik pasangan suami isteri… baguihhhh
semua…. Hahahahaha…… ^ tetiba gelak pasaipa..
Tapi aku tak dapat ikut majlis nikah udin pasai
aku tak dapat cuti kann so malam ahad tu aku dan balik ke rawang tumpang abang
ipar yang sama2 kena kerja… sangat penat tapi sangat best…………..
Nanti aku cerita kenduri sebelah aku pulak..
doakan majlis berjalan dengan lancar yekk…
Amboiii…. Segaknya dua2…. Masa nie dua2 dah
beranak pinak niehh… aku pun kalah terukkkk… mak aku anak tiga.. tantik tangat…
jeles hakuuu
|
Mummy n Daddy..
Siapa kata janda anak tiga tak meletop.. mak aku
meletop okay..janda cantik lagi menliurkan.. dahlah kerja dengan pejabat dengan
mat-mat terap… (askar) .. semua hat gatai2… tapi kalaulah jodohhh… kalaulah
jodoh tidak kemana………….. dah dia berjodoh dengan En.Sudin aka abah tiri aku…
maka terhasilah 2 mereka ini… dari satu perhubungan yang suci lagi murni…
yalah.. melihat jambul ayamnya ituww… aku mengerti mengapa arwah yang menjadi pilihan mak aku…
T
Mereka lah si upin n ipin keluarga kami.. versi si
udin n si akimm…. Padiapaaa…
|
Kenapa bunga korang sparkling sangat
|
Selamat pengantin Baru Akim And Ana.. ^ nko takder
nama lain. ^ aku berasa risau nama aku akan diapa-apakan… sebab ana akim sangat
kurus.. so kalau aku pulakk ?????
Amboiii…. Segaknya dua2…. Masa nie dua2 dah
beranak pinak niehh… aku pun kalah terukkkk… mak aku anak tiga.. tantik tangat…
jeles hakuuu
|
Selamat pengantin Baru yang akan bersanding minggu
depan.. yang penting Udin and Awin sudah selamat bernikah.. pegang tangan tidak
berdosa… juga anggota tubuh yang lain….
best wohhhhh……………………..
Ni apa nie… kulit album.. hatimu telah ku miliki
????
|
No comments:
Post a Comment