Pages

Thursday 10 May 2012

Kedai Perabot Pengurusan Serabut!!!


Saya sangat geram sehingga mahu baling tahi lembu pada kedai perabot yang tidak berwibawa itu.
Baru –baru ini saya dan incik kekanda telah membeli perabot jenis sofa dan meja kopi untuk ruang tamu kami yang kosong  ..dari  bentuk,warna hingga jenis kain fabrik semua kami pilih sendiri.. oleh itu tempoh siap mengambil masa kira-kira 30 hari.. kata penjual di kedai perabot itu..

Tak sampai 30 hari, encik kekanda terima call dari pihak penghantaran perabot sudah siap untuk dihantar.. girang bukan kepalang kerana seksanya menghitung 15 hari  lamanya dek nak tengok sofa tu kat ruang tamu telah berakhir.. kami lakibini sampai berlakon jemput duduk atas sofa sambil minum kopi.. eksaited tueh..


Tapi kami tak boleh bersabar lagi.. bukan boleh bawak bertenang dah nie.. bawak bertendang juga kedai perabot tueh..kerana perabot yang dijanjikan tidak datang pun!!!  Tak guna betul ,kita called follow up, barulah terhegeh.. rupa-rupanya .. diaorang tak masuk atau terlupa letak dalam list sedia hantar pada hari itu.. tak ke sawan kami laki bini.. sudahnya encik kekanda marah dan marah kepada kedai perabot serabut tuh.. dek kerana dimarahi jadi mereka meminta maaf di atas kecuaian tu dan berjanji akan menghantar secepat mungkin.. Nasib baik barangan kami tue selamat sampai  ke rumah walaupun sampai itu adalah hari keesokkannya..




No comments:

Post a Comment