Pages

Monday 28 May 2012

Emosi Ibarat Jongkat Jongkit

Dah lama tak rasa emosi yang macam gini.. yang rasa tak best jek pastu rasa macam tak selamat jek.. rasa berdebar-debar, rasa rimas, nak kentut tak terkentut, nak buat apapun serba tak kena dan tak menjadik.. hati sedih kut..saya tak suka rasa seperti ini.. mulalah hari saya menjadi mendung dan tidak ceria.. apaka???????  Adalah perkara yang merungsingkan fikiran saya dan merasa jauhhhh hati dengan tut….. (bukan merajuk dengan system tut k !)

Okaylah tak boleh tulis lelebih.. b.a.h.a.y.a..!!!!!

 Macamana nak mulakan nie… saya rasa blog saya nie akan bersarang labah labah jika dibiarkan terusan menulis perkara yang tiada isi. Saya sudah berfikir panjang, saya akan mula bercerita mengenai perjalanan saya dalam melawan nafsu makan saya yang sangat tidak terkawal.

Saya takut jika masalah ini berterusan dan akhirnya saya ditimpa penyakit yang sinonim dengan masyarakat di negara kita. Kencing manis? Darah tinggi? Penyakit jantung? Erhhh saya semakin takut!!!!!

Saya perlu berubah.. saya mahu lakukan yang terbaik buat diri saya. Saya perlukan sokongan kawan-kawan. Bantulah menaikkan semangat saya walaupun saya tahu mungkin tiada siapa sedari kehadiran blog saya ini!!!!

Dengan ini, saya akan berazam untuk mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat.. saya mahu kurangkan makanan berlemak, berminyak dan juga bergoreng..

Bolehkah saya? Saya kurang percaya kepada diri sendiri, sebab sudah berapa kali saya membuat azam begini dan akhirnya tak jadi yang seperti yang diharapkan.
saya akan lakukannya..saya akan lakukannya.. minggu depan cuba untuk lakukan…cuba dulu.. tengok macamana saya boleh atau tidak.. cubalah.. buat yang terbaik..












No comments:

Post a Comment