Pages

Wednesday 30 May 2012

Kami kawan baik tapi masalah tak sama.

Salam satu Malaysia.. arhh poyo sangat nie macamlah dah ader yang skodeng blog tak fames nie..Wehhh.. nie nak kasi cerita sama orang diluar sana.. yang katik tue adalah saya dan yang tinggi tue adalah kawan saya.. biarlah saya samarkan nama dia okay.. saya panggil miss z in the house!!!!

Kami adalah kawan baik, bukan kawan dari sekolah tapi mula rapat bila kerja sekali..
Tempat kerja pun duduk dekat –dekat,  meja saya di depan dan meja  dia di belakang saya kan mizz z.. Kami ada misi (bukan misi jururawat tueh), misi yang sungguh suci lagi murni iaitu saya nak turunkan berat badan dan mizz z pulak nak naikkan berat badan.. very the contra.. kan..
Dan errr.. misi lain aktiviti ke Bank Negara dengan komuter (wakakakakaka..shhhh)
Dan terjumpa encik Malik (bukan nama sebenar…)

Bila breakfast.. saya minum susu rendah lemak dia pula minum penuh lemak.. Bila saya kurang makan dia pulak cuba untuk banyak makan.  Lepas tue kami berdua pun cubalah produk dipasaran .. saya cari produk untuk turunkan berat badan dan dia pulak carik produk untuk naikkan berat badan..Nak tahu hasil misi kami.. sendiri mau Ingat.. saya semakin mengebu.. gebu dengan lemak.. dan mizz z makin kurus pulah dah..

Misi kami gagal.. oleh kerana terlalu sedih,  mizz  z  tidak berjaya dalam usahanya untuk naikkan berat badan.. dia telah tinggalkan saya..(tu auta) dan sebab saya pun sedih juga pasal berat badan tak turun-turun.. jadi saya masih di sini… (tu pun auta).. Apapun u is my best fren.. walaupun tak mungkin kita dapat jalan seiringan pasal miss z tinggi dan saya pulak katik merendang (saya rasa saya okay tetapi kawan-kawan selalu saje kata  saya katik.) Memori daun pisang saya dan Miss z…..Dan jarang berjumpa tetapi kita tetap kawan kan… terlalu banyak kenangan kita bersama kan..

No comments:

Post a Comment