Takpayahlah nak
sedih sangat.. nak menyesal sebab akulah penyebab kenapa berat badan aku nyata
76 kg.. nak melopong nak buat terkejut sangat.. nak nangis gulin gulin.. pastu
nak buat musuh dengan makanan bagai.. takder maknanyer..
Oleh kerana aku
pun dah tahu yang aku jenis tak boleh nak turun berat badan secara perseorangan…
lalu aku mengambil peluang untuk mencuba Fitness Dance.. di mana semua kekdah
tarian untuk mengeluarkan perpeluhan yang banyak… apakah ini…
Aku selalu sangat
kata aku takda masa… takda masa untuk bersenam.. takdak masa untuk berdiet..
mahal la apalahh.. stop.. NAK TUNGGU APA LAGI !!!!!! sudah sudah la tuh…
Jadi.. aku pun
turut berpusu mendaftarkan diri di Pusat Fitness tersebut.. aku pergi seorang
diri …so bermula lah Zumba aku pada bulan ogos ini… ye baru start… kata coach
Miss shida the gojes…so target ogos to disember untuk cuba join Zumba nie..
lagipun kata coach miss shida the gojes .. ada pertandingan bagi pelajar
pakej.. kalau dapat turun berat badan dengan jayanya.. dapat hadiah… wah wahhh
wahhh.. best gile nie kot.. hahaha
Kelas
pulak malam.. mula pukul 8.45. -9.45 mlm.
setiap hari isnin,rabu dan jumaat.. so.. aku balik kerja.. aku masak simple
simple.. hidang siap.. tinggalkan bebudak kat laki aku..pastu aku drive
sendiri.. x sampai 10 minit aku sampai lah kat situ.. ingatker.. aku sorang
jek.. rupa-rupanya penuh orang taman aku pergi sana berzumba.. dah kurus dah
pun… huaaaaa.. aku jadi lebih semangat … gila semangat…
Sebelum bersenam ka selepas ka.. cuba teka.. jangan cuba memaki aku yang duduk tu.. hahaha.. jijik bukan.. |
Aku
sangat teruja sebab yang utama.. aku memang suka menari.. Cuma bila dah berat
nie aku dah tak menari lagi.. best.. aku tak sangka aku suka pulak buat Zumba nie..
peluh toksahciter.. baru dua kali kot aku ikut kelas nie.. it was soo fun and
its still ….
picuture gelap sebab ada yang tidak bertudung.. so.. korang pandai pandailah carik.. dimana ana yang gebuuu |
Aku
tak harap banyaklah.. aku nak sihat.. hidup lebih berkualiti.. jika allah izinkan..
nak hidup lebih lama…doakan aku supaya misi kali ini aku Berjaya… aku tak mengharap hadiah bagai.. tapi aku
berharap moga aku berjaya untuk gigih kali ini… bukan mudah.. berapa kali aku
cakap kosong.. berapa kali aku main main saja..
Jadi
aku perlukan sokongan encik kekanda dan anak anak.. budak budak jgn cakap lahh
teruja bila ibu mereka ini nak Zumba.. asal aku balik dari kelas.. ibu dah
kurus kerr.. hahahah.. kalau hari ini Zumba terus kurus..best lah.. anyway…
doakan aku Berjaya jek..