Tanggal
tarikh 04/03/2015.. yang tak akan aku lupa sampai bila bila … tarikh tuh
la hari terakhir aku bergelar wanita
yang sedang mengandung..sedih rasa hati tapi apa boleh buat.. kuasa allah ..
sebagai manusia yang waras dan punya agama.. aku seharusnya redha…
Nak citer pun tak reti.. nak luahkan pun rasa
terbantut.. tak tahu nak mula dari mana..tapi aku nak kenangan suka duka ini
menjadi satu cerita yang aku simpan dalam blog ini…
Sepatutnya aku datang period pada tarikh 19/12/2014..
tunggu punya tunggu.. punya tunggu tak datang-datang… bila dah lambat tuh..
memang cuak dan rasa tak senang duduk… alahai…. Hati tu dah kata ‘ADA’ tapi kepala hotak masih kata tidak..
Adalah bagi hint kat Encik Kekanda… bagitau yang
kemungkinan aku mengandung lagi.. laki aku tuh.. dia senyum senyum kambing lah
boleh pon…. Hahahahaha… so.. bila dah lewat dua minggu.. aku pun dengan berat
hati.. pergilah ke seven eleven membeli pregnant test yang paling murahan
sekali..
Balik rumah dalam keadaan yang berdebar debar dan
perasaan ingin tahu dan cuak ditambah dengan ketakutan… aku terus segera
membuat test tanpa perlu menunggu air kencing di awal pagi..
Okay.. seperti yang aku jangka… sahhhh.. aku
memang pregnant .. memang naik dua line tue .. terang benderang. Takder kabur
kabur lagik.. reaksi aku pertama kali…. Aku menangis… sendu.. perasaan tidak
mahu akan perkara ini terjadi… aku tidak mahu mengandung lagik… semak otak…
Bila mengandung yang tidak dirancang atapun lebih
dikenali.. peknen eksiden begini.. perasaan yang tidak seronok… aku dah mula
fikir tanggungjawab yang mendatang… ada anak kecik lagik.. byk benda nak kena
fikir… aduyaii…
Aku terus baring atas katil… rasa marah pada
semua.. terutama pada orang yang bertanggungjawab akan perihal ini.. yakni laki
aku… masa tu semak otak.. aku tidak mahu mengandung lagi.. lebih tepat.. 3 kids
is enough for me ….
Aku semakin semak otak dan rasa cuak untuk apa…
aku pun tidak mengerti…
Bila aku sudah mula rasa tenang… mula dapat
berfikir secara waras… aku tahu ini adalah rezeki yang Allah bagi kepada aku…
aku kena terima…aku kena redha… bila aku khabarkan berita yang bagi aku ialah satu berita cuak.. tapi bagi encik
kekanda berita ini adalah berita gembira … gembira sebab dia masih gagah dan
berupaya mengandungkan aku lagi ????
Encik Kekanda mengatakan anak itu rezki Allah..
setiap anak akan membawa rezki kepada kita.. Apa nak susah hati.. kita mampu
menjaga dan mendidik anak-anak kita.. tak kira berapa ramai pon.. amboi….. tapi
bagi aku.. aku tidak bersedia dari segi mental fizikal mahupun kewangan… aku
hanya mendiamkan diri… aku takut tidak dapat memberikan keselesaan yang cukup…
Aku sajakah yang merasa begitu cuak dengan keadaan
ini… tetiba aku cuak untuk merasa sakit sekali lagi untuk melahirkan anak..
aduyaiii…. Sakit giler… semua aku fikir ahhh…. Ape hal ek… dalam keadaan ting
tong tuh.. aku dah mula menjaga pemakanan dan berhati-hati.. yalah aku kan
peknen… pergi klinik.. beli acid folik..
minum susu… walaupun aku rasa cuak dengan ini semua…
Aku ini satu perangai.. kalau takder… jangan bagi
ada.. dah ada.. kena jaga betul betul… aku takderlah niat sampai nak gugurkan
kandungan kea per… tidaklah wehh.. namapun rezki Allah…
Bila mengandung kali ke empat ini.. masalah
bermula.. di mana aku sentiasa bleeding… hari hari bleeding.. bila pergi buat
check up doctor kata itu adalah biasa.. sebab dulu aku ada placenta previa..
yalah bila ngandungkan ucup tu kan aku kena admitted ward hampir dua minggu
disebabkan uri bawah tue…
Masa bleeding .. nak masa drive pergi klinik tuh..
Hanya Allah yang tahu .. Aku menangis sesungguh hati memohon supaya .. jgnlah
Kau ambil rezki ini… kau pelihara janin ini dalam Rahim ku…nak pulak… pelik kan
perasaan seorang perempuan.. sekejap cuak.. sekejap taknak.. tetiba nak pulak..
aku kan seorang ibu..
Bila doctor kata.. bleeding itu adalah biasa… baby
aku ada… doctor just bagi ubat kuatkan rahim… okay.. aku sangat legaa… bermulalah
alahan.. yang sangat hebat dimana.. aku mengalami muntah… pening.. tak
terdaya.. bleeding.. semua ada.. aku makan muntah.. makan je muntah.. minum air
pun tak lepas… aduyaiiiii… memang sangat tak menahan..
Bila dah makan ubat kuatkan Rahim tue.. bleeding
takder sangat.. spotting skit skit jek.. aku pun teruskan pemeriksaan ..
kandungan aku okay… dia tidak terjejas dek masalah bleeding aku itu..
Aku kena kerja outstation seminggu ke pokok sena
kedah.. sebab aku dikehendaki untuk train sales admin yang baru.. yang akan
menjaga sales office kami di sana.. aku ditugaskan untuk memantau dan menilai
kerja beliau … dan tunjuk ajar apa yang patut..
Bila dah pergi ke sana.. kerja pun buat macam
biasa.. hari sabtu sampai… hari ahad kerja.. aku kat sana tak ke mana pun.. pergi kerja.. keluar lunch kat
area office jugak.. balik kerja.. singgah beli makan mlm.. lepas tu balik
homestay... mandi.. tido… yalah aku kan peknen.. letihlahh nak jalan-jalan
tuhh..
Hari Rabu lebih kurang pukul 5.00ptg.. aku dah
rasa lain macam.. aku rasa constraction macam nak beranak.. sangat sakit and
bleeding mula keluar dengan banyak.. so.. terpaksa panggil teksi.. hantar aku terus
ke hospital…. Dalam teksi tuhh.. sakit sangat… mengerang-ngerang lah aku
seorang diri… aku tka bagi adik tue ikut sebab procedure hospital kan lama..
sapa nak tutup office nanti.. boss cari kaaa..
Masa sampai Hospital Sultanah Bahiyah … darah
cakap ckp.. melimpah-limpah.. serius aku sakit gila.. doctor Tanya ada waris
bersama… aku mampu geleng saja.. aku gagah jugak cakap aku sorang kat sini..
aku kerja outstation.. bermula lah proses.. di mana mereka mencucuk jarum di
kedua belah tangan aku sambil aku berdrama terjerit-jerit sebab sakit sangat…
Bila doctor masukkan ubat tahan sakit.. dalam
sepuluh minit aku dah tak rasa sakit sangat.. atas katil tu.. aku rasa darah
keluar tersgt byk… jadi mereka tolak aku
bawa ke bahagian pakar wanita… unit PAC.. itu singkatan dia.. aku pun taktau..
Doktor tu tanya masih sakit lagi.. aku cakap dah
kurang.. so.. dia minta aku baring jangan banyak bergerak.. sementara tu
jururawat sibuk menyalin aku ke pakaian hospital.. sebab seluar aku pakai tuh
penuh darahhh… so doctor pun mula scan perut aku.. nak tengok apa yang terjadi…
Rahim aku dah kosong.. janin dah takder…baby aku
dah takder.. dia jatuh sendiri.. perasaan aku sedih sgt.. sedih yang tak dapat
di bayangkan.. Doktor terangkan apa yang berlaku.. satu persatu… aku terima
dengan keadaan yang sedar tak sedar…
So.. proses mencuci rahim pun dilakukan.. okay..
terus terang sakit .. sebab walaupun D & C tak dilakukan… tapi aku tetap
juga kena buat… doctor ambil alatan macam mulut itik tuk.. aduyaiii.. apa nak
buat… tahan sajelah dan banyak banyak bersabar..
Selepas proses tue .. aku rasa sgt lega.. kata doctor..
bila sakit aku hilang bukan sebab kerana ubat tahan sakit tapi sebab baby tu
dah takder.. memang rasa tak sakit dah lepas tuehh.. sakit sebab doctor rodok
aku punyer tu.. lain citer… sakit giler rupanya orang gugur nie…
Ini goggle..
lebih kurang macam inilahhhhh
|
Masa nurse bagi janin tue.. aku cam terpana..
sebab aku tak sangka development janin tue selama 10 minggu 5 hari adalah memang menakjubkan.. janin
tersebut dah punya kaki dan tangan.. nak kata cukup sifat … 10 jari kaki tangan
lengkap.. ya Allah.. dan paling aku sedih.. sebab.. baby aku itu adalah
lelaki..
Dan masa tue lah aku ada kekuatan untuk
memberitahu kepada Encik Kekanda dan ahli keluarga yang lain.. semua terkejut
dan turut bersedih.. semua kuasa Allah..apalah daya aku untuk menghalang.. Dari
Allah kita datang .. kepada Allah kita Kembali.. bayangkan aku hadapi keadaan kelam kabut
seorang diri di tempat asing… dah terpaksa encik kekanda datang ke kedah
semata-mata nak bawa bini dia pulang…
Laki aku sikit pun tak tanya kenapa dan mengapa.. Cuma
katanya pada aku.. jangan sedih-sedih… kita kan pandai buat.. nanti kita buat
lagik… kehehehkeheheeh… cettt.. dan sekarang aku masih dalam keadaan berpantang....
Lain kali aku sambung…