Pages

Sunday 30 September 2012

Kisah Benar


Kisah benar yang amat memeritkan dan sukar di terima tetapi itulah lumrah kehidupan manusia yang penuh dengan penindasan..

27/08/12

Saya terima panggilan dari tuan rumah mgatakan dia nak jual rumah dia yang skang dia tinggal sebab dah bertukar tempat kerja.. jauh dari rumah so.. nak jual sebab dah takder sebab lagi nak tinggal kat rumah skang.. called biras saya bagitahu yang ada orang nak jual rumah so dia berminat dan malam tue jugak biras dan adik ipar pergi tengok ..langsung berrminat…selepas berbincang harga bukak adalah rm 2***********.

31/08/12

Biras saya dan adik ipar bayar deposit as booking memang nakkan rumah tue dan bersembang-sembanglah mereka semua sambil berulang kali tuan rumah bagitau harga yang dia bagi tak kan naik dan takkan turun…

01/09/12

Ayah dan mak mertua datang rumah saya, sebab nak pergi tengok rumah yang biras dan adik ipar saya nak beli tue.. so semuanya sudah bersetuju.. alhamdulilah… jadi bermula hari itu.. penjual,pembeli saling beremail, bersms.. .

06/09/12

Pada tarikh ini, loan bank yang telah direkomen oleh tuan rumah telah pun lulus, tapi biras dan adik ipar nak cuba jugak try untuk bank-bank yang lain, nak try boleh dapat interest rate yang lebih rendah ke hape ker..

10/08/12

Oleh kerana bank pilihan biras saya memerlukan surat rasmi tuan rumah setuju untuk jual rumah dengan sebut harga tersebut. Dan ditandatangani oleh penjual dan pembeli bagi pinjaman bank pilihan biras…

13/09/12

Loan bank pilihan biras saya telahpun lulus dan bank tersebut adalah panel syarikat biras saya bekerja.. wah.. memang sungguh bertuah… banyak benefit yang dia akan dapat jadi biras saya pun puas hati akan interest rate yang bank pilihan dia…


21/09/12

Surat dari pemaju kepada peguam bagi syarat-syarat tuan rumah untuk urusan jual beli ini.. biras saya dan saya pun dah follow up dengan peguam untuk urusan dan mempercepatkan proses tandatangani Perjanjian Jual Beli.. so.. peguam pun dah tahu apa pemaju nak, so draft Jual beli telah pun siap dan di email kepada penjual dan pembeli.. so dua dua pun dah setuju..

27/09/12

Saya telahpun sms tuan rumah , pada besok hari iaitu 28/09/12 biras saya akan sign letter offer dengan bank pilihan dia dan  pada hari isnin 1/10/12 mereka akan sign Jual Beli di Pejabat Peguam..  dan tuan rumah pun reply sms cakap ok..

28/09/2012

Pagi-pagi buta datang ofis, terima panggilan dari biras, suruh bukak email.. saya pun berdebar-debar tapi buka jugak.. tuan rumah nak naikkan harga lagi RM10K!!!!  selepas keluar dari mulut dia sendiri tidak akan naik harga mahupun turun pada sebulan yang lepas.... saya dan nak pitam , saya pun terkejut selepas sebulan lepas, ber email-email , bersms-sms tetiba tuan rumah buat onar.... patutka.. perasaan semua sangat mendung dan kelam

30/09/2012

Malam pergi ke rumah tuan rumah, dari A sampai Y semuanya tak relevan..  Z ajelah yang okay pun..apakah ini.. suami saya yang dengar pun panas hati  konon nak biarlah penjual dan pembeli yang selesaikan.. asyik kata sebelah kami yang melambat-lambatkan urusan..terkial-kial biras dan adik ipar nak menyoal dan menjawab.. maklumlah tuan rumah ini kerja jual menjual nie.. ayat goreng-goreng udah biasak (sebab tu kah kau naikkan harga rumah? Takkan kut.. kalau iyek pun.tak relevan ler tuan)..   tapi dalam duk menahan suami sampuk bagi ayat mati langsung tak boleh nak jawab ape dah tuan rumah tue… merah muka  tuan rumah..

01/10/2012

Sepatutnya hari ini adalah hari biras saya dan adik ipar pergi sign Jual Beli dah jadi hari pergi bincang dengan Peguam apa tindakan yang boleh diambil bagi menjaga hak diaorang sebagai pembeli yang tertindas ini… so sad sebab peguam kata susahlah nak tuntut ganti rugi kat mereka ini sebab Perjanjian Jual beli pun tak sign lagi, tapi boleh bagi surat amaran saja lah kan… takat resit deposit. Letter offer dari bank dan surat rasmi penjual dan pembeli sign masih tak cukup untuk dapatkan hak pembeli tertindas ..sedih bukan…




Manusia macam ini pun ada ek.. sesame islam pun boleh main-main janji yang kau sendiri buat dan kau sendiri ingkar… takper.. biras dan adik ipar saya tue adalah golongan orang yang teraniaya.. doa orang teraniaya ini dimakbulkan Allah.. sekarang ini Allah bayar cash jek kat dunia ini takpayah tunggu mati baru nak dapat balasan… kalau tengok kronologi kisah benar ini.. kami amik masa lebih kurang sebulan untuk semua ini.. lambatkah kami ini.. saya rasa itu sudah bagus dan cepat..

Yelah sebagai tuan rumah dia kata dia ada hak nak naik kan harga rumah.. tapi kita sudah berjanji sebulan yang lalu.. bukan masih main tarik tali  sebut harga lagi…dah jauh dah kita punya urusan.. sekarang proses untuk menandatangani dokumen.. macamana hak kami sebagai pembeli ..tak boleh berpegang pada janji.. kena ikut jek ker…

Saya rasa kalau tuan rumah itu ada alasan yang kukuh saya rasa diaorang boleh lagi terima, tapi kalau dah kita tanya kenapa dinaikkan harga.. asyik salahkan saya dan biras.. dia sebagai tuan rumah takder salah apa-apa.. sebab dia rasa kami lambat??.. cakapler kau memang tamak haloba.. kau seorang yang pentingkan duit ringgit.. janji yang kau cakapkan… arhh tolak ke tepi..

Sekarang… biras dan adik ipar saya masih mahukan rumah itu tetapi tawar hati bila memikirkan akan berurusan dengan orang sebegini keji.. orang melayu yang menindas orang melayu…

Semoga Allah membalas balasan yang setimpal kepada mu tuan rumah ..

Dan urusan mereka ini masih seperti gantung tidak bertali.. tiada kata putus lagi sebab tuan rumah baik hatilah konon bagi masa seminggu untuk berfikir nak ke tak nak… kalau tak jadi dia akan pulangkan deposit.. so sweet ek… walaupun tak jadi nak bagi balik duit deposit tue.. baiknyer dier..  kenalah pulangkan takkan nak amik sebab kau yang buat taik!!!!!

1 comment: