Pages

Tuesday 18 September 2012

Abah Saya…



Beginik ceritanya…

Abah..seorang lelaki yang bangun awal pagi dan bersiap berjubah dan berwangian minyak atar.. untuk bersembahyang di Majid pada subuh hari.. seorang lelaki yang sangat menjaga sembahyangnya, rajin membaca Al-quran,  rajin ke Masjid, menjadi imam, menjadi tok kadi, mengajar mengaji dan mengajar ilmu agama yang lain… tapi sayang.. anakmu yang no.3 nie.. tak berapa nak ikut.. (iman tak dapat diwarisi.. dari seorang ayah yang bertakwa…) saya pun masih memperbaiki dalaman diri ini…  tak pernah saya lihat abah sengaja meninggalkan solatnya.. tidak pernah…. Abah.. Sayang saya kamu..

 Abah saya juga memiliki sifat lawak yang gila-gila.. jadi korang pun dah dapat agak dari mana  datangnya sifat jenaka saya  ini…  kalau berkumpul adik beradik.. tak kering gusi dibuatnya.. keluarga saya besaaaarrrr dan pelbagai susur galur…… Abah saya sayang kamu..

Pagi tadi Along call bagitau yang abah akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 60 pada 29/9/2012.. dan mengikut perancangan Abah nak buat makan-makan pada hari sabtu tue, jadi Along telahpun diberitahu oleh abah untuk mengerah saya dan nyah Lily..untuk bersama-sama meraikan pada hari itu… Abah.. saya sayang kamu..

Jadi… saya sebagai anak no.3 dan digelar perempuan siam gila filem tamil… oleh ahli keluarga kami .. (mungkin wajah saya akan kesiaman.) tapi kalau perhati lama-lama.. adaka patut mereka semua kata saya macam Johan.. samaka????? .



Sama ke??? Sapa cakap sama.. sapa????
Saya nie sebulan sekali nak balik tido umah abah pun payah… apa yang sibuk sangat pun tak ketahu…. Perangai pelik saya seperti biasa.. sukar untuk keep in touch dengan orang tua….  Tapi untuk majlis sambutan begini saya akan datang abah.. saya akan datang untuk membantu dari segi persiapan ,hidangan, dan makan makanan… theheheheeheh..  Abah.. sayang sayang kamu…
Jadi tunggu.. Along tak dapat turut serta kerana dia nak bawak mak saya pulang ke perlis… Mak nak balik sebab ada appointment kat Hospital Perlis… apaka ini.. kenapa keliru kawan-kawan.. rileks.. Abah di sini.. Mak di sana???/ Hanya Allah yang maha berkuasa dan tahu apa yang terbaik untuk seluruh umat nya… Amin..





No comments:

Post a Comment