Pages

Thursday 20 September 2012

Old Skol (Mood Kabur)


Persembahkan…

Memang photo lama ini kabur… bukan sengaja di kaburkan tetapi bila snap pakai hpnd photo nie jadik macam ini.. tapi saya nak letak juga…


Ini adalah gambar perkahwinan abah dan mak.. tahun saya pun tak tahu tapi rasanya..tahun 1975 .. mungkin. Entah saya tak tahu..  memori perkahwinan mereka hanya satu gambar ini sahaja yang saya ada… saya tak tahu kakak-kakak  saya ada ke tidak gambar perkahwinan abah dan mak..
Dan ini adalah photo lama kami tiga beradik.. yang tengah tue adalah saya.. sekali lagi kabur…. Jarak umur saya dan kakak-kakak pun agak jauh juga.. lebih kurang 5 tahun kot… muka dan karekter kami amatlah berbeza.. yang sulung.. macam anak mami.. hidung tinggi dan ada cap bulan sabit, seorang yang setia dengan percintaannya.... thehehe..yang tengah rambut keriting giler dan ketika zaman mudanya sangat digilai lelaki dari utara hingga selatan…, dan saya muka agak kesiaman dan berhidung pesek dan menpunyai masalah emosi tidak stabil.. sehingga kini.. ..  tapi kami  ditakdirkan menjadi adik beradik..
Ini pula photo lama dengan opah shidah.. truly said.. her full name.. I don’t know.. she passed away long time ago.. I was in primary school.. and lived with my mak..  she used to called me .. ooo…yang kana..yang kana..
Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari… jodoh abah dan mak tak panjang…. Kiranya saya lah yang bungsu bagi sebuah memori perkahwinan mereka…
Walaupun begitu mereka telahpun membawa haluan sendiri dan bahagia dengan keluarga masing-masing..
Saya punya ramai adik beradik.. tak kira sebelah abah mahupun mak.. kami tetap rapat.. walaupun kadang kala sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak keluarga besar.. biasak… tapi kita tempuhi dengan matang dan sabar…. 


Ini abah dan keluarganya.. rasanya photo kabur ini masa sambutan hari jadi abah.. memang abah suka buat makan-makan bila tibanya hari jadi ahli keluarganya…
 
Ini mak dan keluarganya… saya membesar di perlis dengan mak… bila cuti sekolah ..saya akan ke rumah abah.. dan kakak2 saya akan ke rumah mak.. so.. masa kecik.. kami tak rapat sangat..
Bila abah berhijrah dari Taiping ke Kuala Lumpur, semua anak-anak abah so excited nak tinggal dengan abah.. sebab tinggal di Kuala Lumpur.. KL seh…!!!!  Jadi masa tu lah saya dan kakak2 saya menjadi rapat.. tidur bersama, makan bersama, tengok tv bersama.. arhhh.. buat kerja rumah sama-sama.. masa ini abah suka buat lawak dengan kami adik beradik.. ader jek..  kalaulah boleh kembali pada zaman itu.. kan best..abah ketika itu menyewa rumah flat di setapak.. bayangkan kami sangat ramai dan tinggal di satu rumah.. thehehehe.. bila nak mandi adalah satu ujian buat semua.. hah.. lagi satu kalau sakit perut nak yak.. lagilah masak.. heheheeh.. kena tunggu.. kehhhhkehhhkkk..
Tapi sekarang semuanya sudah berubah… berubah kepada keadaan yang lebih baik.. semoga kebahagian ini kekal hingga ke akhir hayat saya.. amin..


No comments:

Post a Comment