Pages

Sunday 23 September 2012

Ibu Seorang Yang Kewl Bila…


  • Si yaya memproses beg make up saya, dan cuba seludup gincu dan mascara ke dalam beg sekolahnya.. dalam keadaan kalut itu,cubaan untuk memasukkan bedak muka iaitu foundation gagal kerana terlepas dari tangan lalu terhempas ke lantai dan foundation berkecai seribu!!!! (ibu nangis dalam hati nak..) sebab yaya konon nak hilang barang bukti.. yaya sapu semua dan yaya buang dalam tong sampah.. akcely.. boleh selamat lagi seh.. .takper.. ibu kewj jek..
  • Bila si kecik iaitu yusouf bukak air paip kat ampaian belakang rumah habis banjir tempat belakang tue…  lecah sungguh..huhuhuhuhuh..  tapi bila haip kan dia.. dia pandang kita buat muka berkerut.. thehehehehe
  • Bila along asyik menyakat yaya dan si ketot berulang kali sehingga adik dia yang dua orang itu terjerit-jerit, menangis-nangis dan ketawa kuat-kuat sampai keluar hingus hijo pastu slumber tenyeh kat sofa tue..  berlari-lari, main atas meja kopi, main loncat bagai atas sofa kita tue..
  • Bila anak-anak ibu makan kerepek dan roti di atas karpet depan tv dan korang dua boleh tengok jek si ketot lenyek roti atas karpet dan dia makan kerepek tapi muntahkan atas karpet  .... biar jek adik you all buat begitu!!!.
  • Bila ibu nak basuh baju.. si ketot bawak larik kain kotor kat merata rumah.. tercicir sana-sini..  dalam tong sampah pun ader gak kain kotor tue.. spendek bapak korang.. adusss ibu kewl jek… ibu dah konpius mana yang dah basuh dan perlu di basuh.. ibu kena test bauuu satu-satu.. anakku.. yang tak tahan tue.. baju nak sidai yang ibu dah spin letak atas meja sementara nak sangkut tueh... kau pepandai jek masuk balik dalam mesin basuh yang tengah berputar penoh sabun.. sampai hati kau adik..
  • Bila masa makan korang gaduh-gaduh berebut kerusi yang satu itu padahal kita ada 4 kerusi anak-anak....korang.. terjerit-jerit dan meronta-ronta dan hentakkan kaki.. ibu masih kewl.. walaupun hati ibu dah terbako-bako..
  • bila masa mandi korang main-main dalam bilik air.. dah setengah jam dalam bilik air.. ibu bukak pintu dan.. rambut korang masih tak kena air.. maksudnyer setengah jam tadi korang main air dan curah ke lantai saja-saja berlakon.. masa nie ibu dah hilang kewl.. tangan ibu dah kewl sedia nak tampo anak2 ibu..tapi ibu tak buat…ibu ambik cebok rasa nak bagi ngan cebok tue tapi tak.. ibu mandikan korang lagi ada ahhh..kalau ayah korang bising ngaper bil air mahal bulan ini.. kita buat do no jek okay yek anak-anak..
  • masa tengok tv pun korang berdua berebut channel astro yang ibu pun tak tahu kenapa ada semua siaran.. takder bagitau pun pasal apa astro buka semua channel dia tue… jangan suh bayar lebih sudah ahhh…
  • dan korang biar jek si ketot ambik remote astro dan remote tv baling sana-sini.. si ketot tu  bola dia  tak ndak pulak kau baling sana-sini.. remote jugak yang kau nak baling.. ibu rasa nak baling je adik korang tue..tapi ibu dukung dia dan ibu cium dia laju-laju.. bau baby..sangat heaven okay.. sambil main cak-cak..
  • bila tukar pampers si kecik  sebab sudah masanya ibu dan adik tidur petang yang nyaman tetiba tak sampai 5 saat.. si ketot preett.. prooot pet..pot.. bu..bu..buu.. yak..yak..yak.. ermm.. sampai hati kau adik.. sob..sob..sob..
  • bila nak lipat kain.. si ketot tarik dan sepahkan.. lipat jek dia tarik dan sepahkan.. yang berlonggok kat tepi tue takder pulak kau nak sepahkan.. yang berlipat jek kau sepahkan .. ngaper kecik???.. rasa nak cubit-cubit biar lebam budak kecik tue tapi ibu ambik kain tak lipat tue ibu buat tudung katmuka adik.. ahh.. ala tomey-tomey..
  • Masa dah malam, suh korang tido diam-diam dalam bilik.. lagi korang sembang-sembang, ketawa-ketawa.. kukik kukik kukik.. ibu buat serang hendap.. buka pintu jegil mata dalam gelap tue sambil membebel-bebel.. tutup balik pintu.. dengar lagi kukik..kukik.. buka kali kedua.. ugut Hantu Kak Limah tidur ngan korang .. baru korang diam.. bukan kukik kukik lagi.. skang.. tido dalam tangisan.. hahahahahahah..takut ler tue.. dah berdosa ibu nie pasal menakut-nakutkan anak2.. tak baik oooo…
  •  ibu bertabah pasal ibu tahu anak-anak ibu ligat dan aktif..dan korang semua memang bertindak balas dengan baik di antara satu sama lain… kepala otak anak2 ibu masing-masing mejana ligat berputar dan nak belajar perkara-perkara baru.. korang berani mencuba itu ini sana sini sinun dan sanggup menanggung risiko di marahi dan dibabap..i oleh ibu korang ini.. bagus.. korang bertabah lah..


Biarlah korang begini dari korang diam seribu bahasa, dari korang hanya terbaring dan tidak mahu berkawan…dari korang tak mahu buat apa-apa.. pasif.. tak aktif.... tak da langsung tindak balas…. Anak-anak ibu sihat walafiat.. nama pun bebudak perangai pun bebudak le jugak.. Cuma ibu yang kena menahan diri takut-takut kalau hilang kesabaran mahu korang semua kena penampo terpelanting sana-sini.. ohh tidak.. ibu bukan begitu sayang ku.. ibu Cuma bising kat mulut.. bising membebel  dalam intonasi yang kuat sebab bila cakap lemah lembut korang ingat ibu pondan.. bila ibu cakap kuat-kuat baru korang nak dengar tapi tue pun kejap je baik dia lepas tu jadik balik…

Ibu tak boleh takder anak-anak ibu.. tak boleh.. ibu sayang korang semua…. Sayang sangat sampai sanggup buat apa saja.. kekadang ibu terfikir satu hari  nanti bila korang semua dah dewasa.. korang nak dengar tak cakap ibu.. korang nakal tak.. korang pandai tak jaga diri, korang jadi tak orang-orang baik.. ibu takut sangat bila fikir satu hari nanti korang akan menjadi remaja dan dewasa.. masa tue.. korang nak tak dengar cakap ibu, korang melawan tak cakap ibu…korang tolong tak ibu bila ibu dah tua??? Korang telefon tak ibu nanti ker korang nak jadi macam ibu yang jarang-jarang call tok ngan opah korang… ???? aaaa???..


                                                             Along Yang encem..





                                                               My Daughter BFF…..

             
                                                    
                                                          Yusouf Yang fabulous..

No comments:

Post a Comment