Pages

Sunday 10 June 2012

Minta Maaf Semua..huhuhuh..

Saya dapat rasakan yang saya tidak dapat merealisasikan impian anggun saya itu.. saya seorang yang tidak tetap pendiriannya.. lagipun saya mudah berputus asa dan lemah.. tahniah Puan Gebu.. kerana masih kekal berada di carta golongan overweight.. tak nak berubah siapalah yang rugi.. saya sendirik… Taknak berubah tapi takut – macamana nak tolong nie..????
 Tapi kalau cerita bab kasihan.. sudah semestinya encik kekanda.. kasihan encik kekanda.. dia kurus sahaja.. Dari kami berkahwin orang cakap kami adalah pasangan yang secocok.. dua-dua sama padan sekarang.. ermmm kalau kami berdua naik see-saw skang nie.. alah permainan jongkat jonget kat taman permainan kanak-kanak tue..  sah-sahlah kan.. encik kekanda tak dapat turun-turun pasal saya tak dapat naik langsung.. hehehhe

 Saya bersedih hati kerana encik kekanda tak dapat tengok isteri dia langsing.. pastu isteri dia tak bergaya macam isteri-isteri orang lain pasal berat badan dia yang buatkan dia takder pakaian yang cantik untuk orang bersaiz XXL ..(corak dan kaler adalah sangat terhad dan lebih kepada  old fesyen..)

Mungkinkah encik kekanda berasa malu berjalan berpimpinan tangan dengan saya.. ermmm
Ataupun saya sendirik yang berasa malu.. saya jadi malas nak keluar pergi berlibur dengan keadaan begini..

 Saya juga kekadang tersentap jugak dengan anak-anak.. ibu nie gemuklahh.. kuruslah cepat .. ermm sentap hati mak nak.. tapi kata mereka sememangnya tulus dan jujur. Mereka berkata benar.. aishhhh.. takat tulis ayat-ayat yang sedih-sedih pastu mendayu-dayu buat hati rasa sayu buat apa Puan Gebu??? Untuk apa??? Buat apa layan jiwang masalah tue????

Dari saya bercerita tewas saya pada diet saya yang takat dua hari tue.. baik saya mulakan yang baru.. tak jadik lagi mulakan lagi sekali.. tak jadi mulakan sekali lagi.. jgn putus asa… (nak sedapkan hati sendiri le tewww)






No comments:

Post a Comment