Pages

Monday 4 June 2012

Cabaran Untuk Singkirkan Lemak…..

Okay.. macamana nak mula tulis nieh.. okay.. tarik nafas dalam-dalam.. rileks.. tarik nafas lagi lepas tu lepaskan perlahan-lahan..

 Okay.. Saya perlu berubah.. saya mesti berubah.. berubah menjadi yang lebih baik buat diri sendiri, pada encik kekanda dan anak-anak.. saya perlu kuatkan semangat dan berazam dengan jayanya..

 Saya rasa perkara pertama yang saya perlu lakukan demi menjayakan perubahan ini adalah dengan menimbang berapakah berat badan terkini.. saya sebenarnya takut dan dapat menjangkakan berapakah berat badan saya sekarang.. takut nak tahu berat  yang sebenarnya..

 Tapi saya kena buang jauh-jauh rasa malu, lemah, sedih dan rendah diri.. saya mesti lakukan.. saya Mesti BOLEH..ya allah kau kuatkanlah semangat saya ini..
Dengan ini, saya berjanji akan berusaha keras bagi menjayakan perubahan ini..
Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadikan diri saya lebih sihat dan lebih berkeyakinan..

Doakan saya semoga saya dapat merealisasikan impian ini..Oleh itu cabaran untuk lebih sihat bermula pada saat ini.. Jadi kepada rakan-rakan dan kenalan yang mahu tahu samaada saya berjaya menghadapi cabaran ini ataupun tidak.. sentiasalah baca blog saya okay…

 Saya  akan bercerita dengan jujur apa yang saya akan lakukan dan alami sepanjang proses saya menurunkan berat badan ini..

No comments:

Post a Comment