Pages

Monday 7 April 2014

Corat Coret



Hujung Minggu Aku ….

Malam Jumaat lepas, ayah dan mak mertua aku datang tidur kat rumah.. kedatangan mereka adalah kerana.. adik ipar aku  si epon yang memang dari sejak berkahwin tinggal berasingan ngan binik dia sebab dia kerja  as admin assistant kat sekolah di Teluk Intan.. so.. selalunya  weekday dia tinggal ngan mak ngan ayah dier..setiap weekend  barulah dia balik rumah binik dia kat rawang kini telahpun  dapat bertukar ke sekolah  berdekatan.. kat kuang.. 

Jadi.. biasalah mertua aku nie… very caring and sayang anak-anak.. sanggup datang dari jauh nak tengok sekolah anak tu di mana.. elok kahhh… aku bab nie.. memang tabik spring kat mertua aku niehh… memang terbaeekkkkk wacakap luuuu…. Tapi aku dari kejauhan nampak mak mertua aku nie sangat touchinglah pasal anak no.4 dia akan berjauhan dari bawah ketiak dia.. huhuhuhhu… 

Encik kekanda pulak takder.. pergi Pulau Pangkor.. ada seminar 3 hari 2 mlm.. walaupun dia takder aktiviti berjalan seperti biasa.. aku dah jadi menantu 10 tahun dalam family nie.. jadi dah biasa dahhh kan… 

Bila tetamu kat rumah.. mestilah ada aktiviti masak-masak…kan.. so aku pun sempat ke pasar beli bahan mentah untuk dimasak untuk lunch hari tue… siap beli breakfast sekali pasal tak menantu terbangun lambat.. thehehe… 

Aku suh mak mertua aku rehat.. tak payah tolong-tolong.. sebab mak kan tengah jalan-jalan rumah anak2 dia.. lagipun diorang semua bersiap2 nak pergi lawat kawasan sekolah si epon..aku masak simple-simple jek.. Bapak mertua aku tuh.. kari saja… so.. aku kan dah pandai masak kari.. menu in the listed ahhh… hahahaha… 
 
Dapat tangkap menu sajialah.. nak tangkap ahli rombongan tak berapa sesuwai lahh. ada yang berpelikat..yang berbatik dan tak berbaju.. dan tak bertudung... muahahhaah....
 

 Maka gamatlah makan tengahari kami pada hari itu.. sengaja aku wasapkan menu masak2 aku pada encik kekanda supaya dia panas hati.. hahahahaah… mesti dia tak senang duduk sebab family dia ada kat rumah dia takdak…  berlepakkan lah ipar duai dan biras serta mertua di depan tv selepas makan.. ketiduran.. dan bawak ke petang.. makan petang.. bawak ke malam.. makan malam.. dan bersurai…. 


Masa  nak balik tuee…mak mertua aku dan si epon bersalaman.. sebak sungguh mak mertua aku nihhh.. diciummm cium.. yelahh….aku pulak yang tersedih-sedih kat situ… hahahahaaha… Mak.. takperlah mak.. elok ler si epon tuh tinggal bersama2 binik dia.. takderlah diaorang jauh lagi laki binik.. hahaha.. manalah tau.. dapat cucu baru….Auwwww… Muahahaahahhah……
..
Lepas sesi babai-babai tueh.. masuk dalam.. terus aku naik katil …tido…. Zzzzzzzzzzzz sampai ke pagi esoknya… fuh… nyenyak betul-betul nie.. hahhahaaha

Aku Menjahit Jugak.. 

Name tag kain anak dara aku baru jek dapat jumaat lepas…  sabtu dah dengan family mertua… hari ahad aku malas sangat nak keluar rumah pulok…. Malas sangat… lagipun nak berjimat jugak.. aku tak pernah nak jahit-jahit nie walaupun seluar aku terkoyak kat celah kangkang tueh sebebsar ibu jari pun.... tunggu encik kekanda yang jahitt…. 

Okay.. jahitan kurang senonoh di situ... theheheheehe...



Kat depan bertambah2 tak senonoh rupa jahitan tueww…. Wakakakaakak… lantaklahh.. janji anak aku tak kena tahan ngan pengawas nkoooo….

Kalau aku nak tunggu Encik Kekanda balik dari pangkor.. aku tak tau pukul berapa dia sampai rumah… so.. aku keterpaksaan lah menjahit name tag tue… penuh berhati-hati.. tapi aku tahu aku memang tak berapa nak seni.. aku main belasah saja… hahahahaah…

Aku jahit jelujur halus ke besar,, ntah… boleh lahhh… kalau tertanggal  dek kerana jahitan tak sempurna ke haper… bapak dioranglah yang tolong jahitkan…. Tapi buat masa nie aku cubalah yang terbaek… aku wasap laki aku dia kata okay… lawa gak.. hehehe.. yelah  I tahu bang you nak ambik hati i….

Yusouf’s Play time..

Bukan main tunjuk peace kat ibu yek.. ko punya melalak satu taman dengar.. semua jiran keluar  duk bertanya anak sapalah tueee….
 Bila petang.. kakak dan abang dia keluar pergi main kat taman… dia pulak tak dibenarkan ke taman atas faktor2 keselamatan… so aku tutup pagar rumah ..suh dia main kat dalam jek.. punyalah meraung.. satu taman tu boleh dengar dia menangis mendayu-dayu.. kak tu laaa bu.. ucup nak warrr… (bukak pintu la bu.. ucup nak keluar)… hahahahaha…. So aku terpaksalahhh jugak bukak pagar and biar dia main basikal ulang alik depan rumah.. dia pergi jauh jek skit.. aku ugut nak heret dia masuk dan  tutup pagar …… hahahahahahaaa…

Sambut Encik Kekanda pulang dari Pangkor..… 

Rindu pulak la kat laki aku yang  slim tuh… dia sampai rumah pukul 7.45 mlm..berterabur aku dan anak-anak berlari2 ke pintu depan.. pakat-pakat nak sambut laki dan ayah itu… hahahaha…. Berebut-rebut nak keluar dari pintu depan tuh.. aku pun tak mengalah nko… hahahahahaah…hamboihhh meriahnyer yek… nie baru anak tiga.. yang si kecik tuh tak sabar2 nak suruh ayah dia dukung.. merengek-rengek… 

Dibeli jugak baju Pangkor sorang selai kat anak2.. adalah sikit-skit jajan-jajan pangkor.. okayleh tue bang.. janji u selamat pulang.. I tak kisah u tak beli apa pun.. I faham u sekarang tengah ada masalahhhh…. i faham sayanggggg….. takperlah sayang.. masa senang I dengan u.. so masa susah kita sekarang pun I nak jugak dengan u… kita kena tabah dan kena kuat yekk….

No comments:

Post a Comment