Pages

Thursday 3 October 2013

Laporan Kerja Diet…



Olaaa… terima kasih untuk diri sendiri kerana masih gigih untuk terus bersiaran secara maya.. thehehehe… rajin ku ini adalah untuk tatapan aku pada masa hadapan.. kenangan-kenangan yangtidak semegah … Puan Gebu memang buat blog ini just for myself.. so..puan gebu is tak kisah pon if ada yang terbaca-baca.. it’s okay and it’s orait.. 

Hari ini hari jumaat.. besok cuti hujung minggu.. hari ini Puan gebu kerja.. so.. laporan diet kali ini adalah laporan diet  sambil bergambar menterjah kawasan rumah contoh di site officeku… theheh.. kalau bos haku tau aku mengedik kat sini.. mampoiiii .. thehehe…
Jadi gambaran adalah tidak mengena dengan laporan 

Ingat tak masa Puan Gebu timbang.. masa tu 74.6kg.. kan...last Tuesday timbang.. berat I is 73.2kg.. meaning I dah singkir berat degil 1.4 kg.. Alhamdulillah..

Kesan tue tidak ketara sebenarnya.. tapi for myself.. dah rasa badan tue ringan sedikit.. ada perut yang berlipat macam haramjadah tue.. dah agak kurang dan lembik-lembik…
Masih minum air putih 3 liter sehari.. tanpa segan silu dan merasa penat akibat berulang alik ke tandas.. phftttt….. 



Masih mengambil nasi segenggam dengan lauk pauk tempatan yang kaya dengan minyak, berlemak tahap kuasa penyakit.. thehehe. .tetapi jumlah TERKAWAL.. 

Makan awal untuk dinner.. selewat-lewatnya 8.00mlm.. makan apa saja… tapi TERKAWAL..



Menjauhi minuman manis sama sekali.. tapi sekali sekala.. why nottt….  Aku bagi ganjaran pada hari aku bercheat day.. selalunya weekend..

Rasa boleh carry on  dengan diet yang lebih kepada.. kurangkan makanan harian anda tanpa menhadkan pilihan anda.. aku rasa aku boleh pergi ah dengan cara camgini… 

Tidak mahu tergesa-gesa dan mahukan result yang cepat.. aku kenal diri aku ini yang lebih kepada hangat=hangat tahi ayam… mungkin kaedah ini  akan menjadi rutin.. yelah.. kawal-kawal  makan lepas tue terbiasa dengan cara ini..… 



Aku masih dalam mood aku berdiet tapi tidak ketat sampai nak makan apa pun tak boleh.. itu bukan cara aku laaa… sebab aku akan ketar laaa.. tak makan.. cara ini lebih berkesan.. 

My target is kalau boleh aku nak 70kg.. untuk hujung tahun ini.. boleh ker nie ??? cam takder harapan jek..  Biarlah korang rasa.. sikit nyer haku punya impian nak turun.. jangan kalut sebab bila aku kalut.. impian aku takkan menjadik..

Masih tidak bersenaman.. sebab tidak ada masa yangsesuai dan malas yang mengilaaaa… theheheeheh.. so.. senaman dengan kerja rumah tangga.. berpeloh jugak wehhh.. 

Kaedah ini lebih berkesan sebab kawan-kawan di office tak perasan yang aku sebenarnya berdiet.. sebab bila mereka makan aku pun makan sama.. bila mereka sua kuih-muih atau jajan aku ambil juga seketoi dua… dulu kalau sua.. bukan dua ketul.. ambil sampai tak ingat orang belakang…. 



Jadi.. aku tak terasa tertekan ..kat rumah.. aku kan makan malam awal.. bila encik kekanda balik pukul 9.00mlm Tanya  tak makan sekali ker.. aku cakap aku dah makan awal tadi.. so.. dia pun faham kut aku tengah nak turunkan berat badan.. tapi walaupun aku tak makan tapi aku temankan dia… 



No comments:

Post a Comment