Pages

Wednesday 23 October 2013

Demi Menghormati Arwah..



Aku begitu sedih sekali nasib yang menimpa arwah yang bekerja sebagai pegawai bank di sebuah bank yang terkemuka di Malaysia …mati di tembak ketika menjalankan tugas … tak perlulah aku sebutkan nama dan umur beliau.. memandangkan kes ini begitu tersebar meluas di internet mahupun surat khabar..

Tidak sanggup aku untuk copy and paste  gambar arwah di blog aku ini.. sebenarnya lebih kepada menghormati si arwah dan keluarga… aku cuba untuk mengerti perasaan si suami yang sebenarnya sebelum arwah meninggal.. sempat mereka berbual di talian telefon.. argghh.. melihat si suami pada arwah yang terduduk dan lembik di tempat kejadian dan  melihat situasi  kejam yang berlaku terhadap isteri kesayangan..  apakah perasaan beliau.. tak dapat aku bayangkan.. ya allah.. kau tabahkan si suami.. ya allah.. kuatkan semangat beliau..

Aku sempat melihat gambar arwah tanpa di blur malam semalam.. ada orang whatsapp encik kekanda.. masa tue.. aku sudah tersangat sedih melihat arwah yang masih berbaju kurung merah terjelepok di depan pintu besi dengan darah mengalir … dahi arwah bersepai.. ya allah.. durjananya.. orang yang melakukan kekejaman itu..

Berulang kali aku sedekah Al fatihah..buat arwah… jauh aku memikirkan siapa beliau, anak arwah berapa orang ??? bertabahlah kalian semua… aku hanya mampu berdoa.. semoga beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman… Insyallah…

Teringat mak aku pernah berkata.. dia tidak mahu kakak aku bekerja di sektor perbankan.. sebab takut kejadian seperti ini.. tapi kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan segalanyaaa….. sudah takdir arwah ..sudah tertulis begitu..

Sudah tentu hari ini rumah arwah penuh dengan sanak saudara dan kenalan.. melihat jenazah buat kali terakhir.aku tidak kenal arwah.. tapi aku menangis ..terlalu sedih.. sedih kerana meninggal dunia ketika bekerja mencari rezeki.. sedih buat suami beliau yang hilang seorang kekasih hati.. sedih buat anak-anak  yang hilang  terus kasih sayang dan tempat bermanja dari seorang ibu kandung… sedih buat ibu dan bapa arwah kerana kehilangan anak yang mereka sayangi…sedih bagi rakan sekerja.. kerana kehilangan rakan sekerja.. pasti mereka tidak dapat melupai kejadian ini seumur hidup mereka….

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah Buat arwah…





No comments:

Post a Comment