Pages

Sunday 25 May 2014

Men ‘donut’



Bila tiba hujung minggu… begitu excited untuk membuat minuman petang untuk anak2… jadi.. ketagihan terhadap penggunaan yis dalam penghasilan kuih muih … makin menjadik2 yekk… jadik oleh kerana kami telah makan brunch pada hari itu.. jadik masa petang kelaparan sungguh rasa mengila..

Aku tengok jam.. dah pukul 3.00 ptg.. jadi aku keluarkan tepung,mentega,gula,yis .. jadi mulalah aku pun………

Donut Pertama Kali

Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
4 biji kentang (rebus dan sejukkan)
4 sudu besar marjerin
5 sudu besar gula
1 peket mauripan

Cara-cara membuatnya (senang aje) :

1. Kentang yang telah direbus - di blend bersama gula, marjerin, mauripan dan 1 cawan air       dituang ke dalam blender dan blend.

2. Tuang bahan blend tadi ke dalam tepung dan uli..sehingga dough menjadi lembut dan gebu

3. Canai dough dan terap dengan acuan.


Masa nie.. doh digentel bulat2 ( sebab aku tak pandai nak buat yang lubang kat tengah2 tuh)  di biarkan kembang lagik…. 



 
Bila dah kembang.. adegan mengoren dimulakan.. aku tak goreng banyak2 sebab kalau tak jadik donut.. aku nak humban dalam tong sampahhh… tapi masa nie.. aku berdoa banyak2.. semoga donut aku menjadik.. sian anak aku nk makan petang… 

Masa nie anak2 aku keliling dapur.. siap bertenggek.. nak tengok kejadian  donut buatan ibu mereka.. I was so panic nko.. tak jadik kang.. sian anak2 aku tuhhhh


Masa nie panas2 lagi aku pun terus bawak gie meja.. terus jek gelekkan kat gula aising... masa nie pun anak2 aku ikut jek bontot aku tuh... tengok proses bikin kecoh donut... muahahahaah


                   errmmm... amboihhh.. tara.. dah siap jugak.. so.. masa untuk anak2 aku cuba...


 bila anak2 tunjuk tanda bagus... jadi maknanya... donut aku telah menjadik... yehahahahaah !!!! tapi diaorang komplen jugak.. ini bukan bentuk donut.. baiklahhhhh... 

okay fine... ingat ibu korang nie taktau lahhhh.. hehehehe.. ini pun dengan berusaha sangat keras yekk... tanpa acuan terap donut.... aku berjaya... yeahhhhh.... i laikeee...
 
 Sungguh menerujakan bila donut menjadik.. sangat happy sebab anak2 makan tak berhenti…sedap katanya… muhahahahaahah….. ini adalah kali pertama aku buat donut… lepas goreng terus makan.. memang rasa sedap dan gebu tapi.. bila lama2 atas  meja tuh.. donut tuh jadik kerasss….

Hrrmm…. Nanti kena try lagilah nieh.... mungkin ada yang tak kena… apa2 pun my first try boleh dikatakan menjadik… thumb up Puan Gebu.. itulah orang kata.. air tangan seorang ibu… ikhlas dalam setiap perbuatan.. jadik.. aku memang masa buat tuh.. berhajat.. ya allah menjadiklah donut ini untuk hidangan makan petang kami…. Amin..

So.. kepada ibu2 di luar sana yang masih tak berapa pandai nak buat kuih muih.. jangan berasa takut untuk mencuba.. cuba dalam kuantiti bahan yang sedikit. dahulu. mungkin first try tak menjadik.. tapi takpa.. jangan rasa give up.. sebab.. bila anda mula mencuba.. anda akan tahu apa itu try and error.. dan anda akan belajar.. bagaimana nak jadikan hidangan itu terbaik dan menjadik…

Ibu2 Pasti boleh… yeahhhh.. high five sikit…. Muhahahahahaha……

No comments:

Post a Comment