Pages

Tuesday 10 June 2014

Surroundings of Me…



Cuaca………..

Cuaca yang sangat panas lately… mulut merungut2 panas sana..panas sini.. rasa nak buat apa serba tak kena.. walaupun opis punya ekon tetap merayu kepada boss merayu memohon kepada boss meminta-minta diberi kipas tinggi berdiri… boss kasihan ..lalu diberi.. sungguh panas…. Umpama dilahirkan di sebuah negara sejuk yang dipenuhi jutaan manusia salleh (omputih)…

Husband and kids..

Anda semua adalah kesayangan saya dunia dan akhirat (penggunaan perkataan saya adalah lebih sopan dari menggunakan perkataan aku didalam perenggan ini ) walaupun apa yang terjadi kita akan harungi bersama walau kadang kala.. sangat menguji  batasan… apa yang perlu kita lakukan.. kita redha dan pasrah.. kita carik jalan penyelesaian.. anda semua adalah kekuatan saya yang tiada tolok bandingnya…

Kerjaya..
Tak dinafikan segala usaha perit jerih lelah aku selama aku menabur bakti kepada syarikat tempat aku bekerja kini sudah menampakkan hasilnya.. di mana boss mula memberikan kepercayaan  pada  aku untuk  membuat pelbagai jenis tugasan yang baru dan lebih mencabar dari kerja yang sedia ada..… aku kekadang takut untuk melangkah… lebih jauh.. aku sudah selesa dengan post aku sekarang.. big post big burden…. Tapi takan nak undur kebelakang pulak.. kena la move forward….. tapi……………………..

Kewangan..

Di saat kerjaya aku mula menampakkan kecemerlangan.. aku tetap mengalami kegawatan ekonomi aku sendiri…entah di mana silapnya.. aku pun tidak ketahuan.. bila masalah ini berlaku.. aku menjadi amat panasaran…membuat aku tidak keruan.. aku cuba untuk bertahan selama yang boleh… ini adalah satu ujian untuk aku.. aku redha… Cuma aku berusaha keras untuk tidak menyusahkan sesiapa… Ya allahh…aku mohon supaya diberi kekuatan dan jangan menyusahkan sesiapa…
 
Demi Allah…

What go around .. will comes around… kita jangan merasa megah apa yang kita ada… Allah itu adalah maha adil dan saksama… jangan takbur dan sombong.. jangan lupa bumi dipijak langit dijunjung..jangan bangga bila berada di atas.. jangan mencemuh apa2 mahupun siapa2 yang berada di bawah… ..jangan dikata mahupun dicarut orang yang serba kekurangan.. jangan mengeluh dan menhina mereka yang miskin.. jangan diikut perasan takbur dan dendam…. Jangan merasa dirimu lebih dan tersenyum kerana orang lain kurang…. Jangan lupa asalmu tanah.. jangan bermain dengan api… kelak dirimu lecur teruk tak hilang rasa dan rupa parutnya… 

Aku…

Menjadik sangat pendiam.. lately ini… banyak perkara yang aku fikirkan. Tentang diri sendiri… aku merasa sangat jauh dari semua orang…aku goyahhhh… goyah untuk apa… aku tak pasti… aku menyendiri…. Cepat2 mahu bangun…cepat2 mahu tidur… aku sudah hilang seri berjenaka…..  aku suka marah2.. aku mudah benci..mudah berasa hati.. mudah jugak mejadik sendu … ntah hapa-hapa… kenapa dengan aku… tell me why ????

No comments:

Post a Comment