Pages

Sunday 18 May 2014

BABYSITTER… U Too Much….




Ini adalah pengalaman hidup yang aku takkan lupakan sampai bila-bila… aku sebagai ibu merasa sangat tercalar dengan kejadian ini dan tidak menyangka benda-benda yang mudah macam ini pun kalau terjadi kat batang hidung sendiri boleh membuat jiwa dan perasaan lara hanyut di bawa arus,………



Jumaat lepas selepas balik dari kerja.. Encik Kekanda tak kerja jadi budak kecik tue asyik berkepit ngan bapak dia jek.. sampai bawak gie opis bapak dia.. jadi aku pun nak gak berkepit ngan si along and si yaya jugek… aku terus ajak bebudak tue mengeteh petang tue…. 

Masuk jek dalam perut kereta.. soalan pertama aku tanya… okay  tak jamuan hari guru ???.... jamuan okay tapi puding ibu bagi tak okay….. mendatar jek suara si along… aku pun cam terkejut jugak.. pesal.. tak sedap kerr… orang taknak makan sebab rupa puding tuh huduh kaa….. aku tanya lagi…. Kenapa long??? Tak sedap kerr???.. tetiba si along nangis sambil bagitau yang betapa sampai hatinya aku bagi separuh saja dari bekas tue… 

What ???? separuhh ??? what the ????  aku pun tetiba meninggikan suara… aku bagitau kat dia yang aku bagi dua bekas kat pengasuh.. satu untuk pengasuh kau dan satu lagi untuk kau bawa ke jamuan sekolah tuehh…. Anak aku pun pertahankan jawapan dia… dia memang bawak bekal tue separuh saja… apa ini semua… takanlah pengasuh aku sampai hati bagi kan anak aku macam tue… takkanlahh…

Si Yaya pun sama.. mengadu jugak kat aku yang nugget dia sikit sahaja… apa ini semua… aku macam rasa tercalar sangat dan sakit hati tahap sedih tau tak ??? aku rasa geram sangat bila si along menangis sebab dia rasa malu dengan kawan2 dan cikgu bila semua bertanya kenapa bekal dia bawak tue separuh…. Kalau aku pun… ibu kau nie nak bagi ka apa ??? kedek nyer.. sampai nak bagi penuh satu bekas pun kedekut… 

Memang jangkaan aku tepat.. pengasuh aku telah membuat satu perkara buruk di mana dia tidak amanah dalam memberi bekalan itu.. pagi jumaat itu.. aku bawak dua bekas puding trifle.. yang mana satu bekas aku bagi kat pengasuh aku untuk merasa dan satu bekas lagi untuk si along bawak untuk jamuan sekolah pada petang itu.. aku juga bawa sepeket nugget udang untuk pengasuh anak aku goreng.. memandangkan jamuan itu petang.. dia menawarkan diri dia untuk mengoren…. 

Rupanya… apa yang aku pesan dan sampaikan.. menjadik lain.. di mana bekas puding anak aku telah pun ditarah separuh.. dan hanya separuh itu dapat di bawa ke sekolah… dan nugget juga mengalami susut nilai bila masuk ke dalam bekas !!!! apa ini semua… sampai hati pengasuh anak2 aku tuh… kenapa tidak jujur dan amanah ???? kenapa perlu bersikap demikian… 

Aku telah mengambil keputusan drastic di mana aku telah berbincang dengan encik kekanda .. kami akan berusaha mencarik pengasuh yang lain.. cukup !!! cukuplah.. aku tak boleh berlembut lagi.. bukan kerana aku berkira akan puding tersebut…tetapi sikap buruk perangai yang aku tak boleh terima dan bagi aku it was too much and cukuplahhh!!!!

No comments:

Post a Comment