Pages

Thursday 31 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Memang puan gebu tengah gila tengok drama siri  Setia Hujung Nyawa nie… faham-faham ajelah..bila dah nonton episode pertama.. memang berhantu betol.. puan gebu pulak memang duduk depan tv ler jawabnyer.. bali kerja dah pukul 6.45 petang.. terkocoh-kocoh ambil budak-budak pastu laju-laju balik rumah.. terus ngadap tv.. heehehhe.. haku memang gila citer nier.. dah tu aku pun dah terikut sangat perasaan geram nie walaupun tahu itu hanyalah satu cerita rekaan semata-mata.. heheeheheh.. habis semua haku maki watak-watakjahat dalam siri tue…

Lepas tue.. memang dengan harapan la nak tengok mereka berdua laki bini   (Zain & Ersalina) berbaik-baik.. tapi setiap episode.. asyik gadoh jek.. bial zain ok,, ersalina tak okay.. bila ersalina tak okay.. hah..sorang lagi sawan pulak.. haku pun hangin tengok..  terseksa jiwa haku nak tunggu hero dan heroin ni ikut jalan cerita dalam kepala hotak haku nie.. memang best lerr…  dan paling haku sakit hati dan memang keluar bodoh, bodoh… hehehe (emosi bila umur dan meningkat nie) kepada Hadi tu asyik mencucuk-cucuk aje kerjanyer.. sepak baru tau.. dna lagi satu si Iqram tue.. eiiii.. jangan kaco bini orang bleh ????? bodoh la lu Iqram…

Ye ahhh.. puan gebu nie menantilah setiap episod demi episode nak tengok mereka tue bahagia tetapi kalau ada dua orang jahat  Hadi & Iqram.. tue.. memanglah tak mendapat.. tengok haku sakit hati.. watak-watak lain haku tak fokus sangat.. aku fokus diorang dua nie jek…

Menyusuli drama siri CINTA ITU MILIKKU yang baru sahaja tamat pada 20.12.2012 yang lalu, saksikan pula SETIA HUJUNG NYAWA, buah tangan baru di slot Akasia karya indah arahan Emi Maziah dan nukilan skrip oleh Wan Mahani mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.
Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.



No comments:

Post a Comment