Pages

Sunday 6 January 2013

Syabas Beteh….

Along.. ibu sangat berbangga dengan kamu.. kerana kamu telah dipilih menjadi pegawas sekolah di sekolah kamu.. (Namun…sekolah kamu sedikit tidak patut.. tidak patut sebab LAMBAT MEMBERITAHU KEPADA KAMU DAN IBUBAPA)..kenapalah pihak ibubapa diberitahu hanya bila 3 hari selepas sekolah bermula… takkan hanya dalam masa 3 hari pihak sekolah putuskan anak puan gebu layak menjadi seorang pengawas sekolah.. sudah tentu penilaian dan perhatian itu pada tahun yang lepas...

Setelah baju sekolah telahpun dibeli secara lengkap pada cuti sekolah yang lalu.. sebab tiada ibubapa yang kurang cerdik untuk membeli selepas 3 hari sekolah di bukak dan beranggapan.. MANALAH TAU KOT-KOT ANAK HAKU NANTI MENJADI SEORANG PENGAWAS SEKOLAH..… huh????

Ya.. memang ibubapa sudah maklum..adakah anda sebagai ibubapa bersetuju anak anda dilantik menjadi sebagai seorang pengawas ataupun tidak.. kalau ikutkan baju  SERAGAM PUTIH yang 3 pasang yang dah pun dijahitkan lencana tue.. memang haku tak setuju.. TAPI puan gebu tak sampai hati dan cakap tidak bersetuju dengan alasan BAJU PUTIH DAH PUN TERSEDIA DENGAN SEMPURNA… malahan KASUT PUTIH  jugak 2 pasang.. anakku Along….

Saja-saja puan gebu bergurau.. dengan si Along.. tak payahlah Along.. Tahun 2014 la pulak baru jadik pengawas.. Tahukah apa reaksi anak Puan Gebu.. dia tidak berkata apa-apa tapi matanya bergenang air mata…  menunjukkan dia memang mahu menjadi seorang pengawas..Mana boleh tahan maaaaaa…..

Kepada pihak sekolah.. Terima kasih kerana memilih anak saya untuk menjadi  Pengawas sekolah.. terima kasih kerana menjadikan dia seorang yang lebih akan bertanggungjawab dan akan mempunyai sikap seorang yang lebih berdisplin..  terhadap ibu bapa, sekolah dan negara.
Cuma Kalau boleh.. pihak sekolah harus memaklumkan dengan lebih awal lagi SEBAB nak sediakan BAJU BIRU DAN KASUT HITAM itu semua memerlukan DUIT … cikgu-cikgu….sabar jelah..  nasib baik kami ibubapa yang punya sedikit duit..kalau ibubapa yang terkurang duit macamana??? IMPIAN ANAK ITU AKAN HANCUR DAN LEBUR..

Dari malam jumaat tue, asyik suruh cepat-cepat ..pergi cari baju biru pengawas dia tue.. tak dan-dan..NAMPAK TAK… apa yang anak-anak kita tahu.. Puan gebu dan encik kekanda nie ada duit ka takdak.. Hari ahad semalam.. Saya dan encik kekanda ke Hari-Hari.. membeli 3 PASANG BAJU BIRU untuk pengawas itu  dan 2 pasang KASUT HITAM.. demi anak ku Yasif Zuhair …. Harapan keluarga..  

Yaya pun menumpah kasih Along dengan dibelanjakan oleh puan gebu ke arah islamik..  iaitu sepasang kain sembahyang kanak-kanak yang berwarna merah jambu.. jambu habisssss..
Dua tiga hari nie memang alim habisss.. nak sembahyang aje.. heheheheheeheheheheeh.. amin..

p/s.. dua hari cuti sabtu ahad yang lalu.. kalau Si along buat salah ker, tak dengar cakap puan gebu ker.. ayat keramat yang puan gebu bagi.. macamana nak jadi pengawas nie ,cakap ibu pun tak nak dengar nieh.. hehehehe…  Yaya pun sama.. Along tak yah jadi pengawas.. sebab Along tak buka lap top kat yaya.. hehee..Yasif.. sidai tuala tuee.. hang nie macamana nak jadi pengawas.. buat tak tau jaa.. tengok barang bersepah.. (tu ayah dia punya ayat)..


No comments:

Post a Comment