Pages

Friday 4 January 2013

Dimulakan Dengan Bismillah…


Dua hari lepas, puan gebu amik cuti.. nak uruskan anak-anak puan gebu yang masih kecil dan memerlukan perhatian makbapak pada hari permulaan persekolahan mereka itu… bila dah ada pengalaman uruskan orentasi along dulu.. jadi masa kat yaya nie kami otai da nada bran sikit.. hehehehe..

Along masuk darjah dua.. Yaya di pra sekolah 6 tahun.. alhamdulilah urusan belian buku-buku depa dah pun setel.. mencecah ratusan hinggit jugak.. so.. sebagai ibubapa maka kami bertanggungjawab adanya hal kewangan seperti iut,.. hehehehe.. dah besar dah anak-anak ibu… perangai tue biar molek.. tapi budok-budok.. memey eeee…..

Hari pertama ke sekolah rabu itu… Along dan yaya nak pergi dengan menaiki van sekolah.. so.. I lepaskan diaorang.. lagipun diaorang  dah tahu kelas dia kat mana..  yaya dah orentasi jumaat tue. Kami berdua ahaks-ahaks.. sambung tido balik.. apa??? Mana si kecik.. si kecik telah pergi outstation pasal nak bagi mak dia bermadu kasih dengan apaknya.. hahahaha.. takder maknernyer..

Lepas diorang naik van.. puan gebu dan encik kekanda cergas mandi dan bersiap.. teruslah naik motor..  sebabkan encik kekanda pemandu motosikal berhemah.. kami berdua memakai topi keledar.. ohh… romantik tetiba berdua menaiki motorsikal.. .. hahahah..bukan menuju ke sekolah tetapi menuju ke kedai makan untuk bersarapan.. hehehehe.. puan gebu tak sarapan nanti pengsan.. tak boleh kosong-kosong.. nanti gas kentut tak dapat dilepaskan dengan baik… hehehe.. lepas makan sambil bualbual kosong.. terus pergi sekolah ..

Mulalah sesi turun naik tangga.. ke kelas along dan yaya tengok apa yang mereka buat.. along.. nampak sangat semangat hari pertama ke sekolah.. semangat sangat.. encik kekanda ke  kedai buku.. membeli buku dan apa-apa yang berkaitan..

Puan gebu pulak naik tingkat yang paling atas sekali.. sebab nak bayar yuran untuk sekolah agama… ramainyer orang tapi tak terasa sangat pasal duk bersembang-sembang dengan jiran yang bersua kat situ.. ahaks..ahaks…tapi lembap sangat.. sebab sorang ustazah saje dibiarkan untuk urusan daftar dan ambil wang dari para ibubapa.. jadi segalanya manual.. kasihan ustazah itu..  

Lepas tue.. balik rumah.. suh je bebudak naik van sekolah.. tak ndak ambik risiko naik 4 beranak diatas sebijik motor ingat family sarkas.... kalau ye boleh pun bagi puan gebu tetap tidak boleh bagi encik kekanda.. encik kekanda seorang  orang awam yang patuh kepada undang-undang negara… singah  beli makan tengahari siap-siap.. encik kekanda nak keluar untuk bayar cukai tanah cukai pintu dan segala bil-bil..

Jadi lepas ambil si kecik tue, encik kekanda hantar balik rumah .. tunggu lah anak-anak balik sekolah… hahahahaha.. mula-mula yaya balik lebih kurang pukul 12.30 tghri.. dalam pukul 1.30 tghri.. Along pulak balik.. suruh dia  mandi.. suapkan makan dan bersiap-siap ke sekolah Agama pulak.. lebih kurang pukul 2.15 ptg Van amik Along..

Puan Gebu, Yaya dan budak kechik telah masuk ke bilik.. dan tido…. Zzzzzz edapnyer… masa bila encik kekanda balik.. saya pun tidak perasaann.. sedar-sedar kami 4 beranak tido layan gila atas katil tue !!! sekian terima kasih…

No comments:

Post a Comment