Pages

Wednesday 6 February 2013

Me,Kekasih hati & Acob

Cerpen bukan kisah benar…

Acob.. where are you now.. ??? satu nama yang masih terpahat dalam ingatanku.. tak mungkin terpadam memori antara kita berdua.. bila ku duduk termenung seorang diri.. pasti akan datang memori-memori yang masih aku ingat dan secara tak sengaja.. walaupun aku cuba untuk usaikan memori itu ia tetap akan ada di satu tempat .. di dalam diriku…

Kenapa memori silam itu masih berlegar-legar dalam diriku.. walaupun sudah 10 tahun sudah berlalu tapi  kamu Acob masih ada di dalam diriku.. mungkin barangkali kerana pengalaman terindah dan tidak boleh dilupakan sama sekali…

Kalau ku ingatkan kembali  pada waktu itu pasti aku akan tersenyum.. tersenyum mengimbas kenangan remaja kita berdua.. kini seringkali aku mengingin dan ambil tahu.. bagaimana kehidupan mu kini acob.. adakah kau sudah berkahwin.. dan sudah punya anak seperti aku.. mungkin ????

Pertemuan yang tidak sengaja di antara kau dan aku ketika perhubungan aku dengan kekasih 5 tahun ku  itu mula berantakan… tidak ku sangka kelibat mu sentiasa berada di persekitaran kerja part time ku itu.. rupanya untuk melihat aku dengan lebih dekat.. ku kira kau suka makan makan segera itu.. hari –hari asyik dirimu di sana.. rupanya kau berminat untuk berkenalan dengan diriku.. kerana melihat akan sifatku yang gila-gila dan  kadang-kala seperti budak tak cukup umur gayanya..

Aku pula masa itu tidak berminat untuk itu.. hati ini masih mengharapkan kekasih yang amat aku cintai sampai mati..  kerana sudah terlalu mekar benih-benih cinta aku terhadap dirinya.. entahlah silapnya di mana sehinggakan aku dan kekasihku  semakin jauh.. dia dengan dirinya dan aku dengan diri ku… aku merasa tersisih dengan  kekasih hati ku sendiri.. serasa diri ini tidak dihargai seperti seorang kekasih…

Pada suatu hari, sedang aku makan ketika waktu rehat.. rakan kerja memberitahu ada seorang lelaki ingin bertemu dengan ku.. hati ini suka bukan kepalang.. ku kira itu adalah kekasih ku datang kerana rindukan aku setelah berbulan lamanya tidak berhubung.. hati ini sangat girang lalu.. aku tepekkan sedikit bedak dan gincu.. persiapkan diri untuk bertemu kekasih hati.. tetapi yang datang bukan kekasih hati tetapi kamu !…

Ah.. aku bengang sungguh masa itu, kecewa dan sedikit marah.. kerana aku begitu berharap suatu hari nanti kekasih hati akan datang mencariku.. rupanya kamu.. aku tidak berminat .. hanya bercakap kosong sebentar dan aku meminta diri untuk mula kerja semula…

Tapi bila kau cuba lagi untuk mendekati dengan diriku.. dengan cuba bertanyakan kepada kawan-kawanku.. nombor telefonmu..  sungguh aku tidak berminat ketika itu untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki  walaupun sebagai kawan biasa.... masih mencuba untuk berlaku setia terhadap kekasih hati...


Pada suatu malam, bila waktu tugasku sudah berakhir, masa untukku berangkat pulang menaiki Putra Lrt. Ketika melihat telefon bimbitku.. terkejut beruk aku bila mendapat  Sms Yang begitu banyak sekali… sampai tertera full inbox.. sungguh aku terkejut kerana tidak pernah aku bersms-sms seperti ini.. tidak pernah !!!..  aku tahu itu adalah kamu tapi hatiku ketika itu biasa saja..

Aku pun membalas sms dengan ingatan ingat-ingat lupa ini, mungkin aku  menulis.. yang aku dalam perjalanan pulang ke rumah..Kau meminta nombor telefon rumahku.. aku pun dengan senang hati memberi… bila sampainya aku di rumah.. terus telefon rumah berbunyi.. ahhh.. tak menyempat mamat ini.. tapi aku angkat dan di situlah bermulanya perbualan aku dan dirimu..
Katamu.. aku membalas sms mengunakan huruf-huruf besar.. kau ketawa kecil.. memanglah.. sebab aku tak pernah bersms-sms ..cik abang oiii…

Malam itu,senang sekali berbicara dengan dirimu.. senang sekali.. kamu memang pandai berbicara.. Bagiku kamu seorang yang suka ketawa.. walaupun lawak yang aku buat tue sebenarnya biasa-biasa saja… tapi sungguh senang sekali dengan  sikapmu itu.. dan malam itu.. aku pula sangat merasa terhibur dan gembira kerana sudah lama aku bersedih hati… Aku jujur dengan mu .. aku mengatakan aku sudah punya kekasih tetapi seperti bukan punya kekasih.. tapi kamu tidak ambil peduli..

Pada malam hari jadiku.. tepat pukul 12.01 mlm.. Kekasih hati menelefon.. ku kira ingat juga dia pada harijadi aku.. rupa-rupanya dia hanya bertanya kenapa disuruh call pagi-pagi buta ini (aku yang menyimpan nota pada alarm mesejnya supaya menelefon aku pada waktu itu ) sedihnya hati.. dia tidak ingat.. dia tidak pernah ingat..  aku hanya berkata tidak ada apa-apa dan terus letak telefon.. telefon berdering sekali lagi.. ku kira kekasih hati.. tetapi Si acob.. Bila ku angkat.. acob.. nyanyikan lagu happy besday kepada ku.. TERHARU.. orang yang diharap untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada aku itu  tidak ingat.. orang yang aku tak harapkan langsung pula yang beria-ia…

Malam itu, aku berfikir sangat panjang dan  amat dalam sekali.. perhubungan aku dengan kekasih hati.. dengan acob jugak, aku bertekad biarlah hubungan dingin aku dan kekasih hati terus dingin kalau sudah begitu jalannya..… dan biar hubungan aku dengan acob terus mekar.. apa salahnya..

Terus terang aku sangat gembira dengan perhubungan ini.. kau pandai mengambil hati aku, tuturmu,gayamu, ceritamu..dan sifatmu itu..  kita sering berhubung malahan kerap  kali berjumpa.. aku pula seolah lupa yang aku ini masih punya kekasih yang jauh di mata tetapi masih di hati….dan dijadikan cerita.. kau meluahkan isi hati kau terhadap aku dengan mengatakan kau suka aku..aku pulak mengiyakan yang aku punya rasa yang sama… MEMANG BERANI MATI !!!!
Demi allah aku merasa sangat bersalah terhadap kekasih hatiku… kerana sudah menduakannya..
Tetapi di satu sudut hati aku berkata aku berhak untuk merasa dicintai dan mencintai acob kerana kekasih hati yang berhati dingin itu.. ada apa istimewanya dengan cinta dingin itu....

Kita semakin rapat .. KL SENTRAL itu.. adalah tempat temu janji kita.. KLCC itu.. tempat kita selalu menonton  wayang..  KFC, MC’D ,PIZZA ,DOME, STARBUCKS dan macam-macam lagi..bukan dibelanja olehmu semua tetapi sama-sama keluarkan wang belanja…  sudah aku bilang yang  aku tak biasa bila kamu mahu belanja semua.. tidak biasa.. kamu akur.. kerana aku memang bukan perempuan yang  pisau cukur..  meminta-minta itu bukan aku…

Selama lebih kurang berbulan lamanya.. di mana aku di situlah kamu.. kita begitu rapat sekali… ku panggil kamu PAPA dan kamu panggil aku MAMA… Kita manja sekali berdua.. tidak boleh berenggang langsung..  Aku mulai lupakan kesakitan hati terhadap kekasihku.. mungkin lebih tepat.. aku sudah ada cinta baru..  dan dia sendiri pun tidak pernah menghubungi aku untuk bertanya khabar sekalipun.. tidak pernah… biarlah.. aku pun sudah jadi tak kisah..

Kadangkala aku merasa rendah diri.. kamu itu lulusan university dalam kejuruteraan.. orang belajar pandai.. bersekolah di MRSM.. aku hanya punya ilmu yang sedikit saja.. hanya lulusan biasa.. tak sama taraf pulak.. terus terang.. aku memang tidak selesa bersama-sama dengan kawan-kawan mu.. takut ditanya nanti.. belajar di mana, kerja apa.. sungguh tidak selesa tetapi kamu tidak suka bila aku bercakap ketidakselesaan aku bersama teman-teman mu.. kerana kamu mencintai aku kerana siapa aku…Bukan kerana lain..  masa itu cinta aku dan kau buat kita benar-benar  gila..

Teringat aku di harijadimu.. aku begitu bersemangat untuk meraikan bersama kamu.. bangun awal pagi.. menuju ke KLCC.. membeli tiket wayang.. STAR TREK.. walaupun aku tidak suka akan filem sebegini tapi demi kamu Aku okay.. terus cergas ke KLCC ..ke kedai buku dan membeli hadiah untuk mu..  BUKU STAR TREK juga.. aku balut kemas-kemas.. eh. .tapi sebelum tue aku singgah di Uda Ocean, Pasar Seni.. membeli kek Coklat  harijadi  buat mu.. arghhhh.. aku buat kerja gila untuk acob..  ingatkah kau hari itu acob ????? memang jiwa remaja kita masa itu …

Bersambung…

Masa itu aku memang sudah melupakan kekasih hatiku yang dingin itu tapi tidak sepenuhnya..  aku masih  juga mengharap dia..… tapi  aku memang  bahagia bersama kamu acob... Tiba-tiba kekasih hatiku  berasa hairan sebab aku tidak lagi menghubungi dirinya malahan mahu di ajak jumpa jugak aku tidak mahu… mungkin masa ini dia mula merasa kehilangan aku.. mula merasa yang aku tidak mempedulikan dirinya.. kalau dulu setiap masa aku akan menghubungi dirinya.. setiap masa mahu berjumpa kala rindu.. tapi kini dia tidak lagi dikejar oleh ku..

Malam itu, kekasih hati ajak mahu bertemu.. katanya mahu berbincang.. ketika itu aku sudah bertekad, mahu berbincang apa lagi.. lebih baik berpisah secara rasmi dan memudahkan untuk aku terus bersama acob dan dia boleh mencari gadis idaman yang tak mendinginkan kekasih hatiku itu.. dan aku merahsiakan pertemuan ini dari acob.. buat apa nak resahkan hati si acob tue..

Masa dalam kereta si kekasih hati,masing-masing membisu.. membisu seribu bahasa..  dia memberhentikan kereta betul-betul berdepan Dataran Merdeka,kekasih hati dingin mula memulakan bicara.. kata-katanya agak keras.. asyik mengatakan aku ini sudah berubah.. asyik mengatakan kerana dia aku ini berubah (memakai tudung) dan tanpa sedar aku membalas kata-katanya.. aku pun tak ingat apa yang aku dah katakan.. Cuma aku kata padanya yang hubungan kita putus dan tak perlulah nak dipanjangkan lagi sebab hubungan ini pun sudah dingin sekian lama…

Terus aku berlari keluar dan menangis teresak-esak.. aku fikir hilanglah sudah cinta aku yang rapuh pada si kekasih hati.. cinta lima tahun yang aku fikir sia-sia berkorban pada lelaki yang tidak menghargai aku.. tapi dalam kesedihan aku merasa lega kerana aku akan menjadi milik acob seorang..  Aku terus menaiki PUTRA LRT Masjid Jamek dan menuju ke Terminal Putra… Tapi entah mengapa hati aku rasa yakin yang kekasih hati  akan ada di situ bila aku sampai nanti…



Benar kata hatiku.. iya.. dia masih di situ.. aku cuma berlagak tenang dengan berjalan tanpa menoleh ke kiri ke kanan padahal aku tahu dia di situ.... jalan ku dihalang… dia cuba memujuk ku dengan memegang tangan ku..  aku tepis.. lantas dia memeluk aku, aku meronta-ronta minta dilepaskan... dalam tangisan dia mengaku yang dia amat sayangkan aku.. dia tidak boleh hidup tanpa aku.. aku menepis lagi.. tapi lelaki.. memang sangat kuat.. kau memeluk aku.. aku merasa malu sebab ramai orang dah tengok kiri dan kanan…

Aku pun menangis jugak.. menangis kerana aku masih mencintai dia.. dia cinta pertama aku.. dia mengesat air mataku yang berjuraian ini.. kenapa baru hari ini kamu mengaku mencintai  aku.. kenap tidak waktu kita bersama dulu.. kenapa perlu tunggu sehingga kau merasa kehilangan aku.. kenapa???? Aku lemah juga tika itu… saat  itu dia melayan aku dengan penuh sayang layaknya sebagai seorang kekasih.. terasa aku istimewa... aku menjadi lemah….

Acob ke kekasih hati ke.. acob ke.. kekasih hati ke.. aku buntu dan tidak mahu pula kehilangan keduanya.. acob.. cinta gila yang aku alami.. keterujaan sebagai pasangan bercinta.. pada kekasih hat pulak.. apalah salahnya memberikan peluang ke dua.. dia cinta pertamaku. sekarang aku ada dua.. dan dua-dua tidak tahu mereka dimadukan..  ini bukan cinta tiga segi.. aku pun tak tahu..
Kekasih hati cinta aku.. aku cinta dia juga.. acob cinta aku, aku cinta dia juga..


Sambungan..

Satu kerja gila dimana aku sudah pandai kelentong mereka berdua.. pernah aku jumpa mereka berdua pada hari yang sama.. pagi ke petang bersama acob.. malam pulak dengan kekasih hati.. aku penat dan mula tidak suka perbuatan aku ini tapi aku mula tamak dengan kasih sayang mereka berdua.. aduh.. pening kepala… bila aku sedang bergayut dengan acob,. Si kekasih hati telefon.. jiwa kacau.. masa ini… aku harus membuat keputusan secepat mungkin.. tidak mahu perkara ini berterusan tanpa tahu hala tujunya..  aku berjanji sudah terlalu banyak dengan mereka berdua.. janji mahu kahwin dan punya anak-anak.. mana mungkin dengan dua lelaki.. tidak boleh..

Dua-dua aku sayang.. Sayang dan cintaku kepada si kekasih hati adalah cinta pandang pertama.. cinta pandang pertama di rumah mak saudaraku MAK UDA… jatuh hati terhadap paras wajahnya yang bagi aku .. bagi aku sajalah..  bole tahan..Tergila-gila aku dibuatnya kekasih hati.. cintaku tidak berbelah bagi.. sangat sayang kepadanya.. walaupun kenangan kami biasa biasa saja tetapi aku menyintainya sepenuh jiwa ragaku..

Acob.. Cinta yang aku dapat setelah hati dikecewakan oleh kekasih hati, cinta yang ada setelah rapuh bersama kekasih hati, cinta yang penuh keterujaan yang tak mungkin aku dapat dengan kekasih hati, cinta yang berputik dari satu hati yang tercalar dengan kekasih hatinya.. cinta yang mengajar aku apa perlu ada dalam pasangan yang bercinta.. Cinta yang penuh dengan kisah-kisah manis berbeza cinta sedih dengan kekasih hati yang dingin..

Argggghhh.. Peningnya kepala hotak ini.. dalam tamakkan kasih sayang mereka berdua.. aku kasihan terhadap kekasih hati dan acob.. kenapa aku perlakukan hati dan hidup mereka seperti ini..
Aku perlu hentikan semua ini… aku perlu memilih.. memilih yang terbaik untuk diriku..

Jadi.. aku mengambil keputusan untuk berterus terang dengan mereka berdua… Si  kekasih hati tenang… tenang seperti air di kali.. sayup saja matanya merenung aku.. dia hanya berkata.. tidak guna merasa marah kerana hubungan cintaku dan acob berputik kerana berpunca dari dia yang  telah abaikan aku yang menyintai dirinya sepenuh hati , yang kurang memberi kasih sayang terhadap aku.. pintanya pilihlah dia sebagai teman hidup ku.. kerana dia tidak bisa hidup tanpa aku..  

Pada acob.. aku berterus terang jugak.. menangis dia di hadapan aku.. aku pun menangis sama.. tidak terniat hati ini untuk melukai hatimu acob.. tapi biarlah aku selesaikan perkara ini..padaku dia mengatakan.. cintailah dirinya yang menyintai diri ku.. dia menyayangi aku sepenuh hati tanpa sedikit pun ragu-ragu cinta ku terhadap dirinya.. aku lemah… Ya allah.. yang mana satu nie..

Aku tak mampu nak membuat keputusan.. sangat sukar.. sehingga aku merasa aku mahu melepaskan mereka berdua.. ini lebih adil.. tetapi masalahnya mereka berdua tidak mahu melepaskan aku.. tidak mahu.. dan hati makin bertambah sayang antara kami bertiga..

Sehinggalah pada suatu  hari, encik kekanda menyuarakan mahu masuk meminang aku.. terkejut pun ada terharu pun ada.. tidak pulak ku kata boleh atau tidak boleh..tetapi sungguh aku gembira
Dalam kegembiraan terselit duka untuk acob.. bagaimana ini semua…

Kekasih hati memang mengenali seluruh keluarga aku sebelum ini.. jadi ini lebih mudah darinya terus berurusan dengan  orang tuaku.. tanpa menunggu keputusan dari ku.. Orang tuanya menhubungi orang tua ku.. minggu depan rombongan nak meminang akan datang.. Orang tuaku setuju.. kerana dia tahu aku dan kekasih hati sudah berkawan lama…

Acob.. dia cinta gelapku yang tidak pernah bersua dengan keluargaku.. jadi dia ketinggalan di situ.. tetapi aku bersikap jujur dengan mengkhabarkan berita itu  pada malam sehari sebelum pertunanganku dengan kekasih hati.... kami berdua menangis.. menangis bersungguh pada malam itu, aku memohon kemaafan kepadanya.. kerana aku tidak memilih dia.. aku memohon kemaafan kerana selepas ini aku tidak mahu lagi berhubungan dengan nya… tetapi telah ku katakan kepadanya .. dia cinta terindah yang pernah aku ada…

Dan selepas hari itu…….. memang terputus hubungan aku dan dia.. langsung tiada khabar berita.. cerita cinta kami habis di situ.. titik. Kekasih hati dan aku.. menjadi pasangan bertunang.. dalam tempoh bertunang itu, kekasih hati telah menunjukkan kasih sayang yang sebenar dan aku rasa amat bahagia dan yakin dia memang jodohku.. 6 bulan selepas itu kami berkahwin.. dan bahagia

Kepada acob.. kini kenangan indah itu masih bersamaku.. tetapi bukan rasa cinta gila itu.. Cuma kenangan itu yang masih bernyawa dengan ku..  kerana kekasih hati adalah suami ku kini… jodohku rupanya dengan dia….

No comments:

Post a Comment