Pages

Monday 11 November 2013

Hutang Itu Perlu @ Kehendak



Sekarang nie bebanan hutang dah makin bertambah.. lagi nak tutup lagi banyak pulak peluang berhutang yang terbuka… pening kepala… tiap-tiap bulan nak selesaikan hutang.. tak nak bertangguh,,, pandai berhutang pandai jugaklah selesaikan…
Aku pun tak tau hutang-hutang tersebut adalah kerana keperluan mahupun kehendak.. bila bebanan hutang pun berlambak hidup pun jadi susah…. Dah lama rasanya aku tak tenang.. dah lama rasanya aku tak rasa gembira sangat… memanjang rasa susah hati.. takut-takut tak terbayar… tapi alhamdulilah….

Aku jenis bila berhutang.. aku akan bayar… aku yang dah terjebak buat hutang..kenalah komited setelkan.. takat hari ini segala hutang piutang dapat dibayar dengan baik… tak pernah dapat surat reminder mahupun panggilan telefon bayaran tertunggak.. 

Bila habis hutang.. berazam taknak buat hutang,, tapi..tapi.. akhirnya terjebak jugak.. hahahaha… buat lagi.. sebab kerana berhutanglah.. penuh barang kat rumah haku … semunya dibayar dengan baik.. tapi dengan berhutang.. kehhkehh…  dan ada jugak hutang tak nampak macam.. pinjaman peribadi.. buat bayar hutang yang lama.. buat hutang baru.. kehh…. Yang membawa maksud.. hutang lama yang kena bayar banyak  telahpun diselesaikan dah hutang yang baru lebih sedikit untuk jangkamasa lebih panjang.. muahahah…dapat ruang bernafas kalau tak cari pasal buat hutang baru… 
 
Tetibe aku pose kat sini.. eeehh teringat zaman dedulu suka tangkap gambar camgini.. silang kaki sambil letang tangan kat lutut.. motif???
Sampai bilalah aku nak camgini.. aku tak suka tapi berhutang bukan la kena paksa pun.. rela sendiri jek.. bila nak rasa terbeban mulalah menyesal.. mulalah keluar.. kalau aku tak berhutang dulu…..  Aku kalau dah teruk sangat.. aku sejukkan mata aku nie dengan barang-barang yang aku beli dengan berhutang.. ohhh.. hutang-hutang barang depan mata.. takpalahh.. 

Dan segala keperluan anak-anak aku akan sediakan sebaik mungkin.. walaupun tak mewah macam dulu tapi still adaa….sekalisekala tetap keluar makan walau tak selalu.. keperluan sekolah ,yuran bagai, bas sekolah.. makan yang tue adalah seperti biasa….. depa tak terasa pun.. depa lagi syiok aku masak kat rumah… 
 
Semoga suatu hari nanti aku menjadi orang yang bebas dari hutang.. amin... muahahahaha...
Kalau ikutkan segala hutang piutang  72 bulan aku  yang 6 tahun itu akan berakhir 2017… fuh.. lamanya lagik… tu pun kate laki aku.. hutang awak takper.. hutang awak pendek jekk.. iyeker.. hutang pendek pun aku cam cannot go dah.. hutang panjang caner pulak tueeee…
Azam aku.. habis je episode ngeri hutangan aku ini.. aku nak cuci tangan.. takmo dah.. sekarang nak simpan-simpan sikit.. manalah tau… takpayahlah berangan nak jadi jutawan.. hidup bahagia dan tenang dan tak BERHUTANG.. tu pun dah cukup buat aku.. YANG PALING PENTING AKU TAKNAK PUTUS BAGI DUIT BELANJA KAT ORANG TUA AKU.. amin…

KUALA LUMPUR - Hutang isi rumah di Malaysia belum mencecah tahap membimbangkan dan masih lagi terkawal setakat ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pinjaman tidak berbayar, yang kurang daripada dua peratus bagi sektor isi rumah, menunjukkan mereka yang meminjam layak mendapat kredit.

"Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat memantau pendedahan individu dan perniagaan hinggalah kepada konglomerat, justeru itu menerusi ini, kami melihat hutang lapuk atau pinjaman terjejas daripada sektor isi rumah, dan daripada sektor lain juga, berada dalam aliran menurun," katanya pada sidang akhbar selepas Forum Dasar Global AFI 2013, di sini, hari ini.

Zeti berkata bank pusat tidak bimbang dengan perkara itu kerana ia telah mengambil langkah berhemat yang perlu untuk mengekang aktiviti berlebihan ke sektor-sektor khusus.

"Kami percaya pada ketika ini ia terkawal. Kami melihat pertumbuhan pinjaman daripada angka berganda 12-13 peratus dan sekarang pada kadar lebih mapan sembilan peratus," katanya.

No comments:

Post a Comment